Sunday, December 19, 2010
MINGGU YANG SUAM-SUAM KUKU
Minggu ni banyak jugak Aktiviti yang AG lakukan... cuma suam2 kuku laaa.....
selain daripada makan...minum......tido AG juga ada melakukan beberapa aktiviti seperti nonton wayang....g mandi kolam air panas........mancing.......api semuanya suam2 kuku jeee....
Bye the way hati AG masih dudap2 niii... sementara menunggu keputusan yang bakal keluar..... harap2 semua kawan2 AG dapat apa yang mereka nak... cuma kalau dah arahan tu harap2 ikut jeee.... jangan banyak cerita.....(merungut leh..heheheheh)..
p/s: AG nak kat.......emmm....emmm... tak pasti leeee
Friday, December 3, 2010
BONUS...........SYUKUR LAAAAAAA
Baru-baru nii....dalam beberapa hari lepas la, semua kakitangan kerajaan dapat bonus RM 500. Syukur kepada tuhan (walaupun AG sebenarnya x dapat...lum lg jadi gov krew). Sekurang2 duit tu dapat membantu.......
Tpi kan...................................... terdapat segelintir kakitangan kerajaan ni tak bersyukur dengan apa yang diperolehi..... kata kerajaan kejam, x bagi 2@3 bulan gaji macam pekerja bank...... Pelik jadinya........ X cukup????????? haiiii kenapa perlu mengeluh......... dah kata pekerja kerajaan.... apa yang dapat syukur je laaaa... kalau nak bonus macam perkerja swasta kenapa x berkerja kat sektor swasta jeee.... g keje kat bank, sykt swasta x pun buat mlm. ni masih memeilih sektor awam... WHY???????????
Setiap pekerjaan tu ada kebaikan dan keburukan.... jadi kita perlu lah terima...... kalau nak pikir pasal bonus jeeeee... letak jawatan kat sektor awam tu g keje kat sektor swasta... masih ramai lagi rakyat Malaysia yang bersyukur dan memerlukan kerja.........
Pensyarah AG pernah berkata untuk menilai diri kita, cuba bandingkan diri kita dengan orang bawahan kita bukan orang atasan kita... barulah kita bersyukur dengan apa yang diberikan oleh tuhan....aminnn
P/S: kalau x mampu berbelanja cara orang kaya....apa salah nya kita berbelanja cara orang susah....wasatiah......
Wednesday, December 1, 2010
SAMAN.... JANGAN TAK SAMAN..
Salam Untuk Semua...
Berita dari kosmo
Pesalah trafik dapat diskaun 50 peratus
KUALA LUMPUR - Berita gembira buat pesalah trafik yang liat untuk membayar saman. Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengumumkan akan memberikan insentif istimewa kepada golongan itu dengan diskaun sehingga 50 peratus berkuat kuasa hari ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Laman Web Rasmi PDRM, saman yang diselesaikan dalam tempoh 15 hari bermula dari tarikh ia dikeluarkan akan diberikan insentif potongan 50 peratus daripada nilai kompaun.
Bila AG terbaca artikal ni.....terpikir plak sejenak.... adakah rakyat Malaysia ini terlalu manja...???
Mana taknyeee.. nak bayar saman pun samapi terpaksa beri diskaun... merayu suruh bayar...pelik AG. Dalam Hot .FM pula macam2 idea diberikan supaya orang bayar saman... ada yang kata bagi token la, bagi voucer la... ada yang lagi be**l suruh bagi bonus.... lagi banyak saman lagi banyak bonus.....ape ke bengap punya orang tuuu
PDRM bagi saman supaya kita tak langgar peraturan.... kalau kita tak langgar undang-undang tak kan suke2 polis nak saman kita. NI tak bila polis dah saman mula la kata polis nak cari duit lebih... dah korang langgar peraturan sape suruh.....kalau tak nak kena saman jangan buat kesalahan..... Ikut la Undang2 di Malaysia... Kata sayang Kat MALAYSIA
P/s : Agak2nya kalau rakyak Malaysia hidup kat Singapura yang ketat dengan peraturan macam mana la yekkk
Wednesday, November 24, 2010
AKU DAN KEBOSANAN HIDUP
Memang benar kata orang..... hidup x akan bermakna jika kita tak buat sesuaatu.... AG dah rasenye sekarang........ makan, tido, main game, (kadang2 jogging)..... pehh memang bosan.......
