Thursday, October 30, 2008

OLD SCHOOL BAH 1

Salam Untuk Semua

Sedang A.G menonton kembali anime Naruto (tah ulang berapa kali tah) A.G teringat pada kartun2 zaman dulu2. Yela kartun2 zaman A.G membesar. Macam biasa sebagai seorang kanak2 riang ketika itu memang kartun menjadi santapan setiap hari. Sanggup A.G ponteng sekolah petang semata2 nak tengok kartun. hehehehehe. Biasa la bebudak. Nakal plak tu. hahahahah



Waktu petang dulu2 selalu ada kartun yang best2 macam kartun gaban, suria perkasa hitam, maskman, dan flashman. X lupa juga pada kartun doremon dan juga kartun tomatoman. Walaupun kartun2 zaman ini tidak mempunyai grafik yang tinggi dan baik tetapi tetap memjadi pujaan hati A.G. Sampaikan kadang kala terbawa-bawa dalam mimpi.


Ada sekali tu, akibat terbawa watak-watak dalam citer kartun maskman, A.G bergaduh ngan member sebab berebut watak utama yang leh tembak meriam katak tu. hehehehe memang kelakar

Jadi disini A.G nak senaraikan Kartun2 Zaman 80an 90an. Mana la tau ada kenangan yang tersendiri dengan kartun2 tu:



  1. Power Ranjer
  2. Ninja Turtle
  3. Maskman (meriam katak)
  4. Flashman
  5. Thundercat
  6. Ultraman Ace (hakuto.....minami)
  7. Gaban (boleh bertukar dalam masa 0.005 saa
  8. Saber rider & The Star Sheriff (hero berkuda)
  9. Tomatoman( tomatomatomatu)
  10. Doremon (ang...ang...ang)
  11. The Real Ghostbusters( mcm lagu A.G)
  12. Suria Perkasa Hitam( belalang Tempur)
  13. Tranfomers
  14. Smurfs
  15. He-man
  16. She-ra
  17. Jern n the Hologram
  18. M.A.S.K
  19. Macross
  20. G.I Joe
  21. Voltron
  22. Road Runner( bip.bip)
  23. Captain Planet
  24. Defender Of The Earth
  25. Dash yangkuro( pasal kete mainan tu)
  26. Usup Santorian


Banyak Lagi Kartun2 zaman dulu yang mengamit memori A.G. Mungkin A.G tertinggal banyak kartun2 yang best. JAdi kalau kawan2 tau komen n bagi tau le. leh Share sesama


P/S: A.G Suke sangat kat Gaban. hehehehehe

Wednesday, October 22, 2008

PUAK HALUAN KIRI !

Salam Untuk Semua.


Dalam keheningan malam semalam(sejuk sebab ujan), A.G sempat menyelak2 sebuah majalah politik dan terbaca mengenai parti/puak/politik haluan kiri. A.G tertarik dengan artikal itu dan A.G rase nak kupas sedikit mengenai artikal tu.


Istilah politik haluan kiri/ politik sayap kiri bermula sejak Revolusi Francis lagi selepas timbalan-timbalan liberal dari Estet Ketiga kebanyakannya duduk di kiri kerusi presiden, dalam satu tabiat yang bermula di Estet Jeneral pada tahun 1789. Golongan bangsawan, iaitu ahli-ahli Estet Kedua pula, tertumpu di sebelah kanan. Dalam dewan-dewan undangan yang berikutnya, penyokong-penyokong pemerintahan beraja yang mendukung Rejim Ancien sering digelar golongan kanan kerana tertumpu di sebelah kanan. Di Dewan Negara Perancis amalan wakil-wakil duduk di sebelah kanan atau kiri kerusi presiden Dewan mengikut kecenderungan politik masing-masing masih diteruskan sehingga ke hari ini.


Itu Sejarah Perkataan Politik Haluan Kiri. Bagi A.G, apa yang A.G faham, puak haluan kiri@ sayap kiri ini adalah golongan yang mementang pemerintahan@kerajaan@golongan2 tertentu. Kiranaye pendapat serta Ideologi Puak Haluan Kiri ni bertentangan dengan Ideologi Puak Majoriti. Puak sayap kiri juga sering disamakan dengan dengan kelas bawahan yang berjuang menetang penindasan dan ketidakadilan sesuatu golongan.


