Friday, November 28, 2008

ANONYMOUS KE?????

Salam Untuk Semua,

Baru2 ni A.G dapat banyak komen2 dari anonymous, walaupun pun topik2 tu topik lama tpi masih lagi di komen oleh anonymous. Mungkin pihak anonymous masih tidak berpuas hati dengan penulisan A.G ni atau anonymous ketinggalan zaman atau anonymous x reti tulis blog sendiri terpakse menumpang dalam blog A.G untuk mengomen orang lain. heheheheheh

Jadi A.G mula terpikir siapa sebenarnye anonymous ni. Laki ke? perempuan ke? Sbb apa yang A.G leh Katakan anonymous ni x de kemaluan diri (opssssss jangan salah paham yeee) sbb x berani nak memperkenalkan diri sendiri. Cuba le berani2kan diri tu skit, perkenalkan diri. Ni x main terjah ke blog2 orng. Bukan A.G je yang kena, ramai kawan2 blogger A.G dah terkena sampai terpaksa tutup blog laaa. Ishk2... cian.

siapakah anonymous ini?

Mungkin pihak2 anonymous ni x reti nak buat blog sendiri kot. Ala biasa la buta IT kan. Dah tahu bute tu g la tanya2 kat orang. Blajar2 skit sebanyak, x la asyik penumpang kat blog orang lain n membuat onar kat sana. Tpi kan anonymous ni rase nye x mau blaja sebab..... biasa la blagak... buat2 tahu tpi sebenarnye x tahu langsung. Nak jaga Standart kot, ala biasa la tu dah pangkat tinggi2 x kan nak blajar kat org bwh2. Jatuh standart beb. Bak kata pepatah 'Hidung Tinggi'(lebih kurang macam tu la) heheheheheheh

Teringat kembali pada kata2 sahabat A.G cik faz, kata cik faz dalam satu artikel beliau yang bertajuk " Blog Ini"

blog ni blog ak..ak wat blog ni juz for fun...lbh pd ak jadikan online diary...so ak penat klu org tanye nape ko asyik type sal life ko jer..ak nk tekan kn skali lg..blog ni blog ak..then ske hati ak la nk letak content pe dlm ni..

ye...ak bknnye org t'knl sehingga ak nk publish pe yg ak wat setiap hr..but..ak pon xpnh paksa org bc blog ak..ni hak ak...ske hati la nk watpe pon..if ade yg menyampah pon,sape suh bc..kan...dr situ kita leh tgk sapa yg bz body hal sape..xske jgn bc, finish.


A.G setuju sangat kata2 sahabat A.G ni. Jadi pandai2 le kita nak terima atau tidak. Kalau x suke tulis kat blog sendiri x pun dalam friendster pun leh ( kalau x tahu sangat g hantar surat kat dang setia dalam surat khabar Metro tu, leh luah rase. heheheh)

Ape2 pun sebenarnye A.G x kisah, cian gak kat anonymous2 ni, X de tempat nak mengadu. Jadi kat blog A.G ni le tempatnyee. X pe, x pe teruskan usaha anda :-) .
A.G x marah ahh, melatah pun x, silakan. Anda bebas menulis.


P/S: A.G mula2 dulu x tahu gak pasal blog2 ni. Tpi ada niat belajarkan, Semua A.G tanya sampai le sekarang.

Thursday, November 27, 2008

NE NO NE NO NE NO



Salam Untuk Semua,

Hari kawan A.G terbabit dengan satu kemalangan. Dimana kete dia dirempuh dari belakang. Yang langgar dia tu perempuan. Walaupun di dalam kereta, dia cedera gak... kaki dia bengkak. terincut2 masa jalan. Cian......

Bila sebut pasal kemalangan, A.G teringat dulu2 A.G pernah gak terlibat dengan kemalangan. Masa tu kat selekoh kerismas yang sekarang tengah bina satu projek UKM tu..... A.G tergolek kat sana. Amikk kooo retak tulang bahu...

