Pada topik yang lepas, A.G dah kupas serba sedikit pasal Anime/kartun era2 80an-90an.
Pada kali ini A.G nak kupas mengenai komik era2 tu jugak. Sebab bagi A.G tanpa komik siapa la anime kan. Jadi komik juga mempunyai peminat dan nilai sentimental yang tersendiri.
A.G merupakan salah seorang peminat komik pada era2 itu. Sampai sekarang ni A.G masih lagi membaca komik. heheheheh. Kalau dulu susah nak dapatkan komik2 ni. Yela bukan susah memperolehinya tpi susah nak kumpul duit. Dah dapat beli kena marah ngan ayah lak. hehehehheh.
Jadi di sebabkan A.G merupakan salah seorang kipas susah mati komik kat malaysia ni A.G nak story skit pasal komik2 kat malaysia ni zaman dulo2.
Perkembangan Komik Kat Malaysia ini Boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Komik yang dilukis pelukis tempatan, komik dari luar negeri seperti dari jepun, Hong Kong dan Amerika. Komik2 ini berjaya menarik perhatian pembaca yang rata2 terdiri dari golongan remaja. Jadi A.G akan kupas mengikut Negara pengeluarnyee.
KOMIK DARI MALAYSIA:
Pada era dulo2 belum ramai lagi pelukis dari malaysia. Kalau ada pun lukisan mereka terlalu tinggi nilainye sampai pembeli komik pun x mampu nak beli macam komik Kampung BOY karya dato LAT.
1)Majalah Gila-Gila
Komik yang sangat fesmes era2 80-90an ialah Majalah Gila-Gila. Majalah Gila-Gila suatu ketika dahulu menjadi majalah humor Malaysia yang pertama mendapat rating jualan tertinggi melalui sumber maklumat ABC (Audit Berreau Circulation). Gila-Gila, terbitan CESB(Creative Enterpise Sdn. Bhd.) menjadi pelantar bagi kartunis-kartunis di era 1980-an. Gila-Gila telah mengekalkan ikon Professor Serba Tahu sebagai 'maskot rasmi'nya. PST digambarkan sebagai seorang lelaki botak yang agak perutnya agak gemuk, berkaca mata hitam bulat, berkepala botak licin (dan mungkin hanya sehelai dua rambut yang tinggal) tetapi mempunyai janggut yang lebat dan panjang.]
2) Majalah UJANG
Majalah Ujang lahir setelah pelukis Ibrahim Anom yang lebih dikenali dengan nama penanya Ujang menerbitkan sendiri pada tahun 1993 di bawah syarikat Kharisma Publications, KL. Majalah Ujang pada awal penerbitannya yang pertama kelihatan sebuah himpunan buku lakaran pelukisnya, dengan lakaran konsep majalah itu untuk isu seterusnya.
Melalui majalah ini, beberapa orang pelukis kartun berjaya dikadetkan oleh Ujang dan tampillah beberapa orang kartunis yang menggunakan nama sayur dan buah-buahan. Itu uniknya kartunis-kartunis yang berada di bawah bumbung Karisma Publications pada waktu itu.
Dengan tagline, Lawak Antarabangsa majalah UJANG berjaya menjadi sebuah majalah humor yang diminati ramai dan watak-watak seperti Mat Despatch, Tok Moh, Pakcik Kordi Dan Lembu Beliau, Katok O katok dan lain-lain lagi.Kini, UJANG berada di bawah MOY diterajui pula oleh Lengkuas dan kartunis-kartunis seperti Nik, Bacang, Bawang, Manggis, Lepat, Ciku, Lalang, Papan, Buloh, Sukun, Bijan dan Qayyum.
Majalah Gelihati, juga sebuah majalah humor di Malaysia yang terbit pada tahun yang sama dengan Gila-Gila. Penerbitan majalah ini lewat sebulan dua dari Gila-Gila. Ia yang didokong oleh kartunis-kartunis lama seperti Ghafar Nin, Allahyarham MOJO, Kartekana, Dinie, Yusof, Poe,Tok Perak, Gayour ramai lagi. Format penerbitannya adalah lebih kurang sama dengan majalah persaingnya. Penerbitan Gelihati juga dilihat sebagai persaingan yang sihat dan turut memberi peluang kepada kartunis-kartunis pelapis di mana lebih ramai kartunis-kartunis yang baru seperti Adeputera, Namron, Pink, Ribut dan lain-lain lagi.
