Friday, April 10, 2009
BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULKARNAIN
SALAM UNTUK SEMUA
Baru2 ini A.G tertarik dengan sebuah buku bertajuk Iskandar bukan Zulkarnain yang ditulis oleh Afareez Abdul Razak Al-Hafiz. Isu utama buku ini ialah siapakah sebenarnya Zulkarnain lelaki misteri dalam Surah Al-Kahfi, terutamanya apabila Sejarah Melayu ada menyebut sejarah keturunan Raja-raja Melayu ada mempunyai hubungkait dengan Raja Iskandar Zulkarnain. Siapakah Raja Iskandar Zulkarnain dalam Sejarah Melayu pula?
Pengarang ini mempunyai latar pendidikan yang begitu berwarna. Bersekolah rendah di US, menamatkan pengajian dalam bidang Quran sehingga menjadi al-Hafiz dan kini menjadi pelajar PhD di UIAM. Pengarang turut sama terlibat (sebagai interviewee) dalam produksi dokumentari yang disiarkan iaitu Alexander Bukan Zulkarnain.
Sudah lama wujud pendapat yang mencadangkan bahawa tidak mungkin Alexander the Great (Bahasa Arab: Iskandar Al-Akbar) yang musyrik itu adalah Zulkarnain yang diberikan ilham oleh Allah seperti dalam Surah Al-Kahfi. Sejarah Alexander yang ditulis dengan agak komprehensif menggambarkan beliau seorang yang pemarah, berhajat kepada penyembahan oleh rakyatnya dan tergopoh-gapah dalam bertindak sehingga pernah membunuh rakan-rakan yang pernah menyelamatkan nyawanya hanya kerana perbezaan pendapat (maklumat daripada buku ini). Bagi A.G usaha pengarang amat dipuji kerana buku-buku bahasa Melayu yang membicarakan hal ini masih amat sedikit dan masih boleh dibilang dengan jari.
Jadi A.G x mahu mengulas lebih lanjut kerana bagi A.G setiap orang harus memiliki buku ini. Em jadi apa lagi g la cepat2 beli. bukan mahal pun. Cuma Rm 17.50 jee.
Disini A.G senaraikan isi kandungan buku itu:
Pendahuluan
Pengenalan
Bab 1: Raja Namrud
Sejarah Sebelum Kedatangan Raja Namrud
Pemerintahan dan Latar Belakang Raja Namrud
Kaitan Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim (sekitar kurun ke-22BC hingga 19BC)
Nabi Ismail dan Penempatan di Mekah
Pembinaan Kaabah
Nabi Lut
Peristiwa Penyembelihan Nabi Ismail
Nabi Ishak
Nabi Ishak dan Keturunannya
Nabi Yaakub
Perkahwinan Pertama Nabi Yaakub (dengan Liah)
Perkahwinan Kedua Nabi Yaakub (dengan Rachel)
Zuriat Nabi Yaakub dan Pembinaan Masjid al-Aqsa
Nabi Yusuf (antara kurun ke 21BC dan ke 17BC)
Bab 2: Raja (Nabi) Sulaiman (sekitar 1000BC hingga 928BC)
Nabi Musa (antara kurun ke 16BC hingga ke 13BC)
Al-Baqarah
Nabi Musa dan Nabi Khidhir
Nabi Yushwa’ bin Nun
Nabi Syam’un
Nabi Daud (sekitar 1030BC hingga 970BC)
Kejatuhan Kerajaan Raja (Nabi) Sulaiman Buat Seketika
Kewafatan Nabi Sulaiman
Bab 3: Raja Bukhtanasar (sekitar 625BC hingga 562BC)
Harut Marut
Mimpi Bukhtanasar
Takwil Kepala Emas
Takwil Dada dan Tangan Perak
Takwil Perut dan Peha Gangsa
Takwil Dari Lutut Hingga ke Buku Lali Besi
Nabi U’zair
Bab 4: Perbincangan Iskandar bukan Zulqarnain
Siapa itu Raja Iskandar? (356BC hingga 323BC)
Asal-usul timbulnya cerita Zulqarnain
Siapakah Raja Kurush? (576BC hingga 530BC)
Ciri-ciri Zulqarnain:
Perjalanan ke Arah Barat
Menerima Wahyu
Perjalanan ke Arah Timur
Pembinaan Tembok
Hujah Pertama
Hujah Kedua
Hujah Ketiga
Yakjuj Makjuj
Siapa yang Diganggu oleh Yakjuj Makjuj?
Akhir kata
Raja Leonidas I
Penutup
Nota Hujung
Bibliografi
Jadi rajin2 le membeli dan menbaca yeee.
P/S: A.G memang minat sejarah, lg2 sejarah hitam. IYOLATUUU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Penulis ini telah pun menyiapkan satu lagi karya ilmiah; bakal keluar April 2011. Perbincangan berkisar tentang Firaun: Musuh Nabi, harga bukunya mahal sedikit tetapi sangat elok untuk dijadikan hadiah atau koleksi bacaan.
Dr Afareez ni lecturer saya.BEST!
Post a Comment