Berdasarkan sejarah dan maksud haluan kiri, ini bermakna haluan kiri ini sebenarnye wujud dikalangan kita sendiri tanpa kita sedari. Setiap organisasi dan pertubuhan mahupun kerajaan sesuah negara terdapat puak haluan kiri.


Bagi A.G puak haluan kiri juga bukan la satu golongan yang menghacurkan negara tetapi puak yang memastikan sesebuah negara lebih maju kehadapan. Ini kerana tanpa gol. sayap kiri ini sesebuah negara/ pertubuhan/ organisasi tidak tahu kelemahan pentadbirannye. sebagai contoh dinegaran kita parti Barisan Nasional adalah parti yang memerintah negara. Tampa kewujudan parti2 haluan kiri seperti Pas, Or PKR maka parti BN akan memerintah negara sambil lewa kerana tiadanye tentangan dan rakyat tidak ada pilihan selain memilih parti BN untuk memrintah negara. Apabila Wujudnye parti haluan kiri ini maka parti BN akan berusaha lebih gigih lagi untuk memenangi hati rakyat lagi. secara tidak langsung menguntungkan rakyat itu sendiri.(Tpi A.G Orng kuat UMNO haa)


Sama juga la keadaanye dengan organisasi/.persatuan yang wujud di malaysia ini. Perlu ada puak haluan kiri di dalam setiap organisasi bagi memastikan organisasi itu terus berkembang maju. Bak kata Feng Sui Orng Cina setiap yang positif ada negatifnye (betul ke tah A.G x pasti, slah betulkan yee)


Tpi selalunye puak haluan kiri ni x ramai ahlinye, kadang kala puak haluan kiri ini amat berbahaya dah kadang kala pula puak haluan kiri ni pula menghadapi bahaya. Ini kerana puak haluan kiri terdiri dari golongan minoriti dan tidak mempunyai kuasa untuk berkata/memerintah. Maka puak haluan kanan/majoriti akan memastikan puak haluan kiri ini tidak mempunyai kuasa untuk melawan haluan kanan.


Ada juga terjadi golongan haluan kiri yang mempunyai matlamat yang baik untuk membangunkan sesebuah organisasi apabila golongan kanan menyalahgunakan kuasa yang diberikan. tetapi golongan kiri menerima tentangan yang hebat dari golongan kanan.


Terdapat satu lagi golongan yang boleh A.G kategorikan sebagai golongan atas pagar. Golongan atas pagar ini terbahagi kepada dua iaitu golongan yang x masuk campur dan golongan lalang.


Antara kedua2 golongan ini, golongan lalang adalah golongan yang paling merbahaya kerana golongan ini akan menyebelahi puak yang mempunyai kuasa yang kuat. Golongan lalang adakalanye menjadi duri dalam daging dan kadang kala merupakan ancaman yang paling bahaya. Manakala golongan atas pagar pula merupakan golongan yang tidak masuk campur mana2 persenketaan. ia akan menjalinkan hubungan dengan semua pihak dengan adil dan saksama.Tetapi golongan ini tidak mempunyai pendirian sendiri dan takut untuk mengambil risiko dalam hidupnye.


Ramai orang menyangkakan dirinya terdiri dari golongan atas pagar kerana golongan ini merupakan golongan yang adil dan tidak menyebelahi mana2 pihak tetapi sebenarnye mereka bukanye tergolong dalam gol atas pagar tetapi merupakan golongan lalang. Ini kerana mereka tidak sedar kadang kala perjuangan mereka terpesong akibat sogokan, wang, mahupun pangkat.


Jadi disini kita sendiri perlu menilai diri kita kita tergolong dalam gol mana?