Walaupun astro ada tpi tetap x bermakna........ Agak lama2 boleh gile niii
Tapi kadang2 AG terpikir gak macam mana dengan mereka yang menganggur....... maksud AG yang memang x keje tapi duduk kat rumahh jeeee.... x bosan ke yekkk
emmmm dalam kebosanan niii, sempat gak AG mengikuti program diet.....(heheheh berjaya ke) x tahu la..... segala macam petua telah di buat........ hasilnye lambat lagi....lemak2 tepu dalam badan ni memakan masa untuk dinyahaktifkan...hahahahahahahah
Apa2 pun blog menjadi salah satu rung untuk melepaskan kebosanan...... ap2 pun jumpa lg.......
peace
Wednesday, November 17, 2010
Monday, November 15, 2010
PERJUANGAN BERAKHIR
Salam Untuk Semua,
Selama setahun.............................satu tempoh bagi AG bukan satu tempoh yang sekejap.......
Macam- macam AG lalui dalam tempoh ini......Tidak terniat di hati bahawa satu hati AG akan berjaya nenempuh detik2 ini.......... Detik dimana AG digelar PELAJAR KPLI.............
Jauh di sudut hati niat menjadi seorang guru dah lama terpendam......cuma tiada peluang yang diberikan pada AG sejak tamat zaman persekolahan lagi....permohanan memasuki maktab perguruan dan universiti Perguruan Sultan Idris di tolak bulat2.......malah pengajian guru di universiti tempatan pun x dapat apa2 perhatian.....mungkin ini takdir Tuhan.....
Alhamdullillah....... setahun berlalu sebagai seorang pelajar penuh dugaan.......pengalaman bertemu rakan2 baru TERUTAMA KELAS 2B amat berharga buat diri ini. TERIMA KASIH taK terhingga kepada kedua orang tua AG YANG MEMBERI SOKONGAN. Dan yang paling penting kepada 2 insan ini yang ini yang paling banyak bagi bantuan iaitu
1) SALWA HANI MUSTAJAB
2) IZAD IMRAN MASROP
TERIMA KASIH TUNANG KU DAN SAHABAT BAIK KU.
JASA MU AKAN AG KENANG SAMPAI BILA2......................AMIN
Saturday, July 31, 2010
Wednesday, July 28, 2010
SELAMAT HARI JADI SAYANGKU
Salam Untuk Semua.
Lusa merupakan hari jadi tunang AG buat kali yang ke eeeeeemmmmmm....tanya dia sendiri laaa.
apa2 pun AG nak ucap kan SELAMAT HARI LAHIR Kat tunang tersayang AG Salwa Hani Mustajab.....
X ada hadiah yang AG nak berikan... nantikan tahun depan... mase tu baru banyak duit hehehehehe
byeeeee
Tuesday, July 6, 2010
RELIX POSEIDON......BANAX.......RYOBI ARTICA
Salam Untuk Semua.....
Semalam bersamaan 05 julai 2010 merupakan hari lahir AG yang ke 26.... Terima kasih AG nak ucapkan kepada kawan2 AG yang banyak meng"wish" AG semperna hari jadi AG nii.. Alhamdulillah.......AG masih sihat sejahtera... mintak-mintak panjang umur....
Tapi paling AG x dapat lupakan hadiah daripada tunang AG iaitu seutas jam tangan dan hadiah yang paling berharga reel Ryobi Artica. Hadiah ini juga sempena minat AG terhadap dunia memancing yang semakin memutik ini...
AG bermula dengan Reel yang paling murah iaitu Relix Poseidon di ikuti reel bantuan dari kawan AG, Zainal iaitu reel Banax dan kini reel Ryobi Artica...
Percubaan menggunakan reel Artica ini telah dillakukan di kolam Putrajaya dan hampir memperolehi ikan Rohu anggaran berat 2 kilo. Tapi apakan daya ikan terlepas di bibir kolam.... Hampeh tullllll......................
