Saturday, September 13, 2008

Untuk Bersuka

Salam Untuk Semua

Dah lama A.G x menulis dalam blog ni. Bukan ape, A.G x mahu cakap/tulis banyak2 takut kurang pahal pulak nanti.heheheh. Ape2 pun untuk merelaxkan otak, hati n tenaga dalam bulan2 pose ni A.G persembahkan serba sedikit lawak jenaka yang A.G perolehi dr sahabat A.G. Selamat terhibur...


Suami, isteri dan cermin..
ni kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di
dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi
tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan
pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal
mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang
mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik
cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya
tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke
bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik
pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..
bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik
tersebut tanpa pengetahuannya. .

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak
cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so,
dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri
perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.

Isteri: Apsal mak ketawa?..
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin
lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok
perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..



BAHAYA KAHWIN NGAN PROGRAMER
perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found...

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied...

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters...

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It's by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use ... Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus. "



Mee Bandung....

Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit
dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad
Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil
keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak
mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga
anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh
Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan
"Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad
Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah
mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja,
isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ..

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.

"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,"
kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad
Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar
menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2
tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"



B4 married..after married...so funny!!!

Before marriage.
Darling here.. darling there...
After marriage.
Baling here... baling there..

Before marriage. .
I die for you. . .
After marriage.
"You die, up to you. "
Lagi lama married. .
You die I help you!

Before marriage. .
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. . .
You go anywhere. . up to you.
Lagi lama married. . .
You go anywhere better get lost!!

Before wedding
you are my heart, you are my love"
After wedding
"you get on my nerves. "

Before wedding
"you are sweet and kind just like
Cinderella"
After wedding
"you are worse than godzila"

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not,
I'm stuck with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my
head, I will sue you

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or biawak

Before wedding
Weekends at Cameron, Genting and Fraser's Hill
After wedding
Furthest you go is Maxwell Hill

Before wedding
He opens the car door
After wedding
He opens his mouth and snores

Before wedding
She / he was your ideal
After wedding
She / he becomes your ordeal

hahaha...take note boys n girls..

No comments:

Followers