P/S: A.G puak haluan kiri, heheheheheh


Monday, October 20, 2008

KAWIN OH KAWIN

Salam Untuk Semua

Hari sedang A.G tengah mengemaskini fail, A.G mendapat satu panggilan telifon dari rakan lama A.G. Dah lama x sembang dengan dia. Rupa2nye tujuan rakan A.G menalifon A.G untuk menjemput A.G ke majlis perkawinan nya Awal November nanti. Dalam berborak tiba2 kawan A.G meluahkan perasaanye mengenai hal kewangan. Katanye dia terpaksa membuat loan bank untuk melangsungkan perkawinannye.

Dari pernyataan kawan A.G, Ag mula terpikir, Betapa susah nye nak memdirikan rumah tangga sekarang ini. Terpakse pinjam dari pihak bank. Kalau keje best, Gaji tinggi x pe. bagaimana dengan golongan yang tidak berada ini. Perkara ini menjadi satu perkara yang terpaksa difikirkan oleh setiap pasangan terutama pasangan lelaki.

Kalau kita kira, hantaran je dah memcecah Rm 10k( kadang2) itu pun gadis x de ijazah. Yang ada lagi mahal kot. hehehe. Kalau hantaran dah 10k, belum masuk duit kenduri, barang2 hantaran, kad kawin, belanja2 kasar. Mau2 paling sekit pun 330k-40k. Pehhhh pening kepala nak pikir.

Teringat A.G kat cerita P. Ramli. Nak kawin punya pasal, terpaksa pinjam Ceti dah lepas kawin anak dah 3 hutang x habis lagi. Tambahan pula harga barang dah naik. Lagi la pening. Kena buat loan n sampai anak 4-5 x habis bayar lagi, Lum tamba nagn loan ptptn n loan kete or rumah. Bak kata kawan A.G bini belum jadi hak milik sebenar sampai le loan habis bayar sebab bini keje pajak kat bank. heheehe. Mungkin sebab ni ramai lelaki yang x mau kawin. Dunia2?

Tpi bagi pasangan yang ingin juga melansungkan juga perkawinan mereka tetapi x de modal A.G rasa boleh mintak bantuan kat Baitulmal. Sebab Baitulmal memang membantu Pasangan yang macam ni. Dia akan bantu dari segi modal. Tpi bagi golongan yang tyang memerlukan la. Jangan la plak gaji dah banyak g la mintak. tu dah salah guna tu.

P/s A.G ni asyik citer pasal kawin jeee. Bila plak nak merasa ni. Cari baitulmal la. hehehehehe

Saturday, October 18, 2008

PEREMPUAN SUKA PASANGAN MUDA?

Salam Untuk Semua

Lama kan A.G x update blog ni. Bukan Apa tah kenapa tiba2 A.G menjadi terlalu sibuk. Macam2 keje kena buat. Sampai komputer pun A.G x sentuh. Sentuh pun kat rumah. Com A.G kat rumah bukan ada intenet pun.hehehehehe

Dalam kesibukan itu sempak gak A.G lepak2 ngan member kat kedai kopi. Masa lepak2 tu A.G tertarik dengan satu topik. Topik tu lebih kurang bunyi dia macam ni. Perempuan Zaman Sekarang Lebih Berminat Pada Lelaki yang Lebih Muda. Topik ini memang menarik minat A.G. A.g mula berfikir. Adakah mereka mengikut sunnah nabi, atau dah menjadi satu trend zaman sekarang atau mereka mempunyai alasan tersendiri.

Apa yang A.G dengar, lelaki yang berumur muda lebih senang di kawal.
Ada juga pendapat mengatakan jika suami lebih muda dari isteri, apabila mencapai waktu 40-an si isteri sudah kurang berkeinginan terhadap seks dan si suami masih ‘menginginkan’ layanan seks. Ini dikhuatiri si suami akan mula kurang cintanya pada si isteri sehingga sanggup ‘makan luar’ dan poligami (bukan kerana tujuan poligami yang mengikut syariat).
Jadi A.G mula mencari2 maklumat di intenet dan beberapa servey telah ditemui.