Masa g Ipoh, A.G ditimpa kemalangan gak. Kat lorong moto. tiba2 tergolek sorang2. hahahahah Sooo Funny. Orang kata moto A.G suka makan orang. Sape2 yang naik mesti jatuh. Yang jatuh tu mesti cedera teruk tpi motor x ape2. Contohnye Ah-hong, mat mer n aulia. Biasa la belalang tempur la katakan. Harap2 kete A.G x de la kemalangan sbb nak betulkan nanti kering gak poket A.G ni. hehehehehe


P/S: kalau korangan ada pengalaman x-siden share2 leeeeeeee

Tuesday, November 25, 2008

IKAN BAKAR

Salam Untuk Semua

Kemarin yang lepas, A.G n beberapa kenalan rapat pergi makan ikan bakar dekat2 air terjun sg gabai. Best2. Bagi A.G suasana kat sana memang best. Aman, damai, jauh dari hiruk pikuk kota. Harga ikan kan sana x plak mahal. tu yang A.G pelik sangat. Menu A.G hari tu nasi untuk 8 orang makan, ikan talapia bakar 3 ekor (lebih kurang 800gram sekor) kangkung goreng belacan( 8 orang makan) air teh o satu jag n air masak satu jag. Semua sekali RM 59.00

Terkejut sangat masa tengok bil, murah sangat. Selalunye A.G g makan ikan bakar tuk 3 orang dah cecah RM 40 lebih. Ni Lebih kurang Rm 60 jeee. Murah tuuuu. nanti lain kali A.G nak berkunjung kat la sana. Leh perkenalkan kat kawan2 yang lain.

P/S: siap ada karok tu kat sana.

Tuesday, November 18, 2008

MALAM YANG ANEH



Salam Untuk Semua,

Malam semalam lebih kurang jam 4.30 am A.G terbangun dari tido. Macam biasa bila terbangun tu mula la nak mengucilkan diri ini (g tandas la). Lepas pergi tandas A.G pun kembali ke tempat tido A.G untuk menyambung kembali alunan bunyi muzik ketika tido.

Puas la A.G melelapkan mata tapi x mengantuk. Pelik la plak rasa.
Tiba2 A.G rasa seram sejuk sangat, meremang bulu roma tiba2. Teringat kata orang tua2 kalau kita rasa meremang-remang tu ada la benda yang dekat2 kat kita. A.G tiba2 rasa takut. X berani bukak mata. A.G membatukan diri. Tiba2 A.G rasa bendA tu betul2 kat sebelah A.G. A.G senyap jee. Sampai la sepuluh minit baru rasa meremang tu hilang n A.G berani bukak mata. Yang menjadi persoalanye sekarang:
  • Mengapa tiba2 A.G rase seram sejuk n meremang bulu roma
  • A.G x tengok citer hantu atau terpikir pasal hantu, kenapa tiba2 boleh jadi macam tu
  • atau benda tu betul2 ada kat sebelah A.G sebab A.G mcm terdengar sesorang tengah berbisik
  • Atau itu pencuri
Tah la, A.G x tahu nak ungkaikan. Semua itu mahluk tuhan. Memang ia wujud. Cuma kita nak percaya atau tidak. Sebab A.G tahu ramai kawan2 A.G yang lihat kelibat benda2 halus ini. Sebagai contoh haikal. Dia ni memang Angker, tiba2 dia ajak kita pergi dari sesuatu tempat. tengah sedap2 berborak dia ajak kita pergi dari situ. Dah lama tu baru dia bagi tau dia nampak sesuatu.

Lagi seorang kawan A.G yang mudah nampak Faz, dulu ingat lagi A.G masa bawak bebudak ni g Interaksi kat gombak. Tiba2 Faz nagis. Rupa2nye dia nampak. Kat panggung Seni pun Faz ada nampak. (JgN Marah ye Haikal N Faz).
Bila cakap panggung seni temapt tu memang angker. A.G sendiri pernah dengar suara kanak sedang ketawa pada jam 3 am. Ketika tu A.G bersama Kak Nort.

Ramai lagi ahli KTR yang pernah mengalami kejadian aneh di panggung seni. Dari kejadian Ah- Hong diganggu puntianak berpakaian ala2 Kak Azimah hingga la kejadian Pocong Pak Guard memganggu Bebudak KTR beramai2.
Bagi mereka2 yang leh tengaok benda2 halus ini mungkin ini satu anugerah dari tuhan atau pun satu kekurangan. X perlu kita menyesali menpunyai anugerah ni. bagi A.G ini bukan satu kekurang tapi satu kelebihan. Jadi same2 kita fikirkan.


