Wednesday, October 22, 2008

PUAK HALUAN KIRI !

Salam Untuk Semua.


Dalam keheningan malam semalam(sejuk sebab ujan), A.G sempat menyelak2 sebuah majalah politik dan terbaca mengenai parti/puak/politik haluan kiri. A.G tertarik dengan artikal itu dan A.G rase nak kupas sedikit mengenai artikal tu.


Istilah politik haluan kiri/ politik sayap kiri bermula sejak Revolusi Francis lagi selepas timbalan-timbalan liberal dari Estet Ketiga kebanyakannya duduk di kiri kerusi presiden, dalam satu tabiat yang bermula di Estet Jeneral pada tahun 1789. Golongan bangsawan, iaitu ahli-ahli Estet Kedua pula, tertumpu di sebelah kanan. Dalam dewan-dewan undangan yang berikutnya, penyokong-penyokong pemerintahan beraja yang mendukung Rejim Ancien sering digelar golongan kanan kerana tertumpu di sebelah kanan. Di Dewan Negara Perancis amalan wakil-wakil duduk di sebelah kanan atau kiri kerusi presiden Dewan mengikut kecenderungan politik masing-masing masih diteruskan sehingga ke hari ini.


Itu Sejarah Perkataan Politik Haluan Kiri. Bagi A.G, apa yang A.G faham, puak haluan kiri@ sayap kiri ini adalah golongan yang mementang pemerintahan@kerajaan@golongan2 tertentu. Kiranaye pendapat serta Ideologi Puak Haluan Kiri ni bertentangan dengan Ideologi Puak Majoriti. Puak sayap kiri juga sering disamakan dengan dengan kelas bawahan yang berjuang menetang penindasan dan ketidakadilan sesuatu golongan.


Berdasarkan sejarah dan maksud haluan kiri, ini bermakna haluan kiri ini sebenarnye wujud dikalangan kita sendiri tanpa kita sedari. Setiap organisasi dan pertubuhan mahupun kerajaan sesuah negara terdapat puak haluan kiri.


Bagi A.G puak haluan kiri juga bukan la satu golongan yang menghacurkan negara tetapi puak yang memastikan sesebuah negara lebih maju kehadapan. Ini kerana tanpa gol. sayap kiri ini sesebuah negara/ pertubuhan/ organisasi tidak tahu kelemahan pentadbirannye. sebagai contoh dinegaran kita parti Barisan Nasional adalah parti yang memerintah negara. Tampa kewujudan parti2 haluan kiri seperti Pas, Or PKR maka parti BN akan memerintah negara sambil lewa kerana tiadanye tentangan dan rakyat tidak ada pilihan selain memilih parti BN untuk memrintah negara. Apabila Wujudnye parti haluan kiri ini maka parti BN akan berusaha lebih gigih lagi untuk memenangi hati rakyat lagi. secara tidak langsung menguntungkan rakyat itu sendiri.(Tpi A.G Orng kuat UMNO haa)


Sama juga la keadaanye dengan organisasi/.persatuan yang wujud di malaysia ini. Perlu ada puak haluan kiri di dalam setiap organisasi bagi memastikan organisasi itu terus berkembang maju. Bak kata Feng Sui Orng Cina setiap yang positif ada negatifnye (betul ke tah A.G x pasti, slah betulkan yee)


Tpi selalunye puak haluan kiri ni x ramai ahlinye, kadang kala puak haluan kiri ini amat berbahaya dah kadang kala pula puak haluan kiri ni pula menghadapi bahaya. Ini kerana puak haluan kiri terdiri dari golongan minoriti dan tidak mempunyai kuasa untuk berkata/memerintah. Maka puak haluan kanan/majoriti akan memastikan puak haluan kiri ini tidak mempunyai kuasa untuk melawan haluan kanan.


Ada juga terjadi golongan haluan kiri yang mempunyai matlamat yang baik untuk membangunkan sesebuah organisasi apabila golongan kanan menyalahgunakan kuasa yang diberikan. tetapi golongan kiri menerima tentangan yang hebat dari golongan kanan.


Terdapat satu lagi golongan yang boleh A.G kategorikan sebagai golongan atas pagar. Golongan atas pagar ini terbahagi kepada dua iaitu golongan yang x masuk campur dan golongan lalang.


Antara kedua2 golongan ini, golongan lalang adalah golongan yang paling merbahaya kerana golongan ini akan menyebelahi puak yang mempunyai kuasa yang kuat. Golongan lalang adakalanye menjadi duri dalam daging dan kadang kala merupakan ancaman yang paling bahaya. Manakala golongan atas pagar pula merupakan golongan yang tidak masuk campur mana2 persenketaan. ia akan menjalinkan hubungan dengan semua pihak dengan adil dan saksama.Tetapi golongan ini tidak mempunyai pendirian sendiri dan takut untuk mengambil risiko dalam hidupnye.


Ramai orang menyangkakan dirinya terdiri dari golongan atas pagar kerana golongan ini merupakan golongan yang adil dan tidak menyebelahi mana2 pihak tetapi sebenarnye mereka bukanye tergolong dalam gol atas pagar tetapi merupakan golongan lalang. Ini kerana mereka tidak sedar kadang kala perjuangan mereka terpesong akibat sogokan, wang, mahupun pangkat.


Jadi disini kita sendiri perlu menilai diri kita kita tergolong dalam gol mana?


