Sejak akhir2 ini, A.G semakin tertarik dengan perkara yang berlaku disekeliling ini. Seperti objektif Blog A.G mula menulis ini ditubuhkan adalah menulis pendapat2 A.G tentang apa yang berlaku disekeliling A.G. Tak kisah la untuk menegur, mengkritik, membidas ataupun meluahkan pendapat, A.G akan tulis di dalam Blog A.G ini.
Hari ini A.G tertarik dengan satu masalah yang timbul dalam Kelab T.... R....(mcm org x tahu lak heheheheh) masalah yang boleh diungkapkan melalui dua perkataan iaitu LUPA DIRI.
Selalunye A.G lihat masalah ini berlaku dikalangan ahli2 KTR yang sudah habis berlajar dengan kata lain alumni la.
A.G bukan nak tujukan pada semua tpi terdapat segelintir Alumni kelab tu yang lupa tentang diri mereka. Dari mana asal minat teater mereka. Tah la, mungkin disebabkan mereka dah berjaya ke peringkat yang lebih tinggi maka mula timbul sifat keegoan ini. Kesian pada adik2 didalam kelab teater rimba. Mereka menjadi mangsa dalam masalah ini.
Terdapat juga alumni dari kelab ini yang dulunye mengutuk alumni2 lama kerana sombong dan lupa pada adik2 tetapi setelah dia berjaya dia pula yang melakukan perkara yang sama. Mcm menjilat ludah sendiri. Lebih kurang begitu laa.
Patutnye alumni ni membantu adik2 dalam kelab ini bukannya bertelagah sesama sendiri untuk mencari nama. Sanggup mengadu domba untuk menaikan nama sendiri. Ishk2, bak kata sahabat A.G baik bunuh je orng yang macam ni. Alumni2 ni kena la bersatu untuk membantu adik2 yang berada dalam kelab ini yang dikatakan sedang terumbang ambing ini. Bukan mengkritik dan menjahanamkan mereka. Memangla mengkritik x salah kalau di susuli dengan bantuan. Kan lagi elok. Ni tidak, jadikan Adik2 tu seolah hamba untuk membuat keje. Yang dapatr nama dia kan. Kesian A.G tengok mereka. Tpi nak buat mcm mana. A.G bukan ada kuasa nak melawankan.
Lagi satu, A.G dapati sekarang ini dah jadi tren kot, manusia semakin gila kuasa. Kalau kita tengok dalam politik memang la macam tu. X boleh nak buat ape2. Tpi masalahnye ini berlaku dalam kelab yang baru je nak ditubuhkan. Alaaa, kelab sambungan dari kelab di atas laaaa. Baru je nak ditubuhkan dah macam2 isu timbul, dari isu tentangan dari pihak luar hingga la tentangan dari pihak dalaman. A.G pun x paham. Ada apa dengan kuasa. X de ape2 yang menarik pun. A.G pun pernah ada kuasa dulu. X best pun. Penat n terseksa ada la. Pelik2. A.G mula2 x percaya perkara ini berlaku. Cuma setelah A.G terbaca satu petikan didalam satu perbualan internet baru A.G percaya.
Disini A.G nak kongsi petikan tu n nilai la sendiri yeee
"x tau la abg..saya x campur ngan diorang.. hanya yang berkepentingan dan ada motif tertentu ja yang tau..wat meeting pun senyap2 n bgitau orang2 tertentu ja..so, saya x nak campur klu terang2 nampak ada unsur2 x elok.."
Tak pe la, A.G bukan nak menyakitkan hati sesiapa, cuma meluahkan ape yang terbuku di hati A.G. sebarang komen leh la hantar kat blog ni. A.G memang suke isu2 Kontrovesi2 ni.
P/S: bak kata perpatah siapa makan cili dia terasa pedas kan.