Sunday, January 18, 2009

KAWAN-KAWANKU DAN KERJAYA2 MEREKA

HUBAYA, HUBAYA,HUBAYA
Salam Untuk Semua,

2 minggu yang lepas merupakan minggu2 yang amat memboringkan. Yela, dalam mase 2 minggu yang lepas sampai la ni A.G x g mana2 pun. Asyik duduk rumah jeee. Mana taknye. Polet A.G ni pokai jeeee. Ishk2. Gaji x masuk lagi. hampeh betul. Dalam sejarah ni gaji A.G x masuk lagi. What The Fish!!!

Tpi x pe. Buat mase sekarang A.G masih boleh hidup. Jangan sampai A.G mengamuk kat KDN dah la. X pernah dibuat orang nanti. Ok2 kita tinggalkan kisah opis A.G kita kembali pada tajuk asal. Kawan2 ku Dan Kerjaya2 Mereka.

Seingat-ingat A.G, Seramai-ramai kawan A.G kebanyakkan mereka banyak yang menjadi Cikgu. Sama ada yang dah memang belajar pendidikan mahupun yang amik KPLI. Bagus macam tu. Boleh kita berbakti pada anak-anak kat Malaysia ni.


Selain tu ramai gak kawan2 A.G yang masuk sektor awam dengan kata lain kerajaan laa. Keje kat putrajaya, mahupun damansara. Tapi dalam ramai2 kawan A.G tu, semuanye masih kontrak. X de seorang pun yang dah tetap. Lagi satu dalam banyak2 sektor kerajaan xde plak yang jadi PTD tetap kan. Tak tahu kalau A.G terlepas pandang. Kalau ada bagi2 tahu la yeeee.

Dalam sektor swasta plak ramai gak kawan2 A.G yang menceburinye. A.G juga salah seorang pekerja swasta suatu mase dulu. Bila kita kerja swasta ni apa yang bagusnye kita diajar bekerja tanpa berlegah2. Bagus tu. Xde la buat kerja lembab nak mampus. Kerja boleh selesai dalam mase 1 or 2 hari leh plak di bawa ke 1 or 2 minggu. x Ke haru bunyinye.

Bila ckp pasal kerja & kawan2 ni, ada satu perkara yang paling A.G x suke. Suke rahsiakan kerja mereka. Yela ini bukan tujuan nak berlagak. Kalau orang berlagak ni orang lain x tanya, di dok sibuk2 bagi tau dia keje ape. Ini yang A.G x suke bila A.G tanya kerja ape mula la bagi mcam2 jawapan. Ada laa, Boleh laaa, Kerja gitu2 laaaa. Kamon laaaaaa. Kita buat kerja halal buat ape nak malu. Bukan g mencuri pun. A.G kerja kedai fotostat pun A.G x malu la. Halal beb.

P/S: Kerja la ape2 pun kawan ku, janji x salah dari segi agama dan undang2. Peace Yoooo

Wednesday, January 14, 2009

CERITA INI PASAL BELALANG. APA WARNA DARAHNYE

HUBAYA, HUBAYA, HUBAYA,

Salam Untuk Semua,

Bila sebut pasal belalang atau nama orng putihnye grasshopper rasanye semua orang dah tahu pasal belalang. Kalau ada manusia kat malaysia ni yang tak tahu pasal belalang pendek umur le jawapanye. heheheeh. Tu Pak Belalang yang kata, A.G x kata ape2. Ok2 kali ini A.G nak kongsi mengenai fakta belalang yang A.G tahu.


Belalang merupakan sejenis serangga yang memiliki sesungut di ats kepala yang lebih pendek dari badannya. Kat dunia ni ada macam2 jenis belalang. Yang peling femes ialah belalang kunyit, belalang rumput, belalang daun, belalang pelesit dan lain2 lagi. Tapi belalang yang paling ditakuti ialah speses belalang juta. eeeee.

Belalang juta ini boleh memusnahkan tanaman padi. Ia membiak dengan cepat dan mampu menyerang 1200 km persegi dalam satu waktu

Kalau nak tahu, bunyi yang dihasilkan oleh belalang berasal dari femur belakangnye. Apabila digosok femur belakangnya kepada sayap ketika mengepakkan sayap maka bunyi boleh dihasikan pada ketika itu. Dan sebenarnye darah belalang berwarna putih. Jadi sesiapa yang pernah makan belalang tahu la darahnye. (hehehheeh)

P/S: sebenarnye A.G takut kat belang juta macam redziz takut kat lipas laaaaaaa

Sunday, January 11, 2009

RUMAHKU, SYURGAKU

HUBAYA,HUBAYA,HUBAYA

Salam Untuk Semua,

Semalam dan sepanjang minggu ni A.G dan rakan2 rumah A.G meon n ajmal telah mengadakan gotong royong membersihkan rumah. Dah lama x bersihkan rumah ni. Bila sekali buat pembersihan tu dia banyak giler sampah sarap yang terpaksa di buang ke tong sampah.

Malam semalam lak A.G sempat g mencilok brg2 kat sekolah tempat kawan A.G, Meon(bukan nama sebenar) mengajar.heheheheheh. Dapat la amik penyidai baju. Saje buat pembahruan kat rumah A.G. Nampak skit la Rumahku Syurgaku Bak kata Zainal.

Masa dok tengah mencilok barang2 kat sek tu sempat la gak A.G mendengar ceramah kat suaru sek tu. Di sebabkan A.G duduk dalam kereta sementara 2 rakan A.G g mencilok n kereta A.G park dekat dengan surau jadi A.G terdengar le ceramah mengenai perang di Palestin. Sedih A.G mendengar ceramah tu.

Jadi mari le kita sama2 berdoa agar negara Palestin akan kembali aman. Amin..

Kembali kepada aktiviti gotong royong tu, jangkanye hari ni, Ahad gotong royong peringkat ke 3 dan terakhir iaitu bilik akan dijalankan. Rumah A.g ni dah tinggal 4 orng je. jadi rumah kena jadi cantik. Barula best bila balik rumah sewaktu pulang dari keje. hehehehehe

P/S: Masing2 berangan nak beli barang elektrik, peti ais, mesin basuh, player dvd, dapur gas, dll.

Followers