P/S: A.G x mau tengok benda2 ni... Cukup la tengok kat Tv, Wayang n kat Muzium hantu. hehehehehhehe

Friday, November 14, 2008

PENCURI OH PENCURI


Salam Untuk Semua

Hari khamis bersamaan dengan hari semalam rumah A.G telah dimasuki pencuri sekali lagi. Dengan menggunakan Modus Operandi yang sama waktu pagi n semasa A.G tengah sedap dibuai mimpi (mcm biasa kalau A.G tido memang tido matinye). Kawan A.G, ajmal tengah mandi manakala yang lain dah g keje. Habis HP kawan A.G n beg duit bersama2 wang berjumlah RM 300. Banyak tuuuuu.

Cuma kali ini A.G bernasib baik kerana A.G x hilang apa2 barang pun. Dah serik banyak kali hilang barang tu yang tiap kali A.G tido, A.G akan sorokkan semua harta benda yang berharga A.G. Cuma kesian kat kawan A.G laa. Rumah masa tu Mie dah kunci sebelum dia g keje, mungkin tombol dah rosak, tu yang senang sangat pencuri masuk.


Bangun pagi tuuu, dalam keadaan mamai2 A.G tengok barang2 dalam rumah. semua ada kecuali barang2 kawan A.G tu. Lepas tu buat laporan polis n buat ic. Then polis datang rumah buat pemeriksaan. Tpi harapan nak dapat balik barang2 tu memang la tipis. X leh nak buat ape2 dah.

Teringat pada kenagan yang lepas, A.G beberapi kali kehilangan barang di sebabkan pencuri masuk bilik ketika A.G tido. 2 Kali kat kolej Hussin Onn n sekali kat rumah sewa. Kalau kira2 A.G dah rugi lebih kurang rm 400 n 3 bijik hp model sony, nokia n motorola. Isk...isk...isk...
kalau A.G dapat la pencuri ni memang dah lunyai A.G kejekan. Dah x larat nak bangun baru A.G polis.

A.G sebenarnye saspek mat pit kat taman A.G tu. Bukan leh caya sangat. Paling A.G saspek jiran sebelah rumah. Sebab dalam banyak2 rumah kenapa rumah A.G selalu jadi target. Mesti keje2 orang yang dekat2. Tapi x baik menuduh. Biar la. dah x de rezeki kan. emmmm cumaaa terkilan laaaa.


P/S : nanti A.G kasi pencuri tu melutut mintak maaf baru tau. hehehehehehehe

Friday, November 7, 2008

OLD SCHOOL BAH 2-2

Salam Untuk Semua

Kali ini A.G nak sambung tentang komik keluaran dari Hong Kong dan Amerika. Seperti topik lepas A.G dah terangkan mengenai komik yang fesmes era 80-90an yang diterbitkan di Malaysia dan Jepun. Kali ini A.G akan teruskan Komik dari Hong Kong dan USA.

KOMIK DARI HONG KONG:

Sebenarnye komik dari Hong Kong Ini memang memberi impak yang besar dalam Industri Komik di negara kita ini. A.G juga kipas mati komik dari hong kong ni. Dulu masa kat asrama siap pakat2 ngan member2. Setiap seorang akan beli satu jenis komik. Bila dah habis baca, semua tukar2.

Dulu komik paling Fesmes ialah Alam Perwira karya Tony Wong. Rasa A.G komik ini adalah antara komik yang terawal mempelopori industri komik dari hong kong. Komik ini terbitan Jade Dynasty Group Ltd. Lepas baru la keluar komik2 baru macam pendekar laut. Dulu harga komik ni cuma Rm 1.20, pastu dia naik 1.50, naik lagi Rm 2.20 n naik lagi rm 2.50. X berenti disitu sahaja komik dari Hong Kong terus naik akibat kenaikan harga kertas ke RM 3.00 dan Terus NAik ke Rm 3.50. Banyak juga kenaikan harga komik ni. Di sini A.G nak senaraikan serba sedikit komik dari hong kong yang femes era90an.

