Tuesday, July 7, 2009

DARI BANGI NAK G KL TAPI LALU N9- MELAKA-JOHOR -PAHANG-TERENGGANU -KELANTAN-PERAK -SELANGOR BARU SAMPAI K.L

Salam Untuk Semua

Yah...yah Penatnye keje sepanjang 2 minggu nii. Terlalu banyak keje kena buat. Hinggakan AG terpaksa pulang lewat. Adoiii penatnyeee.

Dalam kepenatan ini, sebenarnye AG tergerak hati untuk menulis entry ni. Ni pun curi2 masa rehat kul 1. Entry mengenai sektor kerajaan. Emmmmm sebenarnye AG bukan la nak kata yang buruk2 mengenai sektor kerajaan nii. Cuma apa yang AG perhatikan mereka2 yang dalam sektor kerajaan ni suka sangat buat keje yang melalui 'jalan Jauh" sedangkan terdapat "jalan Mudah". Dengan kata lain, keje mudah dipersusahkan.

AG bertanya kepada beberapa kawan2 AG yang keje dalam sektor ni, mereka lebih suka buat keja2 yang macam ni sbb kalau buat terlalu mudah, cepat pulak keje tu siap dan lepas tu dah tak de keje nak buat. Haiii macam ni pun ada.

Ada juga yang berpendapat dah memang karenah biokrasi. Jadi macam tuu laaa. Dan ada juga yang mahu mengikut sahaja. Tak mahu membantah atau memprotes. Cuma bagi AG ini cuma satu keje yang sia2. Sedangkan kita mempunyai pilihan untuk memudahkan kerja kita, mengapa perlu melencong mencari jalan yang lebih susah.

Apa2 pun bukan semua pekerja di sektor kerajaan yang macam tu. Ada diantara mereka yang lebih bijak dan pintar. Jadi mereka memilih jalan yang lebih mudah. Bak kata2 mutiara work smart not work hard.

P/S arrrrggg AG penat, kena cari penolong.... bebudak KTR sape nk keje ngan akuuuuu.........

No comments:

Followers