Sunday, December 28, 2008

TAHU KE TAK TAHU TAHUN BARU

HUBAYA, HUBAYA, HUBAYA
Salam Untuk Semua,

Semua orang sedang menanti2kan tahun baru ni. Ramai yang memasang azam baru. Macam2 azam yang dibuat untuk tahun baru ini. Ada yang nak buat perkara baru dan ada juga yang nak buat azam tahun lepas yang tak tercapai.

Tak ketinggalan juga pada tahun baru ni ada juga yang merancang tuk menyambut perayaan ini di tempat2 yang meriah. Yang ada bunga ape, persembahan artis, berhimpun ramai2 dan banyak lagi. Stesyen2 tv pula berlumba2 menyajikan tayangan2 yang hebat untuk tahun baru ni. Macam2 citer best ada kat tv.

Tapi sedarkkah kita tentang tahun baru Islam. Tanggal 29 kalender orang putih bersamaan 1 Muharam 1430 h adalah tarikh yang penting bagi umat islam. Tarikh itu adalah tarikh dimana memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.

Jadi manakah lebih penting? Tahun Baru 2009 atau Maal Hijrah 1430 ?


p/s: Kadang kala A.G nak jadi alim jugak....jgn lupe baca doa akhir dan awal tahun

No comments:

Followers