Fenomena komik Hong Kong ni buat A.G betul-betul terpengaruh dengan karakter-karakternya. Alam Perwira dengan watak seperti Ji Fat, Ji Kao, Tok Jiang, Maharaja Zhao, Rahib Esa, Tok Harimau Bintang, Ifrit Utama, Biduanda Layang, Nenek Merbuk, Budak Petir Tunggal dan macam-macam le lagi memang cukup popular. Paling popular ialah nama-nama hikmat yang digunakan watak-watak tu semasa bergasak. Antaranya Hikmat Alam Semesta, Lima Guntur Membelah Neraka, Api Syurga Meragut Lalang, Seribu Bayang Syaitan, Hikmat Laut Biru Nila dan macam-macam la lagi.

Pedang Setiawan karya Ma Wing Shing yang gempak dengan karakter Penjejak Awan, Penjejak Badai dan Pendekar Tanpa Nama. Pedang Setiawan pernah difilemkan di Hong Kong iaitu Storm Rider lakonan Aaron Kwok dan Ekin Cheng.

  1. Alam Perwira (komik paling lama Ji fatt yeahhh)
  2. Juara Wira
  3. Pedang Setiawan( koleksi pedang yang menarik)
  4. Hikayat Wira Penembak Helang ( Gou Jing)
  5. Jengking Merah
  6. Dewata Raya
  7. Anak-Anak Wira
  8. Senjata Misteri
  9. Pendekar Laut (xinan or zonan)
  10. Wira Tunggal
  11. Pustaka Langit
  12. Raja Rimba
  13. Golok Sakti
  14. Petir Tunggal
  15. Juara-Juara Kembar
  16. Lingkaran Terkunci
  17. Wira Sakti
  18. Dendam Kesumat
Banyak lagi komik2 dari Hong Kong yang mungkin A.G ter miss. Sekarang ni ag tengah kumpul Juara Komik iaitu kompilasi komik dewa raya, anak2 wira, senjata misteri, jengking merah dan petir tunggal. Best gak. lama x baca


KOMIK DARI AMERIKA

Bila kita sebut komik dari amerika memang dah terbayang dalam kepala komik2 keluaran DC Komik dan Marvel Komik. Memang banyak menampilkan banyak hero2 dari sana. Tetapi komik2 amerika pada era2 90an x banyak diterjemahkan dalam bahasa melayu. Ini menjadi salah satu punca mengapa komik2 dari amerika kurang mendapat perhatian di kalangan peminat komik di malaysia. Walau bagai mana pun masih terdapat peminat2 di malaysia yang meminati komik dari amerika ini. Jadi A.G nak senarai komik2 ini

  1. Superman
  2. Batman
  3. Spiderman
  4. Wacthman
  5. Looney Tunes
  6. Action Comics
  7. Green Lantern
  8. The Flash
  9. Wonder Women
  10. Captain Amerika
  11. X-Man
  12. Hulk
  13. Iron Man
  14. Dare Devil
Banyak Lagi la. Tpi macam biasa, bila komik ni dari amerika mereka pun mula buat filem berdasarkan watak2 komik ini. Dah banyak dah filem yang diterbitkan berdasarkan komik ini. Emm jadi bila lagi kita nak buat filem berdasarkan komik kita. Kita buat filem baru buat komik ada laaaa.


P/S : komik memang banyak mewarnai dunia A.G. hehehhehe

Wednesday, November 5, 2008

OLD SCHOOL BAH 2-1

Salam Untuk Semua

Pada topik yang lepas, A.G dah kupas serba sedikit pasal Anime/kartun era2 80an-90an.
Pada kali ini A.G nak kupas mengenai komik era2 tu jugak. Sebab bagi A.G tanpa komik siapa la anime kan. Jadi komik juga mempunyai peminat dan nilai sentimental yang tersendiri.

