Friday, November 7, 2008

OLD SCHOOL BAH 2-2

Salam Untuk Semua

Kali ini A.G nak sambung tentang komik keluaran dari Hong Kong dan Amerika. Seperti topik lepas A.G dah terangkan mengenai komik yang fesmes era 80-90an yang diterbitkan di Malaysia dan Jepun. Kali ini A.G akan teruskan Komik dari Hong Kong dan USA.

KOMIK DARI HONG KONG:

Sebenarnye komik dari Hong Kong Ini memang memberi impak yang besar dalam Industri Komik di negara kita ini. A.G juga kipas mati komik dari hong kong ni. Dulu masa kat asrama siap pakat2 ngan member2. Setiap seorang akan beli satu jenis komik. Bila dah habis baca, semua tukar2.

Dulu komik paling Fesmes ialah Alam Perwira karya Tony Wong. Rasa A.G komik ini adalah antara komik yang terawal mempelopori industri komik dari hong kong. Komik ini terbitan Jade Dynasty Group Ltd. Lepas baru la keluar komik2 baru macam pendekar laut. Dulu harga komik ni cuma Rm 1.20, pastu dia naik 1.50, naik lagi Rm 2.20 n naik lagi rm 2.50. X berenti disitu sahaja komik dari Hong Kong terus naik akibat kenaikan harga kertas ke RM 3.00 dan Terus NAik ke Rm 3.50. Banyak juga kenaikan harga komik ni. Di sini A.G nak senaraikan serba sedikit komik dari hong kong yang femes era90an.

Fenomena komik Hong Kong ni buat A.G betul-betul terpengaruh dengan karakter-karakternya. Alam Perwira dengan watak seperti Ji Fat, Ji Kao, Tok Jiang, Maharaja Zhao, Rahib Esa, Tok Harimau Bintang, Ifrit Utama, Biduanda Layang, Nenek Merbuk, Budak Petir Tunggal dan macam-macam le lagi memang cukup popular. Paling popular ialah nama-nama hikmat yang digunakan watak-watak tu semasa bergasak. Antaranya Hikmat Alam Semesta, Lima Guntur Membelah Neraka, Api Syurga Meragut Lalang, Seribu Bayang Syaitan, Hikmat Laut Biru Nila dan macam-macam la lagi.

Pedang Setiawan karya Ma Wing Shing yang gempak dengan karakter Penjejak Awan, Penjejak Badai dan Pendekar Tanpa Nama. Pedang Setiawan pernah difilemkan di Hong Kong iaitu Storm Rider lakonan Aaron Kwok dan Ekin Cheng.

  1. Alam Perwira (komik paling lama Ji fatt yeahhh)
  2. Juara Wira
  3. Pedang Setiawan( koleksi pedang yang menarik)
  4. Hikayat Wira Penembak Helang ( Gou Jing)
  5. Jengking Merah
  6. Dewata Raya
  7. Anak-Anak Wira
  8. Senjata Misteri
  9. Pendekar Laut (xinan or zonan)
  10. Wira Tunggal
  11. Pustaka Langit
  12. Raja Rimba
  13. Golok Sakti
  14. Petir Tunggal
  15. Juara-Juara Kembar
  16. Lingkaran Terkunci
  17. Wira Sakti
  18. Dendam Kesumat
Banyak lagi komik2 dari Hong Kong yang mungkin A.G ter miss. Sekarang ni ag tengah kumpul Juara Komik iaitu kompilasi komik dewa raya, anak2 wira, senjata misteri, jengking merah dan petir tunggal. Best gak. lama x baca


KOMIK DARI AMERIKA

Bila kita sebut komik dari amerika memang dah terbayang dalam kepala komik2 keluaran DC Komik dan Marvel Komik. Memang banyak menampilkan banyak hero2 dari sana. Tetapi komik2 amerika pada era2 90an x banyak diterjemahkan dalam bahasa melayu. Ini menjadi salah satu punca mengapa komik2 dari amerika kurang mendapat perhatian di kalangan peminat komik di malaysia. Walau bagai mana pun masih terdapat peminat2 di malaysia yang meminati komik dari amerika ini. Jadi A.G nak senarai komik2 ini

  1. Superman
  2. Batman
  3. Spiderman
  4. Wacthman
  5. Looney Tunes
  6. Action Comics
  7. Green Lantern
  8. The Flash
  9. Wonder Women
  10. Captain Amerika
  11. X-Man
  12. Hulk
  13. Iron Man
  14. Dare Devil
Banyak Lagi la. Tpi macam biasa, bila komik ni dari amerika mereka pun mula buat filem berdasarkan watak2 komik ini. Dah banyak dah filem yang diterbitkan berdasarkan komik ini. Emm jadi bila lagi kita nak buat filem berdasarkan komik kita. Kita buat filem baru buat komik ada laaaa.


P/S : komik memang banyak mewarnai dunia A.G. hehehhehe

3 comments:

Ehem... said...

IE tak berapa suka komik dari hongkong sebab bercelaru..n tak boleh nak bayangkan diorang tu berlawan camne..- konpius jadinye

jadi IE tak pernah membeli pun buku-buku tu..lagi satu diorang nye lukisan tak comel2 macam komik jepun

Anonymous said...

WTF?

Unknown said...

Salam bro. Ada collection full set hikayat wira penembak helang? Kalau almari dah agak2 penuh. Boleh jual dkat saya? Kalau nk sewa pon jadilah. Dah lama saya cari komik ni balik. Bertaun lamanya.

Followers