Friday, July 17, 2009

SATU GUGUR 2 SEDANG MARA, SATU BERJAYA

Salam Untuk Semua,

Ingat lagi tak mengenai pahlawan yang ditugaskan untuk meneruskan kehidupan seseorang manusia tu kan (ala ada dalam artikel AG yang Lepas). Emmmmm sebenarnye semua dah gugur. Kalah dalam perjuangan tu. Sedih jugak dengan AG dengan apa yang berlaku. Tpi apakan daya, dunia ini x selalunye adil.



Dalam meratapi kekalahan ketiga-tiga pahlawan itu, datang seseorng penyelamat yang berjaya membaiki keadaan. Dalam satu jangkamasa yang x beberaa panjang, pahlawan itu berjaya membantu nasib dan hidup manusia itu. Walaupun pahlawan ini mempunyai kekurangan diri tetapi ia berjaya membantu manusia ini dari kekejaman dunianye......

p/s: nak tahu siapa????? teka la lgi..........

Thursday, July 9, 2009

PPSMI MANSUH......ANDA MELATAH?

Salam Untuk Semua

Yaaaa PPSMI dah dimansuhkan. Ramai yang suka dan ramai yang melatah. AG hanya tersenyum. Kenapa semua org menetang PPSMI ini. Kenapa?....Kenapa? dan Kenapa???. Perkara kenapa inilah yang perlu difikirkan.

Kerajaan telah mengubal banyak perubahan dalam sistem pendidikan sejak dari dulu tetapi tidak dapat tentangan dari banyak pihak...kenapa? Seingat AG sejak AG di sek rendah lagi dah ada perubahan. Sebelum2 tu AG x tahu la sebab belum sek lagi. Pada tahun 1996, semasa AG darjah 6, skop pembelajaran B.I diubah. Ada pula karangan pendek yang diperkenalkan didalam exam UPSR. Sebelum ini semua dalam objektif sahaja. Xde yang membantah. Tahun 1999 sekali lagi pembelajaran B.I di ubah, xde sape bantah, Tahun 2000 sekali diubah dengan memperkenalkan komsas BM dan B.I dan takde siapa nak bantah. KENAPA.....?

Semasa PPSMI diperkenalkan pada peringkat permulaan bantahan kurang..KENAPA? Kemudian lama kelamaan barulah PPSMI mendapat bantahan dan tentangan dari ramai pihak, sehingga membawa kepada mogok dan sekali lagi persoalan KENAPA wujud. Pelik tak?

Jawapan tu ada kat anda semua..... semua boleh berfikir KENAPA?

Bg AG banyak cara nak meningkatkan Bahasa Inggeris ini. Bahasa Inggeris memang bahasa yang penting didunia dan harus dikuasai oleh semua. Jadi, walau apapun kita harus menguasai bahasa ini supaya tidak ketinggalan zaman.

Oleh yang demikian bukan cara PPSMI sahaja boleh meningkatkan bahasa Inggeris tetapi banyak cara lagi. Kerajaan sendiri ada membentuk 12 langkah untuk meningkatkan Bahasa Inggeris

- Menambah seramai 13,933 guru Bahasa Inggeris (BI) termasuk 1,000 dari luar negara, 600 guru bersara dan 12,333 guru tambahan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

- Menyediakan guru penolong BI gred DG41 bagi kelas besar melebihi 35 murid dalam tahun satu dan dua untuk meningkatkan masa perhubungan guru dan murid.

- Menambah waktu BI bagi sekolah kebangsaan (SK) tahap satu sebanyak 90 minit kepada 330 minit seminggu manakala tahap dua daripada 210 minit kepada 300 minit seminggu.

- Waktu BI bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) tahap satu pula ditambah daripada 60 minit kepada 120 minit seminggu manakala tahap dua ditambah daripada 90 minit kepada 120 minit seminggu.

- Menambah waktu BI bagi tingkatan satu hingga lima daripada 200 minit kepada 280 minit seminggu.

- Peruntukan waktu BI bagi Malaysian University English Test (MUET) tingkatan enam ditambah daripada 320 minit kepada 400 minit seminggu.

- Waktu BI bagi matrikulasi ditambah 100 peratus iaitu daripada tiga jam kepada enam jam seminggu.

- Program Sastera Kontemporari bahasa Inggeris Kanak-Kanak diperkenalkan kepada semua murid sekolah rendah tahap dua untuk mengukuhkan minat membaca dan memperkenalkan unsur-unsur sastera.

- Mewujudkan makmal bahasa Inggeris di sekolah-sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa itu dengan berkesan.

- Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran BI melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai.

- Pelajaran tatabahasa Inggeris diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran BI.

- Menyerapkan elemen sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran BI untuk mendedahkan murid dengan istilah berkaitan dalam bahasa Inggeris.

Jadi fikir la yeee. X yah nak melenting bila dah dimansuhkan.

Tuesday, July 7, 2009

DARI BANGI NAK G KL TAPI LALU N9- MELAKA-JOHOR -PAHANG-TERENGGANU -KELANTAN-PERAK -SELANGOR BARU SAMPAI K.L

Salam Untuk Semua

Yah...yah Penatnye keje sepanjang 2 minggu nii. Terlalu banyak keje kena buat. Hinggakan AG terpaksa pulang lewat. Adoiii penatnyeee.

Dalam kepenatan ini, sebenarnye AG tergerak hati untuk menulis entry ni. Ni pun curi2 masa rehat kul 1. Entry mengenai sektor kerajaan. Emmmmm sebenarnye AG bukan la nak kata yang buruk2 mengenai sektor kerajaan nii. Cuma apa yang AG perhatikan mereka2 yang dalam sektor kerajaan ni suka sangat buat keje yang melalui 'jalan Jauh" sedangkan terdapat "jalan Mudah". Dengan kata lain, keje mudah dipersusahkan.

AG bertanya kepada beberapa kawan2 AG yang keje dalam sektor ni, mereka lebih suka buat keja2 yang macam ni sbb kalau buat terlalu mudah, cepat pulak keje tu siap dan lepas tu dah tak de keje nak buat. Haiii macam ni pun ada.

Ada juga yang berpendapat dah memang karenah biokrasi. Jadi macam tuu laaa. Dan ada juga yang mahu mengikut sahaja. Tak mahu membantah atau memprotes. Cuma bagi AG ini cuma satu keje yang sia2. Sedangkan kita mempunyai pilihan untuk memudahkan kerja kita, mengapa perlu melencong mencari jalan yang lebih susah.

Apa2 pun bukan semua pekerja di sektor kerajaan yang macam tu. Ada diantara mereka yang lebih bijak dan pintar. Jadi mereka memilih jalan yang lebih mudah. Bak kata2 mutiara work smart not work hard.

P/S arrrrggg AG penat, kena cari penolong.... bebudak KTR sape nk keje ngan akuuuuu.........

Followers