A.G merupakan salah seorang peminat komik pada era2 itu. Sampai sekarang ni A.G masih lagi membaca komik. heheheheh. Kalau dulu susah nak dapatkan komik2 ni. Yela bukan susah memperolehinya tpi susah nak kumpul duit. Dah dapat beli kena marah ngan ayah lak. hehehehheh.

Jadi di sebabkan A.G merupakan salah seorang kipas susah mati komik kat malaysia ni A.G nak story skit pasal komik2 kat malaysia ni zaman dulo2.

Perkembangan Komik Kat Malaysia ini Boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Komik yang dilukis pelukis tempatan, komik dari luar negeri seperti dari jepun, Hong Kong dan Amerika. Komik2 ini berjaya menarik perhatian pembaca yang rata2 terdiri dari golongan remaja. Jadi A.G akan kupas mengikut Negara pengeluarnyee.

KOMIK DARI MALAYSIA:

Pada era dulo2 belum ramai lagi pelukis dari malaysia. Kalau ada pun lukisan mereka terlalu tinggi nilainye sampai pembeli komik pun x mampu nak beli macam komik Kampung BOY karya dato LAT.


1)Majalah Gila-Gila
Komik yang sangat fesmes era2 80-90an ialah Majalah Gila-Gila. Majalah Gila-Gila suatu ketika dahulu menjadi majalah humor Malaysia yang pertama mendapat rating jualan tertinggi melalui sumber maklumat ABC (Audit Berreau Circulation). Gila-Gila, terbitan CESB(Creative Enterpise Sdn. Bhd.) menjadi pelantar bagi kartunis-kartunis di era 1980-an. Gila-Gila telah mengekalkan ikon Professor Serba Tahu sebagai 'maskot rasmi'nya. PST digambarkan sebagai seorang lelaki botak yang agak perutnya agak gemuk, berkaca mata hitam bulat, berkepala botak licin (dan mungkin hanya sehelai dua rambut yang tinggal) tetapi mempunyai janggut yang lebat dan panjang.]


2) Majalah UJANG

Majalah Ujang lahir setelah pelukis Ibrahim Anom yang lebih dikenali dengan nama penanya Ujang menerbitkan sendiri pada tahun 1993 di bawah syarikat Kharisma Publications, KL. Majalah Ujang pada awal penerbitannya yang pertama kelihatan sebuah himpunan buku lakaran pelukisnya, dengan lakaran konsep majalah itu untuk isu seterusnya.

Melalui majalah ini, beberapa orang pelukis kartun berjaya dikadetkan oleh Ujang dan tampillah beberapa orang kartunis yang menggunakan nama sayur dan buah-buahan. Itu uniknya kartunis-kartunis yang berada di bawah bumbung Karisma Publications pada waktu itu.

Dengan tagline, Lawak Antarabangsa majalah UJANG berjaya menjadi sebuah majalah humor yang diminati ramai dan watak-watak seperti Mat Despatch, Tok Moh, Pakcik Kordi Dan Lembu Beliau, Katok O katok dan lain-lain lagi.Kini, UJANG berada di bawah MOY diterajui pula oleh Lengkuas dan kartunis-kartunis seperti Nik, Bacang, Bawang, Manggis, Lepat, Ciku, Lalang, Papan, Buloh, Sukun, Bijan dan Qayyum.


3) Gelihati

Majalah Gelihati, juga sebuah majalah humor di Malaysia yang terbit pada tahun yang sama dengan Gila-Gila. Penerbitan majalah ini lewat sebulan dua dari Gila-Gila. Ia yang didokong oleh kartunis-kartunis lama seperti Ghafar Nin, Allahyarham MOJO, Kartekana, Dinie, Yusof, Poe,Tok Perak, Gayour ramai lagi. Format penerbitannya adalah lebih kurang sama dengan majalah persaingnya. Penerbitan Gelihati juga dilihat sebagai persaingan yang sihat dan turut memberi peluang kepada kartunis-kartunis pelapis di mana lebih ramai kartunis-kartunis yang baru seperti Adeputera, Namron, Pink, Ribut dan lain-lain lagi.

