Thursday, May 7, 2009

PERBEZAAN ANTARA OTAK LELAKI DAN OTAK PEREMPUAN

Salam Untuk Semua,

Baru2 ni AG menemui satu fakta yang memang menarik. Jadi AG nak berkongsi dengan semua kawan2.

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara
keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama.....


Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu
diri anda sendiri


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!






































OK?


berapa banyak?


tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)


baca sekali lagi!


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah
ini...


otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan
ujian memiliki otak
PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana
kebenaran perkara
ini.."

Monday, May 4, 2009

PANDANGAN LELAKI DAN PEREMPUAN

Salam Untuk Semua,

Seorang sahabat bertanya dekat AG, apabila AG memandang seorang wanita, AG memandang di mana terlebih dahulu? AG berkata pandang pada wajahnya. Dia bertanya lagi, selepas memandang wajah di mana pula akan AG pandang? AG tergamam kerana tidak cukup berani untuk menjawab walaupun jawapannya ada. Lelaki lain, AG rasa lebih kurang sama seperti AG, memandang wajah terlebih
dahulu barulah mengalihkan pandangan ke tempat yang menjadi tarikan kedua selepas wajah. Bagaimana dengan WANITA? Di mana pandangan pertama wanita pada lelaki? Mungkin wajah, mungkin kaki? AG rasa wajah yang dipandang duhulu kerana jarang ada orang memandang kaki kemudian wajah kecuali gadis. Di mana pula tempat kedua akan dipandang oleh wanita? AG perhatikan setiap kali bersembang dengan kebanyakan wanita, mereka ada kecenderungan yang sama. Mereka memilih tempat kedua yang sama untuk dipandang. Dengan curi-curi, ketika lelaki berpandang ke arah lain, wanita akan menjeling ke situ. Lumrah kehidupan. Setiap orang ada daya dan tempat tarikan tersendiri.

Bagaimana apabila lelaki berjalan di belakang wanita, di mana ditumpahkan matanya? Secara jujur AG mengaku bahawa mata lelaki pasti akan tertangkap pada satu tempat yang serupa. Mengapa begitu? kerana itulah tarikan utama wanita apabila dipandang dari belakang. Wanita pula bagaimana apabila berjalan mengekori lelaki?
Apa yang dipandangnya?

AG tidak mahu membicarakan minat lelaki atau wanita dan di mana mereka suka pandang kerana itu hak mereka. Tetapi AG cuma mahu mempertikaikan hak yang ada pada lelaki atau wanita membanding-bandingkan apa yang dipandangnya. Lelaki atau wanita gemar benar membandingkan fizikal - perawakan dan ciri-ciri luaran seseorang dengan orang lain. Malah ada yang sangat celupar. Apabila melihat benda yang tidak indah di hati, terus sosek-sosek dengan kawan di tepi. Apabila ternampak benda yang mengagumkan terus wowah-wowah. Ini tidak sopan dan dikira tidak menghormati peribadi orang lain.
Kita boleh pandang sehingga meleleh air liur pun tidak mengapa tetapi tidak boleh membandingkan dengan orang lain.

Setiap orang dianugerahi ciri-ciri fizikal tersendiri yang harus dihormati semua orang. Kenapa kita tak boleh membuat perbandingan? Kerana perbandingan akan melahirkan penghakiman sedangkan bukan kuasa kita menghakimi fizikal sesiapa. Itu anugerah Tuhan. Anugerah Tuhan tidak boleh dipertikaikan sama ada oleh tuan punya tubuh atau orang lain. Mempertikaikan anugerah Tuhan hukumnya berdosa.
Perbandiangan secara diam-diam dalam hati masih boleh diterima, tetapi perbandingan secara terbuka sama sekali dilarang. Belajar hormati dan hargai orang lain!

P/s: Bolehke AG memandang seseorang tanpa membandingkan dengan orang lain? Ya Allah Selamatkan hambamu ini.

Friday, May 1, 2009

SATU GUGUR, DUA SEDANG MARA

Salam Untuk Semua

Dalam masa 6 bulan kebelakang ini A.G telah menghantar 3 pahlawan untuk meneruskan kesinabungan kehidupan seorang manusia yang dijangkakan hanya akan hidup dalam jangka masa 1 bulan lebih sahaja lagi. Kehadiaran 3 orang pahlawan ni dapat membantu manusia ini untuk hidup lebih lama. Biar A.G namakan Pahlawan K, Pahlawan N, dan Pahlawan P



Tetapi apa yang berlaku pada 30 April 2009 tepat jam 12.00 tengah hari pahlawan K tu telah kehilangan banyak darah akibat pertempuran yang berlaku pada 30 april dan kini dalam keadaan koma. Nyawanya hanya dapat ditentukan pada 21 Mei 2009 ini.

Walaubagaimana pun 2 orang pahlawan lagi akan meneruskan perjuangan demi menyelamatkan manusia ini. Pahlawan N akan menentukan nasibnya pada pertengahan bulan Mei dan Pahlawan P akan menentukan nasibnya pada 11 Mei 2009.

Jadi apa yang boleh kita lihat hanya lah menunggu dan berharap agar kedua2 pahlawan ini berjaya dalam misi mereka. Aminnnnnn

P/S Nak paham maksud dia.......Cari sendiri.... Guna hint2 masa.....Kalau peka laaaa......

Followers