Dengan kemunculan banyak lagi majalah humor yang seupama, Gelihati kemudiannya tidak lagi begitu dominan setelah hampir 2 dekad dalam penerbitannya. Syarikat penerbitannya memberikan fokus yang lebih utama kepada penerbitan berkala yang lain seperti Bacaria, Majalah Mingguan Wanita, Media Hiburan dan lain-lain. Pelukis-pelukis kartun yang berada dibawah bumbungnya masih aktif menjadi ilustrator kepada penerbitan-penebitan itu
4) Anak2 Sidek
5) Bambino
6) Humor
7) O.K a.k.a Orang Kampung
KOMIK DARI JEPUN
Komik dari Jepun ini x kurang hebat peminatnye. Karyanye pula memang banyak yang berkualiti. Jadi A.G pun nak kupas serba sedikit tentang karya2 komik dari Jepun yang Femes.
Komik ini, Dragon Ball atau Mutiara Naga (Doragon Bōru) adalah sebuah manga oleh Akira Toriyama sebanyak 42 jilid novel grafik. Sebelum itu ia diterbitkan dalam majalah mingguan Shūkan Shōnen Janpu atau Mingguan Shonen Jump di Jepun dari 1984 hingga 1995.
Komik ini mengikut kehidupan Son Goku, seorang budak berekor monyet dari kecil hinggalah dia dewasa dan mendapat anak serta cucu. Dia mendapat banyak rintangan namun akhirnya menjadi pendekar Saiya yang terkuat di seluruh angkasa. Di Malaysia, Dragon Ball @ Mutiara Naga diterbitkan di bawah syarikat Comics House. Yang paling penting dalam komik ini ialah kewujudan Mutiara Naga yang berupaya menunaikan apa sahaja permintaan orang yang menyeru Mutiara Naga tersebut. Terdapat 7 Bijik Mutiara Naga kesemuanya.
A.G berjaya mengumpulkan semua jilid Mutiara Naga ini dan masih disimpan rapi sehingga ke hari ini. A.G paling suka watak Bezita, Putera Mahkota bagi kaum Saiya.
2) Misteri Naga a.k.a Dragon Quest
Komik ini juga merupakan salah satu komik yang agak fesmes pada era dulu2. A.G dah membaca kesemua jilid komik ini cuma A.G x dapat mengumpulnye. Pulus X banyak mase tu. A.G x dapat banyak info mengenai komik ini. Cuma yang A.G ingat ialah mengenai perjalanan seorang remaja yang rupanya adalah salah seorang anak dari wira di kayangan( tah betul tah tidak A.G ni) heheheheheh
3) Doremon
Komik Doraemon adalah sebuah Manga Jepun popular yang dikarang oleh Fijiko F. Fojio (nama asal Hiroshi Fujimoto) sejak tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon. Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan - yang bakal terjadi di masa depan - yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita.
Cerita Doraemon julung kalinya muncl pada Januari 1970 dan diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak. Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogagukan di bawah jenama komik Tentōmushi (ladybird/kumbang kura-kura) yang menjangkau 45 jilid. Cerita-cerita tersebut dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun, yang merupakan tempat kelahiran Fujiko.
Doraemon pernah dianugerahkan hadiah utama Anugerah Kebudayaan Tezuka Osamu pada tahun 1997.
Setelah lama wujud di dunia komik dan animasi, Doraemon merupakan salah satu watak animasi yang popular bukan sahaja di Jepun dan Malaysia, bahkan juga di negara-negara Asia dan Eropah. A.G juga merupankan kipas susah mati doremon. :-p4) Detektif Conan
5) Slam Dunk
6) Captain Tsubasa
7) Eiji Asuma (cam Kenal)
Apa2 pun masih banyak lagi komik/manga yang datang dari malaysia mahupun Jepun ini. Cuma A.G x dpat nak kupas. Mau makan masa @ tahun kalau nak kupas. hehehehe. Kalau ada yang A.G lupe leh tolong tambah2kan. Pada topik akan datang A.G akan sambung komik2 yang wujud era2 80-90an tpi yang diterbitkan di Hong Kong dan Amerika Pula. Jumpa lagi. Byeeee
p/s: Kalau la kira2 duit A.G beli Komik, Leh beli banglo 3 tingkat ni. hehehehehe
3 comments:
Kumpul Kreko sampai sekotak...klau tak caya, tanye wa..pindah umah sewa hentian kajang, kreko sampai stengah kotak yang besar..hehehe..
tapi maleh nak kumpul dah sebab 3 kali sebulan...dahla rm4.50 satu...hampes...lagi pun..crite dah x besh skit...
skang tengah kumpul shin chan...hehehe..sronok..
IKAN EMAS SKANG IE KREKO RM 4.00.. HUHUHU AKU PEGYMPUL SETIA SKANG..
BUAT BOBOI KALU X SILAP BETA DRAGON BALL ADE 43 JILID YE.. X BRAPE IANGAT DAH..
APE-APE PUN HIDUP KOMIK>>>>>>>....
Rm4.00 pun, kali 3 dah RM12.00 sebulan..mati siot nak beli..tapi susahnya kreko ni, klau terlepas 1 kali, dah tak paham dah..sebab semua komik bersambung..emo IE jadinye
Post a Comment