Friday, June 26, 2009

RACOON CITY=MALAYSIA,

Salam Untuk Semua

Sejak akhir2 ni AG tengok semakin banyak lakk penyakit semakin berleluasa kat dunia nii. penyakit2 yang boleh membawa maut..... bermula selsema burung, kemudian babi pula yang terkena selsema kemudian datang pula meningitis diselang seli dengan demam denggi. Emmmm tu belum dimasukkan penyakit merbahaya yang lain macam sakit jantung, darah tinggi dan lain2 lagi.


Bila sebut pasal meningitis sebenarnye A.G mula2 x berapa paham apa itu meningitis tapi bila di cari A.G dapat satu definasi yang sesuai. Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau pun bakteria.

Apa2 pun titik permulaan semua penyakit ni adalah kebersihan. Jadi sekarang kerajaaan secara besar2an melancarkan kempem menjaga kebersihan. Banyak promo2 kebersihan kat tv yang ditayangkan untuk menjaga kebersihan. Antaranya iklan mencegah denggi, cara2 membasuh tangan dan lain2 lagi.

Jadi persoalanye sekarang adakah kempen2 ini berjaya mengubah cara idup masyarakat Malaysia supaya lebih menjaga kebersihan. Kerajaan dah pun memainkan peranan mereka, jadi sekarang ni tiba la masa rakyatnya pula menjalankan tanggungjawab mereka.

Tpi kan sekarang ni apa yang lebih menakutkan AG ialah mengenai penyakit hati. Emmmm tahukan apa dia penyakit hati. Hati yang busuk lagi bahaya dari penyakit2 tu. Oppsssss

OK2 Kembali kepada selsema babi kan sebenarnye banyak pencegahan yang boleh diambil. Antara nye ialah

Untuk menghalang jangkitan, kita perlu melakukan perkara2 berikut:
1. Elakkan dari berada berdekatan dengan mereka yang kelihatan tidak sihat, mempunyai demam dan batuk.

2. Basuh tangan dengan air serta sabun secara kerap dan menyeluruh terutama sekali jika selepas batuk dan bersin (menggunakan tangan untuk menutup mulut) serta selepas berdekatan/bersalaman dengan orang yang tidak sihat (virus selsema babi dan influenza yang lain akan mati dengan sabun dan bahan pembersih).

3. Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin dengan kertas tisu dan terus buang tisu tersebut ke dalam tong sampah (jangan ditinggalkan di atas meja)


4. Amalkan tabiat kesihatan yang baik seperti cukup tidur, makan makanan berkhasiat dan senaman untuk meningkatkan/memperkuatkan sistem pertahanan badan.


5. Jika sakit (demam, selsema, batuk, etc.), dapatkan rawatan doktor secepat mungkin dan tinggal di rumah. Elakkan pergi ke tempat kerja dan tempat2 yang ramai dikunjungi orang seperti kompleks membeli belah, taman permainan, kedal makan dll. Rehat secukupnya dan minum air dengan banyak. Pakai penutup mulut (face mask) jika di khalayak ramai.


6. Beritahu keluarga/rakan2/teman sekerja yang anda tidak sihat serta minta mereka membantu anda untuk tugas2 yang memerlukan anda berjumpa orangramai seperti membeli-belah (perlu diingatkan bahawa orang yang sakit mempunyai imuniti badaan yang rendah dan senang dijangkiti oleh selsema babi atau penyaki2 lain)


7. Pastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan cuci menggunakan bahan2 pembersih


8. Jika anda ingin mengunjungi negara2 yang telah mempunyai kes selsema babi, dapatkan nasihat doktor, ketahui keadaan kes di tempat yang akan anda kunjungi. Perlu berhati-hati jika kes semakin meningkat. Sehingga kita CDC/WHO/Kementerian Kesihatan/PETRONAS belum mengeluarkan sebarang larangan untuk melawat negara2 yang mendapat jangkitan tetapi elokkan dielakkan buat sementara waktu jika lawatan tersebut tidak/kurang penting.


9. Ketahui perkembangan terkini dengan membaca suratkhabar atau laman web Kementerian Kesihatan/WHO/CDC

Setakat hari ni sebanyak 90 kes telah dikesan di Malaysia dan hanya 36 yang telah sembuh. Yang x dikesan tu x tahu laaaaa. Dah bahaya niii. AG takut MAlaysia jadi macam RacoonCity dalam Resident Evil. Hehehehe AG jadi hero bernama Leon. Opsssss

P/S: Jangan la AG kena penyakit2 ini dah laaa. AMInnnnn

No comments:

Followers