Saturday, December 20, 2008

DOUBLE B (MYVI) KU CEDERA

HUBAYA,HUBAYA,HUBAYA,
Salam Untuk Semua,

Tadi tepat jam 1.05pm waktu Malaysia, satu kejadian yang hampeh telah menimpa A.G. Kereta kesayangan milik A.G, 'Double B'( MYVI itam gua) telah mengalami kemalangan. Kejadian itu berlaku di dalam seksyen 3 berdekatan dengan rumah Girl's A.G. Habis lampu spot light kereta A.G terbakar dan terdapat kesan calar balar yang boleh dihilangkan dengan memolishkanye.


Kejadian itu berlaku semasa A.G mengambil girl A.G untuk menjamu selera pada waktu tengah hari. Dekat2 rumah girl A.G tu ada lorong di tengah2 deretan rumah2. Biasanye penduduk dekat situ suka menggunakan lorong tu sebab dekat dan tak perlu berjalan jauh. Tpi A.G memang x beberapa mengemari lorong itu.

Jadi pada jam tu, lepas mengambil girl A.G, A.G terus la menekan pedal minyak untuk menuju ke destinasi yang difikirkan. Semasa kat lorong tiba2 sebuah motosikal datang dari lorong itu dengan keadaan yang agak laju. Akibat menunggang motosikal itu tidak berhenti dan melihat kiri dan kanan menyebabkan kemalangan ini berlaku.

Penunggang motosikal itu melanggar hadapan Double B menyebabkan penunggang itu dengan bangganye tergolek diatas jalan raya. Lebih malang lagi pembongceng motosikal itu ( agaknye Isteri dia kot) turut sama tergolek di atas jalan raya itu. Dengan keadaan gabranye A.G turun dari kereta dan melihat penunggang tu. Dia di dalam keadaan mamai sambil mengangkat isterinye bertanyakan A.G sama ada kereta A.G ada mengalami kerosakkan atau tidak. Dia akan settlekan bayaran kalau ada yang rosak. Rumah dia berhadapan lorong tu je.

Walaupun pada dasarnye bukan salah A.G dan A.G berhak memaki, meminta bayaran, memukul, or apa2 yang patut ketika marah tetapi bila A.G turun dari kereta tu perasaan belas kasian timbul. A.G lebih mementingkan impak kemalangan terhadap penunggan motosikal tu. Jadi A.G x la marah or memakinye sebaliknye nak bawak g klinik kalau dia ada mengalami luke atau cedera parah.

Tapi penunggang tu risaukan kereta A.G. Penunggang itu tidak mengalami ape2 masalah atau luke. X tahu la kalau ada luke dalaman sebab A.G tanya dia kata Ok je. A.G pun meneruskan perjalanan dan sampai di seksyen 15 ( depan SIKMA sebab nak makan kat Puteri Bongsu) A.G pun cek balik kereta A.G dan didapati Lampu Sport light terbakar. G kedai kena la Rm 18.00. X pe la walupun tengah kering A.G harap penunggang tu dalam keadaan sihat dan lebih berhati2 di masa hadapan


p/s Tpi Double B dah banyak calar (calar kemalangan skit je campur calar2 dulu jadi banyak). Kena polish waaaaaaaaaa......

3 comments:

Ehem... said...

huaahuaahuaa.
Nampak penunggang dan pemboncengnye terlekat kat cermin sebelah pemandu.. Agar horror jadinye.... ish,ish....
Bikin IE lebih berhati2 semasa menunggang motosikal..

Stoner said...

hahaha

nasib baik bukan badan belodok yg langgau

kalu x....mati orang tuh

akekekeke

jojoe said...

huh? kete ok ke?

Followers