Monday, June 28, 2010

HASIL KUNDANG


Salam Untuk Semua

Sabtu lepas, AG bersama2 abg din, Penjahat yang baik, Poojan (geng Kaki Pancing dot Net) telah melaksanakan misi membedil tasik kundang. Hasilnye AG tewas tasik pertama 9.45am-12.00 pm( AG sorang jeeee)

Tetapi misi di teruskan pada jam 12.30pm dan hasilnya 4 ekor pacu di naikan . terima kasih pada sifu AG...abg dinnn... caya laaaaa

Friday, June 25, 2010

LARUT MALAM...............

MACAM2 PERKARA

mungkin itu perkataan yang terbaik yang boleh AG ungkapkan......

x lama lagi AG akan mula mengajar..................

banyak pengalaman yang baru boleh AG dapat

mugkin AG boleh kongsikan bersama....

sebelum nak tido nii... banyk perkara yang boleh AG pikirkan LGI

KEJE......FOLIO.....PRAKTIKUM........MACING......KAWIN......DUIT.......KETE......
LA...LA...la...la.la.la

Sunday, June 20, 2010

UNTUK PEMANCING BARU

Salam Untuk Semua

Ni ada info tentang memancing...

Terima kasih kepada bro Potocol- pengendali laman web Marlin

Tempoh trip ialah 3h2m. Campur perjalanan pergi dan balik maka jadilah 4h3m. Biasanya kami bertolak jumaat malam dan sampai jeti Dungun pagi. Naik bot kul 9am pd hari sabtu. Balik atau sampai di jeti rabu pagi.
Bulan Oktober biasanya ok. Contohnya, bulan penuh/bulan sedang mengambang adalah waktu air besar. Kebiasaannya air besar akan berlaku selama 20 hari dlm sebulan iaitu pada awal bulan (bulan gelap) dan pada akhir bulan (bulan terang). Rujuk pada bulan melayu, air besar bermula pada 26hb sehingga 7hb pada awal dan akhir bulan manakala bagi kalendar cina pula ia berlaku dari 13hb sehingga 18hb....lebih kurang sama ler tu!!!. Jadi, kita tengok ler mana bulan melayu yg sesuai utk memancing. Tapi mengikut pengalaman saya, perairan selat melaka perlu ikut carta pasang surut air. Sebaliknya perairan timur tak ikut sangat ttg air pasang surut ni. Mungkin keluasannya mempengaruhi perjalanan arus air. Pengalaman ini saya perolehi semasa menganjurkan satu trip dgn pak itam pd tahun ini. Tarik tersebut adalah tarikh yg agak kurang sesuai bagi pembaca carta pasang surut air...tapi sebaliknya menyrut tekong, tak mengapa. Arus kira ok. Air pasang besar pun ok....heheheheheh....kadang2 confius saya dibuatnya. Masakan tidak, mereka tak belajar apa2 pun dari buku atau penyelidikan secara saintifik..cuma mereka berpandu kpd pengalaman yg diperolehi berpuluh-puluh tahun lamanya then diadaptasikan secara turun temurun.


Pendekan cerita macam ni la....saya kategorikan kepada 9 aspek penting iaitu:-(artikel ni saya tokok tambah dari artikel lama dan dari kawan2 yg ada dlm simpanan saya).
1. RM
2. UMPAN
3. REEL
4. ROD
5. TALI
6. BATU LADUNG
7. PERAMBUT
8. TEKNIK/METHOD
9. CUACA/WAKTU

RM - Kertas yg ada gambar kepala agung tu!!!

Bagi yg datang dari KL...sudah pasti memancing di T'ganu memerlukan persediaan RM yg agak besar. Kos petrol/diesel pergi dan balik sekurang2nya RM200. Tol RM60. Minum/makan dlm perjalanan RM30. Rokok RM50 (perokok!!!). Minuman/makanan persendirian RM30. Spare money jika ada apa2 hal yg tak diduga akan berkalu sekurang2nya RM500 - RM1000 dlm tangan. Kalau kali pertama turun memancing laut dalam sudah tentu perlu membuat persediaan dari segi peralatan. Rell, multipler, tali, hook, batu ladung, perambut, rod tak lari RM1000 ke RM1500 - ASAS DAN ADA QUALITY!!! Contoh:- Multilier Penn international 2 speed 30 - RM800. Rod bottom RM200. Spinning reel, tali, batu, hook, peranbut dalm RM500. Model dan jenama kita bincangkan di topik yg lain.

