Salam Untuk Semua,
Berkenaan dengan tajuk, rasanye semua pembaca dah tahu dan terpikir. Mesti terpikir2 tentang calon2 akhir akademi fantasia. Tpi apa yang AG Nak tulis bukan la mengenai AF. Tetapi pasal kehidupan kita.
Setelah kita pikir2 dan dalami berapa ramai diantara kita yang telah berjaya mencapai kehendak dan cita2 kita yang kita idamkan? Berapa ramai telah menperolehi apa yang di ingini sejak dulu lagi? Dan berapa ramai yang telah mendapat pekerjaan yang di angan2 di Universiti mahupun sekolah lagi?
Kadang kala ada diantara kita yang dah lupa dengan apa yang impian kita dulu. Dan ada juga dah mengecapinye sekarang. Bagi A.G, A.G masih belum mengecapi impian A.G sendiri. Yela mungkin apa yang kita tuju itu x semestinye kita dapat.
Tapi tanpa usaha yang tinggi semua impian x akan dapat. Jadi kita perlulah berusaha untuk mendapatkannya. Adakah kita selesa dengan kehidupan sekarang ini. Atau cukup2 makan aje.
Sebenarnye A.G terpikir nak tulis tajuk ni sebab ramai kawan2 A.G yang merungut bila mereka gagal dalam ujian PTD yang di umumkan jawapanye baru2 ni. Yela ada tu dah banyak kali mencuba tpi gagal juga. Nak buat macam mana? bukan rezeki. Tpi x akan itu nak dijadikan alasan untuk sentiasa gagal.
Ramai rakan2 yang sehingga kini masih belum mendapat jawatan tetap, malah A.G juga tergolong ddalam kategori itu. Apa yang yang lebih pening bila yang x dapat kerja itu terdiri dari golongan lelaki kerana tanggungjawab mereka lebih besar. Kalau x dapat keje xde le perkataan KAHWIN tu dalam kamus kehidupan seorang lelaki.
Tpi ada juga diantara kita yang berani untuk kahwin sedangkan masih belum ada kerja yang tetap. Mungkin wang simpanan yang banyak mahupun faktor Pa & Ma tu ada memainkan peranan yang penting. Jadi fikir2 la sendiri
ADIOS.....
Tuesday, April 28, 2009
Friday, April 10, 2009
BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULKARNAIN
SALAM UNTUK SEMUA
Baru2 ini A.G tertarik dengan sebuah buku bertajuk Iskandar bukan Zulkarnain yang ditulis oleh Afareez Abdul Razak Al-Hafiz. Isu utama buku ini ialah siapakah sebenarnya Zulkarnain lelaki misteri dalam Surah Al-Kahfi, terutamanya apabila Sejarah Melayu ada menyebut sejarah keturunan Raja-raja Melayu ada mempunyai hubungkait dengan Raja Iskandar Zulkarnain. Siapakah Raja Iskandar Zulkarnain dalam Sejarah Melayu pula?
Pengarang ini mempunyai latar pendidikan yang begitu berwarna. Bersekolah rendah di US, menamatkan pengajian dalam bidang Quran sehingga menjadi al-Hafiz dan kini menjadi pelajar PhD di UIAM. Pengarang turut sama terlibat (sebagai interviewee) dalam produksi dokumentari yang disiarkan iaitu Alexander Bukan Zulkarnain.
Sudah lama wujud pendapat yang mencadangkan bahawa tidak mungkin Alexander the Great (Bahasa Arab: Iskandar Al-Akbar) yang musyrik itu adalah Zulkarnain yang diberikan ilham oleh Allah seperti dalam Surah Al-Kahfi. Sejarah Alexander yang ditulis dengan agak komprehensif menggambarkan beliau seorang yang pemarah, berhajat kepada penyembahan oleh rakyatnya dan tergopoh-gapah dalam bertindak sehingga pernah membunuh rakan-rakan yang pernah menyelamatkan nyawanya hanya kerana perbezaan pendapat (maklumat daripada buku ini). Bagi A.G usaha pengarang amat dipuji kerana buku-buku bahasa Melayu yang membicarakan hal ini masih amat sedikit dan masih boleh dibilang dengan jari.
Jadi A.G x mahu mengulas lebih lanjut kerana bagi A.G setiap orang harus memiliki buku ini. Em jadi apa lagi g la cepat2 beli. bukan mahal pun. Cuma Rm 17.50 jee.
Disini A.G senaraikan isi kandungan buku itu:
Pendahuluan
Pengenalan
Bab 1: Raja Namrud
Sejarah Sebelum Kedatangan Raja Namrud
Pemerintahan dan Latar Belakang Raja Namrud
Kaitan Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim (sekitar kurun ke-22BC hingga 19BC)
Nabi Ismail dan Penempatan di Mekah
Pembinaan Kaabah
Nabi Lut
Peristiwa Penyembelihan Nabi Ismail
Nabi Ishak
Nabi Ishak dan Keturunannya
Nabi Yaakub
Perkahwinan Pertama Nabi Yaakub (dengan Liah)
Perkahwinan Kedua Nabi Yaakub (dengan Rachel)
Zuriat Nabi Yaakub dan Pembinaan Masjid al-Aqsa
Nabi Yusuf (antara kurun ke 21BC dan ke 17BC)
Bab 2: Raja (Nabi) Sulaiman (sekitar 1000BC hingga 928BC)
Nabi Musa (antara kurun ke 16BC hingga ke 13BC)
Al-Baqarah
Nabi Musa dan Nabi Khidhir
Nabi Yushwa’ bin Nun
Nabi Syam’un
Nabi Daud (sekitar 1030BC hingga 970BC)
Kejatuhan Kerajaan Raja (Nabi) Sulaiman Buat Seketika
Kewafatan Nabi Sulaiman
Bab 3: Raja Bukhtanasar (sekitar 625BC hingga 562BC)
Harut Marut
Mimpi Bukhtanasar
Takwil Kepala Emas
Takwil Dada dan Tangan Perak
Takwil Perut dan Peha Gangsa
Takwil Dari Lutut Hingga ke Buku Lali Besi
Nabi U’zair
Bab 4: Perbincangan Iskandar bukan Zulqarnain
Siapa itu Raja Iskandar? (356BC hingga 323BC)
Asal-usul timbulnya cerita Zulqarnain
Siapakah Raja Kurush? (576BC hingga 530BC)
Ciri-ciri Zulqarnain:
Perjalanan ke Arah Barat
Menerima Wahyu
Perjalanan ke Arah Timur
Pembinaan Tembok
Hujah Pertama
Hujah Kedua
Hujah Ketiga
Yakjuj Makjuj
Siapa yang Diganggu oleh Yakjuj Makjuj?
Akhir kata
Raja Leonidas I
Penutup
Nota Hujung
Bibliografi
Jadi rajin2 le membeli dan menbaca yeee.
P/S: A.G memang minat sejarah, lg2 sejarah hitam. IYOLATUUU
Subscribe to:
Posts (Atom)