Monday, June 28, 2010
HASIL KUNDANG
Salam Untuk Semua
Sabtu lepas, AG bersama2 abg din, Penjahat yang baik, Poojan (geng Kaki Pancing dot Net) telah melaksanakan misi membedil tasik kundang. Hasilnye AG tewas tasik pertama 9.45am-12.00 pm( AG sorang jeeee)
Tetapi misi di teruskan pada jam 12.30pm dan hasilnya 4 ekor pacu di naikan . terima kasih pada sifu AG...abg dinnn... caya laaaaa
Friday, June 25, 2010
LARUT MALAM...............
mungkin itu perkataan yang terbaik yang boleh AG ungkapkan......
x lama lagi AG akan mula mengajar..................
banyak pengalaman yang baru boleh AG dapat
mugkin AG boleh kongsikan bersama....
sebelum nak tido nii... banyk perkara yang boleh AG pikirkan LGI
KEJE......FOLIO.....PRAKTIKUM........MACING......KAWIN......DUIT.......KETE......
LA...LA...la...la.la.la
Sunday, June 20, 2010
UNTUK PEMANCING BARU
Ni ada info tentang memancing...
Terima kasih kepada bro Potocol- pengendali laman web Marlin
Tempoh trip ialah 3h2m. Campur perjalanan pergi dan balik maka jadilah 4h3m. Biasanya kami bertolak jumaat malam dan sampai jeti Dungun pagi. Naik bot kul 9am pd hari sabtu. Balik atau sampai di jeti rabu pagi.
Bulan Oktober biasanya ok. Contohnya, bulan penuh/bulan sedang mengambang adalah waktu air besar. Kebiasaannya air besar akan berlaku selama 20 hari dlm sebulan iaitu pada awal bulan (bulan gelap) dan pada akhir bulan (bulan terang). Rujuk pada bulan melayu, air besar bermula pada 26hb sehingga 7hb pada awal dan akhir bulan manakala bagi kalendar cina pula ia berlaku dari 13hb sehingga 18hb....lebih kurang sama ler tu!!!. Jadi, kita tengok ler mana bulan melayu yg sesuai utk memancing. Tapi mengikut pengalaman saya, perairan selat melaka perlu ikut carta pasang surut air. Sebaliknya perairan timur tak ikut sangat ttg air pasang surut ni. Mungkin keluasannya mempengaruhi perjalanan arus air. Pengalaman ini saya perolehi semasa menganjurkan satu trip dgn pak itam pd tahun ini. Tarik tersebut adalah tarikh yg agak kurang sesuai bagi pembaca carta pasang surut air...tapi sebaliknya menyrut tekong, tak mengapa. Arus kira ok. Air pasang besar pun ok....heheheheheh....kadang2 confius saya dibuatnya. Masakan tidak, mereka tak belajar apa2 pun dari buku atau penyelidikan secara saintifik..cuma mereka berpandu kpd pengalaman yg diperolehi berpuluh-puluh tahun lamanya then diadaptasikan secara turun temurun.
Pendekan cerita macam ni la....saya kategorikan kepada 9 aspek penting iaitu:-(artikel ni saya tokok tambah dari artikel lama dan dari kawan2 yg ada dlm simpanan saya).
1. RM
2. UMPAN
3. REEL
4. ROD
5. TALI
6. BATU LADUNG
7. PERAMBUT
8. TEKNIK/METHOD
9. CUACA/WAKTU
RM - Kertas yg ada gambar kepala agung tu!!!
Bagi yg datang dari KL...sudah pasti memancing di T'ganu memerlukan persediaan RM yg agak besar. Kos petrol/diesel pergi dan balik sekurang2nya RM200. Tol RM60. Minum/makan dlm perjalanan RM30. Rokok RM50 (perokok!!!). Minuman/makanan persendirian RM30. Spare money jika ada apa2 hal yg tak diduga akan berkalu sekurang2nya RM500 - RM1000 dlm tangan. Kalau kali pertama turun memancing laut dalam sudah tentu perlu membuat persediaan dari segi peralatan. Rell, multipler, tali, hook, batu ladung, perambut, rod tak lari RM1000 ke RM1500 - ASAS DAN ADA QUALITY!!! Contoh:- Multilier Penn international 2 speed 30 - RM800. Rod bottom RM200. Spinning reel, tali, batu, hook, peranbut dalm RM500. Model dan jenama kita bincangkan di topik yg lain.
Umpan - Umpan yg terbaik ialah ikan segar atau yg hidup. Biasanya umpan segar yg masih hidup boleh didapati semasa memancing guna teknik appolo. Biasanya umpan segar yg mati disediakan oleh tekong seperti sotong, kembong, selar dan anak ikan alu-alu.