Umpan - Umpan yg terbaik ialah ikan segar atau yg hidup. Biasanya umpan segar yg masih hidup boleh didapati semasa memancing guna teknik appolo. Biasanya umpan segar yg mati disediakan oleh tekong seperti sotong, kembong, selar dan anak ikan alu-alu.

Reel - Kebiasaannya memancing laut dalam secara bottom, cara jingging, poping pun digunakan. Tapi memancing di garisan paip atau pipeline hanya menggunakan teknik bottom dan casting/popping. Kadang2 ada juga jigging kerana bot akan berhenti di pelkantar minyak...disitu banyak cupak, jemuduk dan GT. Set2 ini perlu ada..mana ler tau...kut2 batang rod kita terhumban dlm laut....hehehehe...putih mata kalau tak ada spare!!! Atau rod patah terpijak atau lawan dgn ikan...!!! Reel yg minimum dan yg terbaik ialah Penn International 2 speed sais 30 atau shimano TLD 30 2 speed adalah yg baik. Kalau dapat yg lebih besar dari itu...lagi baik!!! Atau beli ajer reel eletrik sebiji (RM1500). Set spinning seperti banax pun kira boleh diketengahkan. Reel ni tak mahal. Saya guna penn ss seris sais 5500 dan 6500 kerana saya penggemar product Penn.

Rod - Di sana biasanya layan bottom. KADANG2 LAYAN BELITUNG..SYOK LAYAN BELITUNG NI WEHH!!! Rod yg sesuai ialah mempunyai kepanjangan 2 meter atau 5.5 kak hingga 2.5 meter/6.5 kaki dengan spec 30/60lb atau 50/80 paun. Jika meminati jigging, guna joran kekuatan PE3-PE5 panjang 2 meter sangat sesuai untuk ikan seperti cupak, tenggiri dan gerepoh bawah 15kg. Kalau GT bersaiz XXXL elok gunakan joran berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang yang sama atau 2 meter. Bagi popping, rod 2.5 meter sangat efektif untuk lontaran jauh. Sedia satu joran selingan berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk memancing apollo, anak ikan atau untuk digunakan sebagai pancing candat (bagi mendapatkan umpan sotong hidup).

Tali utama - Ini ada hubungan dengan kapasiti atau had muatan kekili berserta kekuatan maksimum drag yang terbina di dalamnya. Lumrahnya tali utama untuk pancing dasar dan menunda ialah 80 paun hingga 100 paun untuk tali utama kalau menggunakan tali sulam atau 50 paun hingga 80 paun jika menggunakan tali tangsi. Bagi kekili yang digunakan aktiviti jigging dan popping pula perlu dipadankan dengan tali sulam (braided) 60 paun hingga 80 paun dan disambung dengan tangsi kekuatan 80 paun hingga 100 paun sepanjang tiga meter sebagai perambut serap kejutan (shock leader). Kos tali pula berbeza mengikut jenama dan had quantity. Saya guna tali mono sais 80lb 200 meter yg dimuatkan dlm Shimano TLD50 saya. Reel eletrik pula saya muatkan tali powerpro 100lb berjumlah 200 meter. Jumlah tali paling minimum ialah 200meter sbb kedalaman air cuma 90 meter dalam.

