Friday, August 29, 2008

BANGSAWAN OH BANG SAWAN








Salam Untuk Semua


Semalam A.G menonton sebuah teater bangsawan bertajukMenjunjung Duli Mahkota arahan dan karya Rahman B kat Auditorium DBP. Seperti biasa A.G g sana ngan member2 A.G la. Saje dah lama x tengok teater bangsawan. Melepaskan rindu kat bangsawan.


Dengan Bayaran Rm20.30 ( A.G bayar rm10.30, guna student card. heheheheh) rasenye teater ini x berbaloi. Jalan cerita teater bangsawan ini terlalu ringkas manakala aksi silatnya x dikronograf dgn baik menjadikan cerita ini terlalu hambar. Sepatutnye lebih banyak unsur2 kekaguman yang perlu diserapkan dalam cerita ini. Supaya cerita ini nampak lebih mantap.

Walaubagaimana pun apa yang patut dipuji dalam teater ini ialah kostium dan rekaan set serta penyataan cahaya yang sangat baik. Memang bergemelapan la malam tu. Cumaaaa ada pelakon yang memakai jam sedangkan kita tahu pada latar masa tu jam x wujud lagi di tanah Melayu.hehehehe.

Selain tu perubahan set pun terlihat sedikit kekalutan apabila tirai penutup depan sering terselak akibat kecuaian produksi2 set.

Apapun tahniah dan syabas kepada Persatuaan Seni Bangsawan Bintang Timur Kuala Lumpur bawah pimpinan Rahman B sendiri kerana menaikkan nama bangsawan serta menjada budaya bangsawan supaya x lupus ditelan zaman. Harap ada generasi muda yang meneruskan perjuangan ini. Jangan le tinggalkan bangsawan semata untuk mengejar sesuatu.........

Takpe la... A.G sebenarnye bangga semalam bila A.G dapalt lihat bangsa lain selain melayu menonton teater bangsawan ini. Sekurang2 nye Rahman B dapat menarik minat mereka dan memperkenalkan Teater Bangsawan Kepada kaum bukan melayu di Malaysia ni. Peace Yooooo



P/S: A.G sebenarnye dah lama teringin nak belakon bangsawan. Dah lama x jadi watak Jin. hehehehe

No comments:

Followers