Reel - Kebiasaannya memancing laut dalam secara bottom, cara jingging, poping pun digunakan. Tapi memancing di garisan paip atau pipeline hanya menggunakan teknik bottom dan casting/popping. Kadang2 ada juga jigging kerana bot akan berhenti di pelkantar minyak...disitu banyak cupak, jemuduk dan GT. Set2 ini perlu ada..mana ler tau...kut2 batang rod kita terhumban dlm laut....hehehehe...putih mata kalau tak ada spare!!! Atau rod patah terpijak atau lawan dgn ikan...!!! Reel yg minimum dan yg terbaik ialah Penn International 2 speed sais 30 atau shimano TLD 30 2 speed adalah yg baik. Kalau dapat yg lebih besar dari itu...lagi baik!!! Atau beli ajer reel eletrik sebiji (RM1500). Set spinning seperti banax pun kira boleh diketengahkan. Reel ni tak mahal. Saya guna penn ss seris sais 5500 dan 6500 kerana saya penggemar product Penn.
Rod - Di sana biasanya layan bottom. KADANG2 LAYAN BELITUNG..SYOK LAYAN BELITUNG NI WEHH!!! Rod yg sesuai ialah mempunyai kepanjangan 2 meter atau 5.5 kak hingga 2.5 meter/6.5 kaki dengan spec 30/60lb atau 50/80 paun. Jika meminati jigging, guna joran kekuatan PE3-PE5 panjang 2 meter sangat sesuai untuk ikan seperti cupak, tenggiri dan gerepoh bawah 15kg. Kalau GT bersaiz XXXL elok gunakan joran berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang yang sama atau 2 meter. Bagi popping, rod 2.5 meter sangat efektif untuk lontaran jauh. Sedia satu joran selingan berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk memancing apollo, anak ikan atau untuk digunakan sebagai pancing candat (bagi mendapatkan umpan sotong hidup).
Tali utama - Ini ada hubungan dengan kapasiti atau had muatan kekili berserta kekuatan maksimum drag yang terbina di dalamnya. Lumrahnya tali utama untuk pancing dasar dan menunda ialah 80 paun hingga 100 paun untuk tali utama kalau menggunakan tali sulam atau 50 paun hingga 80 paun jika menggunakan tali tangsi. Bagi kekili yang digunakan aktiviti jigging dan popping pula perlu dipadankan dengan tali sulam (braided) 60 paun hingga 80 paun dan disambung dengan tangsi kekuatan 80 paun hingga 100 paun sepanjang tiga meter sebagai perambut serap kejutan (shock leader). Kos tali pula berbeza mengikut jenama dan had quantity. Saya guna tali mono sais 80lb 200 meter yg dimuatkan dlm Shimano TLD50 saya. Reel eletrik pula saya muatkan tali powerpro 100lb berjumlah 200 meter. Jumlah tali paling minimum ialah 200meter sbb kedalaman air cuma 90 meter dalam.
Ladung - Dewasa ini batu ladung mmg mahal harganya. Kalau dulu Malaysia pengeluar bijih timah terbesar didunia...sekarang kita pula membeli dari British...hahahahah....tergadai!!! Sini ada pengalaman yg perlu dikongsi bersama ttg pantai timur dan pantai barat....penggunaan ladung antara laut barat dan laut timur ada sedikit beza. Kalau di barat (mancing di Pulau Jarak. Pulau Sembilan, selat melaka!!!) maksimum ladung digunakan ialah no 32 atau 1.5kg manakala laut timur (Dungun, Besut) pula maksimum saiz 24/1kg. Ini berdasarkan arus di pantai barat lebih deras berbanding pantai timur kerana laluan yang sempit. Kalau di Sabah dan Serawak...mungkin Wan_amildin boleh tolong bagi input!!! Tapi tak salah saya, ianya lebih kurang pantai timur kut!!! Kebiasaannya sais 18, 24 adalah WAJIB. Sebiji berharga antara RM9 KE RM15....sila check sbb harga batu timah ni sering bertukar2!!! Saya ada 4 biji batu 32...RM23X4=??? Kalau putus tali....lebuh RM23...kalau putus 4 kali...hahahahahah...botak ketiak aku wehhh!!!!! Jumlah batu yg perlu disediakan ialah :- 16-5biji, 18-5 biji, 24-5 biji dan 32-3 biji. BATU SAIS 6, 7, 8, pun perlu ada sbb nak guna semasa berapolo. So, kos batu mencecah andara RM50 ke RM80.
