Sunday, June 7, 2009

KITA AGUNG2KAN JIRAN SEDANGKAN JIRAN MAKI DAN HENTAM KITA

Salam Untuk Semua

Berdasarkan tajuk kat atas ni apa yang korang semua rasa.............


Sebenarnye AG tergerak nak tulis entry ni bila kawan AG meminta AG membaca sebuah Blog bertajuk Malingsia.com. Malaysia truly Thief of Asia :: The Truth Is HERE

Sebenarnye AG agak terkejut melihat blog ini, Terang2an kerajaan malaysia mahu pun rakyat Malaysia dikutuk, dicaci, dihina oleh rakyat negara INDONESIA. Siap gambar bendera Malaysia dipijak (animasi gambar) dan gambar Bendera Malaysia diletak bersama gambar BABI.


Salah Satu Gambar Yang Ada Di Dalam Blog Berkenaan

Panas2. Memang panas kepala AG. Terlupa agaknye yang rakyat mereka yang mencari rezeki disini. Jika Indonesia tu negara yang terlampau baik. Sila pulang ke negera asal Anda.

Entry2 di dalam blog itu semuanye menghina, mencaci rakyat MALAYSIA. Tetapi ramai yang x sedar. X tahu. Rakyat Malaysia pulak meng agung2kan rakyat INDONESIA, Lagu INDONESIA, Budaya INDONESIA tpi kita pula sebaliknye dihina dan dikeji. WHAT THE F***.

Kalau AG jumpa la org2 Malaysia yang masih meng agung2 negara INDONESIA please la g baca blog ini dan fikirkan la balik. Kalau masih setuju dan suka dengan INDONESIA g la tukar warganegara tu. AG leh tolong isikan borang untuk gugurkan kewarganegaraan Malaysia ANDA. TRIMASSSS


p/s Bukan ingin mengapi2 dua negera cuma x suka Negaraku dicaci dan dihina

Saturday, June 6, 2009

BERMALAM DI MUZIUM

Salam Untuk Semua

Emmm hari ni AG baru sahaja selesat menonton filem Night At The Muzium 2. Emmm best gak cerita nii. Filem arahan Shawn Levy ni dibantu para pelakon yang x kurang hebatnya seperti Ben Stiller, Amy Adams, Hank Azaria, Owen Wilson dan Steve Coogan pasti mengamik setiap hati penonton yang menonton.


Cuma apa yang tak best ialah gelagat penonton semasa menonton. Emmm sekarang ni cuti sekolah jadi ramai le mak bapak membawa ank2 mereka menonton wayang. Masalahnye sekarang mereka hanya mampu membawa tpi x menjaga. Semasa menonton filem ini AG diganggu oleh suara kanak2 menangis di dalam pawagam. Pehhh tensennyeeee. AG rasa x sesuai kot membawa budak2 bawah 3 tahun menonton wayang. Menggangu penonton lain.

Berbalik pada citer ni, dari 5 Ag bagi 3 1/2 bintang laaaa. Cerita yang ringan untuk di tonton. Kepada AD sori yeeee x ge menonton Star Trek, kurang menarik perhatian. Cerita ni lebih light n easy. Siap menyentuh perasaan kawan AG lagi.

Adiossssssss

http://www.nightatthemuseummovie.com

Tuesday, June 2, 2009

PEREMPUAN SESUAI MEMIMPIN ATAU DIPIMPIN

Salam Untuk Semua

Baru2 ni AG ada 'Bergaduh' dengan boss AG. AG sanggat tidak berpuas hati dengan bos AG. Yela apa yang dikatakan tak kena dan betul dengan apa yang dibuatnye. Panas jeeee hati AG. Macam nak tampar je perempuan tu. Nasib baik dia bos AG. Walau pun salah dia tetap betul.


Dalam masa yang sama ada lak kawan yang tikam AG dari belakang. Adouiiiii memang bagi AG hari yang malang. Su**.................................. Dua2 yang buat pasal dengan AG ialah kaum perempuan. ADOiiiiiiiiii

Bila sebut pasalllll perempuan teringat AG dalm perbincangan selepas bos AG bising2. Persoalannye boleh tak PEREMPUAN menjadi bosss. Ramai kawan2 AG yang terdirii dari kaum Hawa ni pun berpendapat yang kaum wanita tak boleh menjadi bos/pemimpin. Mereka ni ada satu kelemahan iaitu MOODYYY yang tak menentu.

Jika kita lihat, jika disesuatu tempat itu terdiri dari bos wanita, maka mesti tempat itu kurang harmoni. Mungkin benar bagi sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa kaum lelaki lebih baik menjadi pemimpin dari kaum wanita. Lagipun islam sendiri menjadikan Lelaki sebagai pemimpin.


P/S AG suke lelaki jadi pemimpin
Ape2 pun masing ada pendapat. Jadi kat sini AG wujudkan Undian. Pilih laaa sendiri yeeee...........

Followers