Ladung - Dewasa ini batu ladung mmg mahal harganya. Kalau dulu Malaysia pengeluar bijih timah terbesar didunia...sekarang kita pula membeli dari British...hahahahah....tergadai!!! Sini ada pengalaman yg perlu dikongsi bersama ttg pantai timur dan pantai barat....penggunaan ladung antara laut barat dan laut timur ada sedikit beza. Kalau di barat (mancing di Pulau Jarak. Pulau Sembilan, selat melaka!!!) maksimum ladung digunakan ialah no 32 atau 1.5kg manakala laut timur (Dungun, Besut) pula maksimum saiz 24/1kg. Ini berdasarkan arus di pantai barat lebih deras berbanding pantai timur kerana laluan yang sempit. Kalau di Sabah dan Serawak...mungkin Wan_amildin boleh tolong bagi input!!! Tapi tak salah saya, ianya lebih kurang pantai timur kut!!! Kebiasaannya sais 18, 24 adalah WAJIB. Sebiji berharga antara RM9 KE RM15....sila check sbb harga batu timah ni sering bertukar2!!! Saya ada 4 biji batu 32...RM23X4=??? Kalau putus tali....lebuh RM23...kalau putus 4 kali...hahahahahah...botak ketiak aku wehhh!!!!! Jumlah batu yg perlu disediakan ialah :- 16-5biji, 18-5 biji, 24-5 biji dan 32-3 biji. BATU SAIS 6, 7, 8, pun perlu ada sbb nak guna semasa berapolo. So, kos batu mencecah andara RM50 ke RM80.

Perambut/rig - tali perambut boleh dibeli dimana2 kedai pancing yg berharga antara RM20 ke RM100. Sais yg minimal ialah 30lb dan maxima ialah 100lb. Beli cap ayam pun okay. War cerah dan kebiruan (biasanya boleh didapati di Thailand dgn harga yg murah...segulung ada 50 meter dhn harga RM2.50 shj!). Perambut yg mahal adalah perambut yg tidak mudah bercalar dan tidah mudah berkerinting macam rambut saya...hahahahah. Membuat perambut dari rumah adalah digalakan. Jarak perambut untuk pancing dasar ialah 2 hingga 3 depa diikat pada 2 mata kail. Atau mengunakan teknik apollo 2 mata jika kawasan berlabuh seperti di kawasan yg karang-karangnya tinggi dan besar/kasar. Sesungguhnya memancing di pipeline, memerlukan kecekapan dan tidak membuang masa. So, perambut perlu sentiasa tersedia. Jika tak ada, sewaktu bot berjalan, masa itulah persediaan perambut perlu dibuat...tak ape...kalau pegi, saya boleh tolong buatkan.
GrinGrin

Teknik/method - Bottom, appolo, jigging (tak selalu hanya bila bot berhenti berehat...masa tu kita boleh berjigging) Kalau jingging, pastikan kita sedikan jig. Pelbagai2 jig dipasaran. Gunalah jig yg berwarna putih dan berkilat - sais 80 ke 120gram. Popping pula, perlu sediakan popper panjang 5 ke 6 inci warna putih merah/hijau kuning. Troling - (subject yg lain...panjang cite nanti)...
GrinGrinGrinGrin

Waktu/masa/cuaca - Yg ni susah kawe nak explain.....ini adalah disebabkan lokasi yang bakal dikunjungi...lain padang lain lalang!! Lain lubuk lainlah bujuk!!!..hehehehhe... Soalah cuaca kena check dgn mereka yg lebih berpengalaman. Maklumlah sekarang ni...cuaca tak menentu...ramalan kata hujan gerimis dan renyai...tapi langung tak hujan atau disebaliknya!!! Sesungguhnya iakn2 akan lebih aktif di waktu malam dan ketika perubahan arus. Kadang2 kita dapat lihat dlm sonar mmg melambak ikan...tapi tak seekor pun menjamah umpan...mengapa??...antaranya ialah ketika itu arus mati atau langsung tak ada arus yg membuatkan ikan dari aktif bertukar ke pasif!!! Hah...satu lagi, loceng perlu dilekat/ikat pd pada hujung rod sebagai isyarat sms kpd kita bhw ada ikan hantar message kat kita...hehehehehe