Perambut/rig - tali perambut boleh dibeli dimana2 kedai pancing yg berharga antara RM20 ke RM100. Sais yg minimal ialah 30lb dan maxima ialah 100lb. Beli cap ayam pun okay. War cerah dan kebiruan (biasanya boleh didapati di Thailand dgn harga yg murah...segulung ada 50 meter dhn harga RM2.50 shj!). Perambut yg mahal adalah perambut yg tidak mudah bercalar dan tidah mudah berkerinting macam rambut saya...hahahahah. Membuat perambut dari rumah adalah digalakan. Jarak perambut untuk pancing dasar ialah 2 hingga 3 depa diikat pada 2 mata kail. Atau mengunakan teknik apollo 2 mata jika kawasan berlabuh seperti di kawasan yg karang-karangnya tinggi dan besar/kasar. Sesungguhnya memancing di pipeline, memerlukan kecekapan dan tidak membuang masa. So, perambut perlu sentiasa tersedia. Jika tak ada, sewaktu bot berjalan, masa itulah persediaan perambut perlu dibuat...tak ape...kalau pegi, saya boleh tolong buatkan.
Teknik/method - Bottom, appolo, jigging (tak selalu hanya bila bot berhenti berehat...masa tu kita boleh berjigging) Kalau jingging, pastikan kita sedikan jig. Pelbagai2 jig dipasaran. Gunalah jig yg berwarna putih dan berkilat - sais 80 ke 120gram. Popping pula, perlu sediakan popper panjang 5 ke 6 inci warna putih merah/hijau kuning. Troling - (subject yg lain...panjang cite nanti)...
Waktu/masa/cuaca - Yg ni susah kawe nak explain.....ini adalah disebabkan lokasi yang bakal dikunjungi...lain padang lain lalang!! Lain lubuk lainlah bujuk!!!..hehehehhe... Soalah cuaca kena check dgn mereka yg lebih berpengalaman. Maklumlah sekarang ni...cuaca tak menentu...ramalan kata hujan gerimis dan renyai...tapi langung tak hujan atau disebaliknya!!! Sesungguhnya iakn2 akan lebih aktif di waktu malam dan ketika perubahan arus. Kadang2 kita dapat lihat dlm sonar mmg melambak ikan...tapi tak seekor pun menjamah umpan...mengapa??...antaranya ialah ketika itu arus mati atau langsung tak ada arus yg membuatkan ikan dari aktif bertukar ke pasif!!! Hah...satu lagi, loceng perlu dilekat/ikat pd pada hujung rod sebagai isyarat sms kpd kita bhw ada ikan hantar message kat kita...hehehehehe
KESIMPULAN:-
1. Set yg minimum ialah:-
- reel Penn International/shimano tld (2 speed dan sais 30) - MINIMUM!!! Nak yg murah pun boleh seperti Okuma Gold titus- RM500. Penn Gti 320 RM400 - 2nd RM250 - 300.
- Set spinning - banax 5000 - RM120 sj!!!- okay dah tu!!
- Tali mainline:- 80lb 200 meter
- Batu ladung pelbagai sais:- utk appolo, utk bottom
- Jig dan popper - warna dan sais!!!
- Perambut - ada yg murah dan yg mahal. Yg murah cepat kerinting!!!
- teknik - bottom, popping dan jigging. Semua skill dan knowledge ini akan diperolehi semasa bersama2 dlm bot....tu yg saya suka tu!!!!HAHAHAHAAI
- Cuaca/masa/waktu - SERAH KEPADA TUHAN....REZEKI ADA DIMANA2!!! Jgn pula dah tau angin kuat, laut bergelora...nak pegi mancing....tu namanya menempah ajal dan maut!!!
Thursday, June 17, 2010
NAK UMPAN NAK UMPAN
Salam Untuk Semua
Disini AG nak konsi skit tips2 membuat umpan tuk kaki mancing
Topi tuk air tawar je...Kolam la tuu
set A:
i) dedak 923 @ 920C - 5 genggam
ii) palet pink @ 928 - 4 genggam
iii) biskut marrie - 2 keping
iv) power bait hijau mulut tutup - sampai bau pada dedak
v) minyak belangkas - secukup bau je ok...
