Saturday, December 20, 2008

HISTERIA, LOS DAN FAUN, CICAK MAN, ANTOO FIGHTER

HUBAYA, HUBAYA, HUBAYA

Salam Untuk Semua,

Semalam A.G pergi menonton wayang bersama2 my girl n mie kat alamanda. Satu cerita karya James lee yang bertajuk Histeria. Lakonan pendatang baru dan lama iaitu Liyana Jasmay, Scha,Noris Ali, Ainul Aishah, Ayu, Naftalya, Reanna, Ady Putra, Kaza, Adlin Aman Ramli dan Vanida Imran.

Bagi A.G citer ni boleh tahan gak la seramnye. Ada part2 yang membuatkan A.G terkejut. Best2. Citer yang boleh di tonton. Cuma A.G rase pelik. Bagi A.G cerita agak ganas dengan darah dan cara pembunuhan yang dilakuaka oleh jembalang tu tpi kenapa filem ini di kategorikan dalam kategori umum 'U'. Pelik2. Macam mana fihak FINAS menapis filem ini yeee. Itu kita kena tanya orang kat FINAS.






Walau ape pun filem Los dan Faun yang A.G tonton minggu lepas memang best. Nak pecah perut dibuatnye. Sebuah karya Afdlin Shauki memang membuatkan A.G tak kering gusi semasa dalam wayang. Filem Los dan Faun ini di bintangi oleh Erra Fazira, Rosario Dawson, Hans Isaac, Adlin Aman Ramlee dan Afdlin Shauki sendiri. Sebagai peminat Afdlin A.G memberi 4.5/5 bintang kepada filem ini. Sesiapa yang tak menonto tu. Cpt2 la g menonton.

Citer Cicak Man dan Anto Fighter A.G belum lagi g menonton. Tah Xde semangat atau seru yang meminta A.G pergi menonton kedua2 filem ini. Tah mungkin promosi yang x boom atau memang A.G x minat dengan citer2 CGI dari Malaysia. Bukan A.G nak menjatuhkan industri Filem Kat Malaysia tpi belum mencapi tahap kepuasan A.G lagi untuk menontonyee. Walau ape pun masih lagi terdapat peminat2 filem ini di Malaysia





P/S : Impian A.G sebenarnye nak bukak panggung wayang tpi x kesampaian..... cian

Saturday, December 13, 2008

KORBAN GEBU DI HARI RAYA

HUBAYA, HUBAYA,HUBAYA

Salam Untuk Semua,

Lama betul A.G menyepikan diri (lama ke?). Tentu2 peminat2 blog A.g menunggu post2 yang terbaru (ade ke peminat?). Bukan ape, A.G agak sibuk kebelakangan ini dengan keje2 yang tertunggak. Peh memang penat. heheheheh. Harap2 x ada yang menggangu A.G lagi kan.

Di kesempatan ini A.G nak ucapkan Selamat Hari Raya Korban( x lambat lagi rasenye). X sempat nak ucapkan haritu. Bila cakap pasal raya korban yang lepas, terus terang A.G katakan A.G x g sembahyang raya. Mana tak nye malam tu punya la lepak nagn member2 sampai kul 4-5 pagi, balik n terus tido.


Sedar2 dah kul 9.30 pagi. Buat2 bodoh je depan bilik tidor sambil mengambil tuala menuju ke bilik air. heheheheh Sembahyang raya x g, Masa Korban lembu kat masjid A.G g lak. Siap kena tanya dengan orang2 kat surau tu nape x nampak masa sembahyang tdi. Ape lagi terus la buat pembohongan kata sembahyang kat masjid. heheheh Hari raya dah buat dosa. Kat surau lak tu

Tpi pada raya ini apa yang menyedihkan ialah kematian Hamster kesayangan ku yang bernama gebu. Gebu mati dalam keadaan yang menyedihkan dimana pipinye berlobang. Setelah memanggil pasukan CSI menyiasat di dapati bahawa Gebu telah menjadi mangsa korban kekasihnye si Girlgirl. Mungkin akibat cemburu terhadap jiran sebelah yang cuba mengorat Gebu maka, Si girlgirl telah menjalankan upacara Korbannye sendiri dengan mengorbankan kekasihnye. (ape A.G mengarut ni)




Cian2 kat Gebu. Ape2 pun, tempat Gebu telah A.G ganti dengan pendatang baru yang hingga sekarang tidak di beri nama (anonymous). Mungkin itu la nama dia. Bukan ape. Gebu tu adalah teman mak A.G bersembang bila dia sunyi. Jadi bila Gebu dah jadi arwah, maka A.G pun kena la cari pengganti untuk mak A.G mencari teman nak sembang2. Jadi A.G pun beli 2 ekor hamster yang baru. Pening2 sampai sekarang xde nama. Bior la mak A.G letak nama. Ape2 pun leh.

P/S: Sekarang ini A.G nak bela Kucing plak tpi nak letak dalam sangkar. Kucing ape yeeee???

Thursday, December 4, 2008

DAH TAHU KE?

HUBAYA, HUBAYA,HUBAYA
Salam Untuk Semua.


Dah Tahu Ke? hehehehhehehe. Macam tajuk skrip Haikal yang baru. Tpi kan tajuk ini memang sesuai untuk sambungan artikel A.G sebelum ini.

Firstly A.G nak mintak maaf lee kalau artikel2 A.G sebelum ini membangkitkan kemarahan atau menyebabkan kesengsaraan orang lain. Sebenarnye A.G saje buat provokasi terhadap anonymous sebab nak tahu siapa sebenarnye anonymous ini. X pernah sekali pun A.G menulis nama siapa2. Nak tahu siapa sebenarnye di sebalik anonymous.

Tak sangka plak ramai pihak yang tak puas hati dengan mereka2 yang suka menggunakan gelaran anonymous ni. Kawan2 dari area lembah klang mahupun samapai ke melaka. Ramai yang x suka dengan anonymous. Satu topik yang sangat bagus dikupas.

Jadi kat sini A.G x mahu menuduh siapa2. Terpulang kat pembaca2 blog A.G menentukan siapa dia anonymous ini. Sebab apa bukan sahaja ramai yang tak suka tetapi ramai pulak yang melatah. Seolah2 mereka la anonymous tu. Mengaku kan senang. Tak perlu menuduh orang lain x gitu. Lagi pun undian dalam Blog A.G pun tinggal sehari je lagi tuk undi. Nanti dapat la keputusanye.

"Kalau tak ada angin, manakan pokok leh goyang" (ada monyet kot)

Oleh yang demikian siapa2 yang dah "TER"melatah tu fikir2 la balik ye. Bukan ape? Orang lain akan mengesan permainan kita.

Apa2 pun blog A.G masih terbuka untuk sesiapa untuk menulis. Sebab tu A.G x pernah nak tukar setting Blog A.G, Siapa2 boleh mengomen. A.G x kan tapis.........

P/S: Malaysia sekarang ni sejuk, Terengganu, Kelantan banjir. Bangi selalu gak hujan. X panas pun. ???????

Followers