KESIMPULAN:-
1. Set yg minimum ialah:-
- reel Penn International/shimano tld (2 speed dan sais 30) - MINIMUM!!! Nak yg murah pun boleh seperti Okuma Gold titus- RM500. Penn Gti 320 RM400 - 2nd RM250 - 300.
- Set spinning - banax 5000 - RM120 sj!!!- okay dah tu!!
- Tali mainline:- 80lb 200 meter
- Batu ladung pelbagai sais:- utk appolo, utk bottom
- Jig dan popper - warna dan sais!!!
- Perambut - ada yg murah dan yg mahal. Yg murah cepat kerinting!!!
- teknik - bottom, popping dan jigging. Semua skill dan knowledge ini akan diperolehi semasa bersama2 dlm bot....tu yg saya suka tu!!!!HAHAHAHAAI
- Cuaca/masa/waktu - SERAH KEPADA TUHAN....REZEKI ADA DIMANA2!!! Jgn pula dah tau angin kuat, laut bergelora...nak pegi mancing....tu namanya menempah ajal dan maut!!!


Thursday, June 17, 2010

NAK UMPAN NAK UMPAN


Salam Untuk Semua

Disini AG nak konsi skit tips2 membuat umpan tuk kaki mancing
Topi tuk air tawar je...Kolam la tuu

set A:
i) dedak 923 @ 920C - 5 genggam
ii) palet pink @ 928 - 4 genggam
iii) biskut marrie - 2 keping
iv) power bait hijau mulut tutup - sampai bau pada dedak
v) minyak belangkas - secukup bau je ok...



SET B:
i) dedak 920C - 5 genggam
ii) palet pink @ 928 - 4 genggam
iii) dedak ayam 203C - 2 genggam
1v) biskut marrie - 4 keping
v) power bait hijau mulut tutup - sampai bau pada dedak
vi) minyak belangkas hitam - secukup bau je...

minyak pikat ikan tebu:

i) dedak 920C - 5 genggam
ii) dedak 929 - 5 genggam
iii) palet pink @ 928 - 5 genggam
iv) biskut marrie - 3 keping
v) minyak tebu - secukup bau
: dedak ini boleh dikepalkan pada mata kail ataupun pada spring
: jika dedak ini diletakkan pada spring,pada mata kailnye

Tuesday, June 15, 2010

YEAHHHHH.................PENANG.........................


Salam Untuk Semua

Pehhh Penat.. Baru2 ni AG g Penang. Kawan AG ajak... terlanjur sekali AG nak bagi kawan AG yng duduk penang tu (Mie) hadiah kawin sebab masa dia kawin nanti AG x dapat g Penang. Kena balik Melaka.

Namun apakan daya AG terlupe yang kawan AG tu ada majlis kat rumah perempuan. Kat terengganu lak tuu. Jadi nanti hadiah ni AG kirim je la yee.. SELAMAT PENGANTIN BARU MIE.

Bila dah sampai penang tu apa lagi jalan2 la. Penat tu memang la penat tpi kenangan tu memang best. Apa2 punn Penang......MEMANG BEST.......

ADIOS

Thursday, June 10, 2010

AG DAN............................................................

Salam Untuk Semua..

Dalam cuti2 sekolah yang panjang ni memang AG terasa sangat best... Yela mana taknye banyak masa rehat. Tpi boring gakkkkkkkk x buat apa2.

Jadi AG telah mencuba hobi baru.....Setelah di racun oleh member baik AG, AG pun menceburi bidang ni....emmm memang best... nak tahu apa dia.................................................................................................................................................................................. Nii di...


nak jugak AG rasa dapat ikan macm ni................................................................................................................
Tpi hasil pertaman AG emmmmmmm besar lagi jari kelingking AG... hahahahahahahahahahah
Xpe2 nak belajarbesar ...dah dapat yang besar AG bagi tau yeeeee
ADIOS......

Wednesday, June 2, 2010

PUTERA PERSIA



Salam Untuk Semua...

Sabtu yang lepas, AG g menonton cerita putera persia nii....Emmmm Best... menghiburkan...cuma AG tertanya-tanya cerita ni amik part yang mana dalam permainan game dia. sama ada Prince of Persia: The Sands of Time, Prince of Persia: The Two Thrones atau Prince of Persia: Warrior Within. Tapi AG rase mesti Prince of Persia: The Sands of Time sebab citer ni ada pasl masa. Jadi sesiapa yang nak g menonton leh la pergi sebab AG rasa x rugi. Menghiburkan

Followers