Salam Untuk Semua,
Seorang sahabat bertanya dekat AG, apabila AG memandang seorang wanita, AG memandang di mana terlebih dahulu? AG berkata pandang pada wajahnya. Dia bertanya lagi, selepas memandang wajah di mana pula akan AG pandang? AG tergamam kerana tidak cukup berani untuk menjawab walaupun jawapannya ada. Lelaki lain, AG rasa lebih kurang sama seperti AG, memandang wajah terlebih dahulu barulah mengalihkan pandangan ke tempat yang menjadi tarikan kedua selepas wajah. Bagaimana dengan WANITA? Di mana pandangan pertama wanita pada lelaki? Mungkin wajah, mungkin kaki? AG rasa wajah yang dipandang duhulu kerana jarang ada orang memandang kaki kemudian wajah kecuali gadis. Di mana pula tempat kedua akan dipandang oleh wanita? AG perhatikan setiap kali bersembang dengan kebanyakan wanita, mereka ada kecenderungan yang sama. Mereka memilih tempat kedua yang sama untuk dipandang. Dengan curi-curi, ketika lelaki berpandang ke arah lain, wanita akan menjeling ke situ. Lumrah kehidupan. Setiap orang ada daya dan tempat tarikan tersendiri.
Bagaimana apabila lelaki berjalan di belakang wanita, di mana ditumpahkan matanya? Secara jujur AG mengaku bahawa mata lelaki pasti akan tertangkap pada satu tempat yang serupa. Mengapa begitu? kerana itulah tarikan utama wanita apabila dipandang dari belakang. Wanita pula bagaimana apabila berjalan mengekori lelaki? Apa yang dipandangnya?
AG tidak mahu membicarakan minat lelaki atau wanita dan di mana mereka suka pandang kerana itu hak mereka. Tetapi AG cuma mahu mempertikaikan hak yang ada pada lelaki atau wanita membanding-bandingkan apa yang dipandangnya. Lelaki atau wanita gemar benar membandingkan fizikal - perawakan dan ciri-ciri luaran seseorang dengan orang lain. Malah ada yang sangat celupar. Apabila melihat benda yang tidak indah di hati, terus sosek-sosek dengan kawan di tepi. Apabila ternampak benda yang mengagumkan terus wowah-wowah. Ini tidak sopan dan dikira tidak menghormati peribadi orang lain. Kita boleh pandang sehingga meleleh air liur pun tidak mengapa tetapi tidak boleh membandingkan dengan orang lain.
Setiap orang dianugerahi ciri-ciri fizikal tersendiri yang harus dihormati semua orang. Kenapa kita tak boleh membuat perbandingan? Kerana perbandingan akan melahirkan penghakiman sedangkan bukan kuasa kita menghakimi fizikal sesiapa. Itu anugerah Tuhan. Anugerah Tuhan tidak boleh dipertikaikan sama ada oleh tuan punya tubuh atau orang lain. Mempertikaikan anugerah Tuhan hukumnya berdosa. Perbandiangan secara diam-diam dalam hati masih boleh diterima, tetapi perbandingan secara terbuka sama sekali dilarang. Belajar hormati dan hargai orang lain!
P/s: Bolehke AG memandang seseorang tanpa membandingkan dengan orang lain? Ya Allah Selamatkan hambamu ini.
1 comment:
Curi-curi tengok kat mane???
Ntahla, bab ni susah IE nak kate. Benda ni terpulang pada keadaan dan situasi.
Tapi kalau IE, secara semula jadinya IE akan tertengok dengan apa yang orang tu dedahkan.. hahaha. kalau pkai skirt pendek, pe lagi, kakinye la. Kalau pkai baju luas kat dada? pk2 la sendiri.. muahahaha...
Post a Comment