Tuesday, September 2, 2008

SELAMAT BERPUASA


Salam untuk semua,


Bulan ramadhan suadah pun tiba, disini A.G nak ucapkan selamt berpuasa pada semua umat islam. dalam bulan puasa ni macam dugaan yang bakal kita tempuhi. yang paling utama la dugaan menahan nafsu kita. Walaupun kaum kerabat syaitan dah di kurung tetapi nafsu menjadi musuh utama kita.


Bila kita berkata mengenai Ramadan, A.G mula teringat dengan kejadian2 yang berlaku pada bulan ramadan yang sudah2. Macam2 benda telah berlaku. Dengan kemalangan laaa, expedisi ke ipoh sebab nak amik periuk nasi la, pendek cerita macam 2 la.

Sebut pasal ramadan juga kita memang x lari dari sembahyang Tarawih. Setiap malam bulan pose ini kita disunatkan sembanhyang tarawih sebab terdapat banyak fadilat tentangnye. jadi disini A.G nak bagi sedikit sebanyak fadilat bulan Ramadan



1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


Friday, August 29, 2008

BANGSAWAN OH BANG SAWAN








Salam Untuk Semua


Semalam A.G menonton sebuah teater bangsawan bertajukMenjunjung Duli Mahkota arahan dan karya Rahman B kat Auditorium DBP. Seperti biasa A.G g sana ngan member2 A.G la. Saje dah lama x tengok teater bangsawan. Melepaskan rindu kat bangsawan.


Dengan Bayaran Rm20.30 ( A.G bayar rm10.30, guna student card. heheheheh) rasenye teater ini x berbaloi. Jalan cerita teater bangsawan ini terlalu ringkas manakala aksi silatnya x dikronograf dgn baik menjadikan cerita ini terlalu hambar. Sepatutnye lebih banyak unsur2 kekaguman yang perlu diserapkan dalam cerita ini. Supaya cerita ini nampak lebih mantap.

Walaubagaimana pun apa yang patut dipuji dalam teater ini ialah kostium dan rekaan set serta penyataan cahaya yang sangat baik. Memang bergemelapan la malam tu. Cumaaaa ada pelakon yang memakai jam sedangkan kita tahu pada latar masa tu jam x wujud lagi di tanah Melayu.hehehehe.

Selain tu perubahan set pun terlihat sedikit kekalutan apabila tirai penutup depan sering terselak akibat kecuaian produksi2 set.

Apapun tahniah dan syabas kepada Persatuaan Seni Bangsawan Bintang Timur Kuala Lumpur bawah pimpinan Rahman B sendiri kerana menaikkan nama bangsawan serta menjada budaya bangsawan supaya x lupus ditelan zaman. Harap ada generasi muda yang meneruskan perjuangan ini. Jangan le tinggalkan bangsawan semata untuk mengejar sesuatu.........

Takpe la... A.G sebenarnye bangga semalam bila A.G dapalt lihat bangsa lain selain melayu menonton teater bangsawan ini. Sekurang2 nye Rahman B dapat menarik minat mereka dan memperkenalkan Teater Bangsawan Kepada kaum bukan melayu di Malaysia ni. Peace Yooooo



P/S: A.G sebenarnye dah lama teringin nak belakon bangsawan. Dah lama x jadi watak Jin. hehehehe

Wednesday, August 27, 2008

SIAPA PM SELEPAS INI





Salam Untuk Semua


A.G baru sahaja habis menbaca sebuah buku bertajuk Siapa Pm Selepas Ini tulisan Elias Hj Idris terbitan SungaiBeruas Mart. Memang buku ini lebih banyak menutarakan kelemahan serta kepincangan Kerajaan @ BN@ Umno. Buku ini lebih bnyk mengangkat Parti Keadilan serta PAS.
Setelah A.G tamat menbacanye

A.G terfikir negara kita sebenarnye semakin bahaya dan diancam oleh kuasa2 politik ini. Mereka bergaduh sesama sendiri sehingga membahayakan nyawa Rakyat negara ini. Lihat sahaja PRU baru2 ini yang diadakan di Permatang Pauh. Dah jadi medan Perang bukanye tempat mengundi.


A.G sebenarnye takut kalau negara yang A.G cinta ni jadi seperti Negara2 jiran kita, asyik2 berperang, asyik2 bergaduh. A.G memang x suka. siapa yang sukakan keadaan seperti itu.
A.G sebenar cuma berdoa agar negara kita lebih aman.

Harap2 bulan Ramadan yang bakal tiba ini membawa cahaya ketenangan. Jangan la ada apa2 yang berlaku pada Bulan yang mulia ini. Lagi2 pada tanggal 16 sept yang dikatakan bakal berlakunye pertukaran pemerintahan.
Jangan le bergaduh sesama Melayu. Semua nak rebut kuasa. Semua nak Kaya. Tu yang menyebabkan melayu mundur. Kita kena bersatu, Baru la kita akan aman.

Apa yang A.G Nak kita doakan semoga Malaysia Dalam Keadaan Aman Selamanya. Amin.



P/S: lepas ni A.G nak baca buku 13 Mei lak. hari tu dah jumpa tpi x beli lagi . heheheheh

P/s : Petang ni A.G nak Tengok teater bangsawan kat DBP. Harap2 x jadi macam Hari tu sudah laaaaaaa

Followers