Tuesday, December 30, 2008

LELAKI TAK SUKE, TPI PEREMPUAN TETAP NAK BUAT


HUBAYA, HUBAYA, HUBAYA
Salam Untuk Semua,

Tengah A.G lepak2 kat rumah sambil menonton citer Suami, isteri dan ... A.G ada buat skit kajian mengenai perempaun bila tengok citer tu. Jadi A.G nak kongsi bersama semua.

1. Cepat berubah fikiran.
Hari Isnin..kamu suka kat dia. Hari Rabu kamu minat kat org lain. Masuk hari Jumaat kamu dah lupa nama mamat yang hari Isnin. Peh..gila tuh. You all bakal digelar Miss Playgirl.

2. Membanding diri dengan orang lain.
Kalau si dia minat kat kamu, dia xkan pandang sangat awek lain. Percayalah.. xyahlah susah2 nak tolong promote orang itu..orang ini. Orang tu lawa la..tu la. Yang penting KAMU k..

3.Bercanggah pendapat.
Kalau dia minta pendapat, jangan ragu2 untuk mengeluarkannya. Tapi, sebelum keluarkan hujah pastikn dia berada dipihak mana. Seboleh mungkin jgn sampai menyinggungnya..

4. Terlupa temujanji.
Kalau dah berjanji, janganlah sesekali lupa. Kalau terlupa percayalah dia akan rasa mcm x dihargai & tak penting dalam hidup kamu.

5. Riak.
Kalau kamu baru dinaikkan pangkat & si dia memuji...pastikan kamu tidak riak bertahun2, dikhuatiri si dia akan terasa tak setaraf ngan kamu plak. Cukuplah utk sejam dua sahaja.

6. Berkira soal berat badan.
Kalau si dia mengorder burger paling besar atau ayam goreng 2 set + kentang besar+ milkshake jangan larang atau tegur. Takyahlah nak cerita pasal lemak, kolestrol. Lelaki ni kalau bab makan memang berkira.

7. Pura-pura tak tahu.
Ini memang berlakon tahap bengong ! xkan la lansung tak kenal Brad Pitt semata-mata nak jaga hatinya. Tak salah jika sesekali tunjuk bijak.

8.Malas buat keputusan.
Si dia buntu. Cadangan kamu? " Entah la I pun tak tau! ", " ikut suke la" Hello!!! Bangun dan bukak akhbar. Cuba beri cadangan yang baik. Si dia bukan tukang buat keputusan 24 jam sajer.Bila sesekali kamu buat keputusan gempak..dia mungkin makin sayang.

9. Kurang sopan.
Tanyalah mana2 lelaki, mesti dia x pilih wanita yang kurang sopan. Kalau ada sifat Hot Temper..cuba belajar control. Ada sesetengah jenis kekasih mungkin dah memahami, so boleh tolak ansur. Tapi kalau jenis x leh tolak ansur..

10.Tak mengaku kelemahan/kesalahan.
Sesekali kena mengaku kelemahan sendiri. Jangan dok maintain ayu jer...Lambat laun terbongkar gak.P ercayalah..kalau kamu mengaku kelemahan diri, si dia bukan anggap itu 1 kecacatan tapi 1 kelebihan kerana sanggup mengaku. PERCAYALAH..

p/s: ini cuma kajian A.G, nak caya atau tidak terpulang

Sunday, December 28, 2008

TAHU KE TAK TAHU TAHUN BARU

HUBAYA, HUBAYA, HUBAYA
Salam Untuk Semua,

Semua orang sedang menanti2kan tahun baru ni. Ramai yang memasang azam baru. Macam2 azam yang dibuat untuk tahun baru ini. Ada yang nak buat perkara baru dan ada juga yang nak buat azam tahun lepas yang tak tercapai.

Tak ketinggalan juga pada tahun baru ni ada juga yang merancang tuk menyambut perayaan ini di tempat2 yang meriah. Yang ada bunga ape, persembahan artis, berhimpun ramai2 dan banyak lagi. Stesyen2 tv pula berlumba2 menyajikan tayangan2 yang hebat untuk tahun baru ni. Macam2 citer best ada kat tv.

Tapi sedarkkah kita tentang tahun baru Islam. Tanggal 29 kalender orang putih bersamaan 1 Muharam 1430 h adalah tarikh yang penting bagi umat islam. Tarikh itu adalah tarikh dimana memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.

Jadi manakah lebih penting? Tahun Baru 2009 atau Maal Hijrah 1430 ?


p/s: Kadang kala A.G nak jadi alim jugak....jgn lupe baca doa akhir dan awal tahun

Saturday, December 27, 2008

AIR PERCUMA - PENIPU & PEMBELIT



HUBAYA, HUBAYA, HUBAYA
Salam Untuk Semua

Baru2 ni A.G terima panggilan tel dari budak yang sewa rumah ayah A.G kat Shah Alam tu. Budak tu komplen kat A.G mengenai bil Air. Penyata bil air untuk bulan 12 dah sampai kat rumah tu. Yang membuatkan A.G terkejut ialah ada tunggakan air pada bulan 10 sebanyak RM 470.00. 2 hari kemudian datang pulak surat merah yang mengatakan bahawa bil air Rumah tu akan di potong.

A.G pun berang la. Terus g Shah Alam nak tengok keadaan rumah tu. Sampai kat sana A.G tengok meter air. Bacaan meter air tu 018157. A.G pun Tengok bil bulan 11, ada tertulis no bacaan meter 018150. Bacaan meter untuk bulan 9 yang tertulis dalm bil bulan 9 ialah 018149. Perbezaan meter dia cumalah 1 ml padu. Macam mana boleh ada tunggakan bulan 10 sampai RM 470. Pelikkan.

Kalau masalah ni tak menyusahkan A.G x pe. Dah la x leh buat report melalui talifon. Kena buat surat la. Ape la. Macam2. Dah kena pergi Syabas kat Klang plak tu. Dah A.G sekarang ni sengkeh. Hampeh punya SYABAS. Nasib baik ada syarikat yang menyenggara rumah A.G tu. Diorang yang berjanji akan uruskan. Thank kat diorng

p/s: Kata nak bantu rakyat dengan bagi air percuma kat semua warga di negeri Selangor ni, Tpi ape yang berlaku kat A.G sebaliknye. PENIPU

Followers