SET B:
i) dedak 920C - 5 genggam
ii) palet pink @ 928 - 4 genggam
iii) dedak ayam 203C - 2 genggam
1v) biskut marrie - 4 keping
v) power bait hijau mulut tutup - sampai bau pada dedak
vi) minyak belangkas hitam - secukup bau je...
minyak pikat ikan tebu:
i) dedak 920C - 5 genggam
ii) dedak 929 - 5 genggam
iii) palet pink @ 928 - 5 genggam
iv) biskut marrie - 3 keping
v) minyak tebu - secukup bau
: dedak ini boleh dikepalkan pada mata kail ataupun pada spring
: jika dedak ini diletakkan pada spring,pada mata kailnye
Tuesday, June 15, 2010
YEAHHHHH.................PENANG.........................
Salam Untuk Semua
Pehhh Penat.. Baru2 ni AG g Penang. Kawan AG ajak... terlanjur sekali AG nak bagi kawan AG yng duduk penang tu (Mie) hadiah kawin sebab masa dia kawin nanti AG x dapat g Penang. Kena balik Melaka.
Namun apakan daya AG terlupe yang kawan AG tu ada majlis kat rumah perempuan. Kat terengganu lak tuu. Jadi nanti hadiah ni AG kirim je la yee.. SELAMAT PENGANTIN BARU MIE.
Bila dah sampai penang tu apa lagi jalan2 la. Penat tu memang la penat tpi kenangan tu memang best. Apa2 punn Penang......MEMANG BEST.......
ADIOS
Thursday, June 10, 2010
AG DAN............................................................
Dalam cuti2 sekolah yang panjang ni memang AG terasa sangat best... Yela mana taknye banyak masa rehat. Tpi boring gakkkkkkkk x buat apa2.
Jadi AG telah mencuba hobi baru.....Setelah di racun oleh member baik AG, AG pun menceburi bidang ni....emmm memang best... nak tahu apa dia.................................................................................................................................................................................. Nii di...
nak jugak AG rasa dapat ikan macm ni................................................................................................................
Tpi hasil pertaman AG emmmmmmm besar lagi jari kelingking AG... hahahahahahahahahahah
Xpe2 nak belajarbesar ...dah dapat yang besar AG bagi tau yeeeee
ADIOS......
Wednesday, June 2, 2010
PUTERA PERSIA
Salam Untuk Semua...
Sabtu yang lepas, AG g menonton cerita putera persia nii....Emmmm Best... menghiburkan...cuma AG tertanya-tanya cerita ni amik part yang mana dalam permainan game dia. sama ada Prince of Persia: The Sands of Time, Prince of Persia: The Two Thrones atau Prince of Persia: Warrior Within. Tapi AG rase mesti Prince of Persia: The Sands of Time sebab citer ni ada pasl masa. Jadi sesiapa yang nak g menonton leh la pergi sebab AG rasa x rugi. Menghiburkan
Monday, May 31, 2010
FUHH................ JANJI TINGGAL JANJI
DULU....AG ada janji nak menulis balik dalam blog AG ni. Tpi kan.......masa....MASA....memang itu lah penghalangnya..... Skrg nii MASA dan kesibukan makin kurang....Jadi AG rasa AG akan kembali menulis balik. Sebab lepas ni Ag CUTI tiga minggu... Pastu pergi praktikum selama 3 bulan. emmmmm AG nak menulis pengalaman mengajar budak2 kecikkkkkkk...
ADIOS.....
Monday, March 1, 2010
KHUTBAH TERAKHIR RASULILLAH SAW
Khutbah Terakhir Rasulullah SAW
Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)
Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)
Monday, February 22, 2010
LAMA X MENULIS KAN......
Dah lama AG x melalak dan menulis kat blog niii.. Ishkk terlalu sibuk dengan kelas demi mengejar masa depan (ceh wah macam tulis dalam buku novel lakk)
Alhamdulillah segalanye berjalan dengan lanca sepanjang 2 bulan AG tidak bermadah ini. Walau pun sibuk dengan kelas dan kehidupan, AG masih lagi mampu mengikuti perkembangan2 di sekeliling AG.
Apa2 pun bulan 3 ni AG nakkembali menulis. Menanamkan azam yang baru. Mana tau, dengan banyak menulis AG boleh meningkatkan penulisan AG yang agak merosot dari segi kualitinya... emmm k laaaa. Ada keje skit lagi nak buat.. Ap2 pun cau dulu.. Nantikan berita2 yang best dari AG......
Adiossssssss