P/S: A.G puak haluan kiri, heheheheheh


7 comments:

Anonymous said...

klo bg negara aku di haluan kiri(pembangkang), utk pastikan umno lakukan jalankan tugas tanpa sebarang penipuan n sume rakyat terbela..

tp bg benda2 yg remeh temeh ni or utk organisasi aku di haluan kanan.. utk berada di haluan kiri sila pastikan diri anda adalah contoh yg baik bukan mengata dulang paku serpih mengata org dia yg lebih!!

Anonymous said...

komunis dilabel sebagai puak haluan kiri.

tapi mereka menganggap mereka berhaluan kanan. pihak yang benar.
adakah a.g seperti mereka?

fakta sejarah utk dikongsi bersama

kejatuhan kebanyakkan tamadun di dunia disebabkan apa?
(babylon, rome)

christ di salib?

semuanya disebabkan oleh pengkhianat yang terdiri daripada haluan kiri.

kira-kiranya pengkhianat sama x dgn haluan kiri?

bagi saya, kita harus blaja dr kesilapan yang pernah nenek moyang kita lakukan dulu. sejarah mengajar kita utk membuat keputusan yang betul. kita perlu berbincang sekiranya terdapat masalah, salahfaham dan sebagainya sepertimana yang diajar dalam agama a.g (islam bukan?)

tidak berniat utk menyerang a.g

dr;
3rd party observer with no personal interest.

Marziana Lin said...

oo ya,aku juga terfikir2 kata2 manusia yg tidak bernama ini.. bukan mudah utk berada di haluan kiri..make sure mambawa kepada kebaikan bukan utk menambah kemusnahan..

mambawa kebaikan aku sokong!
mambawa kemusnahan aku sumpah jadi katak sekor2..hehehe

Anonymous said...

Memetik post A.G - "Golongan bangsawan, iaitu ahli-ahli Estet Kedua pula, tertumpu di sebelah kanan. Dalam dewan-dewan undangan yang berikutnya, penyokong-penyokong pemerintahan beraja yang mendukung Rejim Ancien sering digelar golongan kanan kerana tertumpu di sebelah kanan"

dan juga anonymous (tidak bernama) mengatakan "komunis dilabel sebagai puak haluan kiri.tapi mereka menganggap mereka berhaluan kanan. pihak yang benar"

- adakah (tidak bernama) faham apa yang dikatakan oleh AG? pihak sebelah kanan tetap akan jadi pihak sebelah kanan.
dan pihak sebelah kiri, akan tetap menjadi pihak sebelah kiri,walau mereka pihak yang benar..Anggapan adalah anggapan. anggapan tak boleh jadi yang benar...
(klau salah betulkan)

Anonymous said...

Baik la, berbalik kepada 2 anonymous yang pertama, pada pendapat saya mereka cuba untuk mengaitkan cerita topik ini dengan cerita mereka, dan pada saya juga, apa yang mereka cuba sampaikan diataskan adalah berdasarkan kepada fakta.

Manakala anonymous yang ke-3, anda hanya bermain ayat yang berputar belit, menkonfiuskan orang ramai (Memang dier pandai kot dalam hal ini). Memang la, orang di sebelah kanan dipanggil pihak kanan dan pihak di kiri dipanggil pihak kiri. Tetapi apa yang cuba mereka kaitkan disini adalah mengenai IDEOLOGI atau FAHAMAN tentang HALUAN KIRI. Bukan bercakap tentang pihak itu duduk di kanan atau duduk di kiri, berjalan di tengah atau tersungkur di belakang...

Who will be such an IDIOT to wrote such thing in the comment, grow same brain in that monkey's skull of yours.

Saya rasa awak kot (anonymous ke-3) yang tidak faham secara mendalam artikel ini dan memBABI buta mengkomen.

Saya juga berpendapat, baik sekiranya ada pihak di haluan kiri dan positif dalam ideologinya kerana membantu membina persaingan sihat. Dalam konteks negara, baik untuk rakyat jikalau ada pihak haluan kiri yang beridealogi ke arah kebaikan. Sebab dalam pemerintahan Islam sendiri, ada pihak kiri tetapi untuk kebaikan rakyat. Ini kerana jikalau pihak di haluan kiri, yang beridealogi untuk kepentingan diri sendiri, mempunyai hasad dengki, tamak, gile kuasa, mengikut perasaan dan sekiranya menimbulkan ganguan keharmonian dan kegusaran dalam ahli dan masyarakat, maka secara tidak langsung ianya tidak menghormati dan MENGKIANATI pemimpin di saat itu. Maka layak digelar Pengkianat..

Saya rasa itu sahaja,
Sekian.

Anonymous said...

rasa macam nak gelak
macam lawak
tapi lawak ke?
huhuhuhu

dalam gomen, saya sokong bn.

dalam organisasi, pada pendapat saya, kadangkala pihak kanan terlalu taksub, bangga kerana dipilih oleh majoriti dalam organisasi tetapi akibat perasaan yang dinyatakan diatas menyebabkan mereka lupa diri, dan terlupa tujuan asal mereka dipilih. Kenapa mereka terpilih. Sehingga terbentuknya pihak haluan kiri yang merasakan mereka tidak lagi berada di landasan yang benar. Tidak akan ada haluan kiri kalau haluan kanan membuat semua perkara dengan telus dan ikhlas.

Dan kadangkala pihak kanan sudah habis tempoh pemerintahannya, mereka masih lagi merasakan merekalah yang ketua. Merekalah yang berkuasa. Sedangkan realitinya tidak.

Begitulah dunia. Ini pendapat saya.

Anonymous said...

peace!!!

Followers