Keputusan Survey :
27 Orang mengatakan “tiada masalah”
1 Orang mengatakan “masalah”
12 Orang tidak memberi respon


Oleh
Mohd Al-Hafiz Abdul Aziz


Walau ape pun bagi A.G x kisah le nak kawin lagi muda atau lagi tua atau sama umur dengan kita. Janji NIAT kita kenal betul.
Tambahan pula, tidak ada dalil atau nas al-quran dan juga enakmen undang-undang melarang perempuan berkahwin dengan lelaki yang lebih muda. Sejarah juga mengatakan Nabi Muhammad S.A.W yang berumur 25 tahun ketika itu berkahwin dengan Siti Khadijah yang berumur 40 tahun. Semua ini terpulang kepada individu itu sendiri dalam mewujudkan keluarga yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Wallahu’allam.


P/S: Kalau kes anak ikan tu macam mana yek?


Tuesday, October 7, 2008

R.J Kawin...???????


Salam Untuk Semua.

Walaupun musim raya belum habis, ramai yang ambil kesempatan ini untuk mendirikan rumah tangga. Yela cutikan. Ramai jugak kawan2 A.G yang akan berkawin dalam2 minggu2 raya ni. Setakat ni A.G dah Ada 3 jemputan kawin sepanjang bulan ni. X kira lagi yang nak bertunang. Ok la tu. Bagus, leh menyambung zuriat masing2.

X lupe juga kepada Penasihat Kelab teater rimba kita Mr Bung yang akan menlangsungkan perkawinan hujung minggu ni. Tahniah buat bung. Akhirnye segala penantian anak2 didik bung sampai jugak akhirnyeee. Cuma A.G x dapat datang majlis tu, Jauh sangat sampai kat Indonesia. X cukup bajet. hehehehehe
.

Haaaa cuma A.G terima satu berita mengempakkan. X tahu la betul atau tidak. Tpi melalui sumber2 misteri mengatakan bahawa kawan A.G, R.J akan melangsungkan perkawhwinan di hotel di Putrajaya. X salah A.G pasangan nye berasal Dari Indonesia gak. Cuma sahabat2 terdekat n sedara mara je yang dijemput. A.G x dijemput lagi.
(buKan sahabat terdekat kot. Perkahwinan ini akan dilangsungkan pada bulan disember. Tahniah la kat R.J. Semoga ke anak cucu hendaknye. X payah ambil anak2 angkat. hehehehe

P/S : A.G bila lagi rasenye nak merasa naik pelamin. hehehehehe

Monday, October 6, 2008

TEMAN TAPI MESRANYEEEEEE

Salam Untuk Semua.


Adoi penatnyeeeee hari ini. A.G baru je sampai dari kampung. Jauh tuuuuu. Ape2 pun beraya kat kampung memang best. Masih lagi terdapat suasana yang macam dulu2 walau pun usia A.G semakin meningkat tua.

Masa A.G pulang ke kampung hari tu terjumpa la kawan2 lama A.G. Baik lelaki mahupun perempuan. Bestnye jumpa diorg ni. Ada satu kawan A.G ni (lelaki laa) agak rapat ngan kawan A.G lagi seorng laa (Ni perempuan). A.G ingat diorng ni dah couple. Yela kemana saje A.G n kawan2 pergi mesti berkepit. Jadi A.G tanya leee bila diorng mula bercouple. Yang mengejutkan A.G jawapan yang terpacul dari mulut diorng la bukan couple tpi kawan jeeeee. Haaaaaa terkejut A.G dibuatnye. Yela mengalahkan pasangan yang bercouple tpi bukan couple. Cuma kawan.

Jadi A.G buat la kajian sedikit mengenai perkara ini. Terdapat satu istilah Teman Tpi Mesra telah wujud akibat dari gejala ini. Teman yang terlalu rapat tpi x de ape2 hubungan selain kawan yang rapat dan pergi kemana sahaja bersama. Silap2 hari bualn boleh berpeluk2 lg.

A.G sebenarnye x paham. Kenapa perkara ini berlaku. Kalau dalam proses mengenal tu A.G boleh kot terima skit2 , tpi kalau dah kedua2 dah ada awek or balak tpi still berpelukkan x pelik namanyee.

Lantak diorng la, Janji x kacau A.G kan. lantak korang la. Jangan Sampai kena tangkap basah sudah. Aminnn

P/S: Siapa Nak jadi teman tpi mesra A.G. Leh isi borang hahahahahahaah

Followers