Dengan kemunculan banyak lagi majalah humor yang seupama, Gelihati kemudiannya tidak lagi begitu dominan setelah hampir 2 dekad dalam penerbitannya. Syarikat penerbitannya memberikan fokus yang lebih utama kepada penerbitan berkala yang lain seperti Bacaria, Majalah Mingguan Wanita, Media Hiburan dan lain-lain. Pelukis-pelukis kartun yang berada dibawah bumbungnya masih aktif menjadi ilustrator kepada penerbitan-penebitan itu

4) Anak2 Sidek

5) Bambino

6) Humor

7) O.K a.k.a Orang Kampung


KOMIK DARI JEPUN


Komik dari Jepun ini x kurang hebat peminatnye. Karyanye pula memang banyak yang berkualiti. Jadi A.G pun nak kupas serba sedikit tentang karya2 komik dari Jepun yang Femes.


1) Mutiara Naga a.k.a Dragon Ball

Komik ini, Dragon Ball atau Mutiara Naga (Doragon Bōru) adalah sebuah manga oleh Akira Toriyama sebanyak 42 jilid novel grafik. Sebelum itu ia diterbitkan dalam majalah mingguan Shūkan Shōnen Janpu atau Mingguan Shonen Jump di Jepun dari 1984 hingga 1995.

Komik ini mengikut kehidupan Son Goku, seorang budak berekor monyet dari kecil hinggalah dia dewasa dan mendapat anak serta cucu. Dia mendapat banyak rintangan namun akhirnya menjadi pendekar Saiya yang terkuat di seluruh angkasa. Di Malaysia, Dragon Ball @ Mutiara Naga diterbitkan di bawah syarikat Comics House. Yang paling penting dalam komik ini ialah kewujudan Mutiara Naga yang berupaya menunaikan apa sahaja permintaan orang yang menyeru Mutiara Naga tersebut. Terdapat 7 Bijik Mutiara Naga kesemuanya.


A.G berjaya mengumpulkan semua jilid Mutiara Naga ini dan masih disimpan rapi sehingga ke hari ini. A.G paling suka watak Bezita, Putera Mahkota bagi kaum Saiya.


2) Misteri Naga a.k.a Dragon Quest

Komik ini juga merupakan salah satu komik yang agak fesmes pada era dulu2. A.G dah membaca kesemua jilid komik ini cuma A.G x dapat mengumpulnye. Pulus X banyak mase tu. A.G x dapat banyak info mengenai komik ini. Cuma yang A.G ingat ialah mengenai perjalanan seorang remaja yang rupanya adalah salah seorang anak dari wira di kayangan( tah betul tah tidak A.G ni) heheheheheh


3) Doremon
Komik Doraemon adalah sebuah Manga Jepun popular yang dikarang oleh Fijiko F. Fojio (nama asal Hiroshi Fujimoto) sejak tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon. Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan - yang bakal terjadi di masa depan - yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita.

Cerita Doraemon julung kalinya muncl pada Januari 1970 dan diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak. Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogagukan di bawah jenama komik Tentōmushi (ladybird/kumbang kura-kura) yang menjangkau 45 jilid. Cerita-cerita tersebut dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun, yang merupakan tempat kelahiran Fujiko.

Doraemon pernah dianugerahkan hadiah utama Anugerah Kebudayaan Tezuka Osamu pada tahun 1997.

Setelah lama wujud di dunia komik dan animasi, Doraemon merupakan salah satu watak animasi yang popular bukan sahaja di Jepun dan Malaysia, bahkan juga di negara-negara Asia dan Eropah. A.G juga merupankan kipas susah mati doremon. :-p

4) Detektif Conan
5) Slam Dunk
6) Captain Tsubasa
7) Eiji Asuma (cam Kenal)

Apa2 pun masih banyak lagi komik/manga yang datang dari malaysia mahupun Jepun ini. Cuma A.G x dpat nak kupas. Mau makan masa @ tahun kalau nak kupas. hehehehe. Kalau ada yang A.G lupe leh tolong tambah2kan. Pada topik akan datang A.G akan sambung komik2 yang wujud era2 80-90an tpi yang diterbitkan di Hong Kong dan Amerika Pula. Jumpa lagi. Byeeee

p/s: Kalau la kira2 duit A.G beli Komik, Leh beli banglo 3 tingkat ni. hehehehehe

Followers