Tuesday, December 30, 2008

LELAKI TAK SUKE, TPI PEREMPUAN TETAP NAK BUAT


HUBAYA, HUBAYA, HUBAYA
Salam Untuk Semua,

Tengah A.G lepak2 kat rumah sambil menonton citer Suami, isteri dan ... A.G ada buat skit kajian mengenai perempaun bila tengok citer tu. Jadi A.G nak kongsi bersama semua.

1. Cepat berubah fikiran.
Hari Isnin..kamu suka kat dia. Hari Rabu kamu minat kat org lain. Masuk hari Jumaat kamu dah lupa nama mamat yang hari Isnin. Peh..gila tuh. You all bakal digelar Miss Playgirl.

2. Membanding diri dengan orang lain.
Kalau si dia minat kat kamu, dia xkan pandang sangat awek lain. Percayalah.. xyahlah susah2 nak tolong promote orang itu..orang ini. Orang tu lawa la..tu la. Yang penting KAMU k..

3.Bercanggah pendapat.
Kalau dia minta pendapat, jangan ragu2 untuk mengeluarkannya. Tapi, sebelum keluarkan hujah pastikn dia berada dipihak mana. Seboleh mungkin jgn sampai menyinggungnya..

4. Terlupa temujanji.
Kalau dah berjanji, janganlah sesekali lupa. Kalau terlupa percayalah dia akan rasa mcm x dihargai & tak penting dalam hidup kamu.

5. Riak.
Kalau kamu baru dinaikkan pangkat & si dia memuji...pastikan kamu tidak riak bertahun2, dikhuatiri si dia akan terasa tak setaraf ngan kamu plak. Cukuplah utk sejam dua sahaja.

6. Berkira soal berat badan.
Kalau si dia mengorder burger paling besar atau ayam goreng 2 set + kentang besar+ milkshake jangan larang atau tegur. Takyahlah nak cerita pasal lemak, kolestrol. Lelaki ni kalau bab makan memang berkira.

7. Pura-pura tak tahu.
Ini memang berlakon tahap bengong ! xkan la lansung tak kenal Brad Pitt semata-mata nak jaga hatinya. Tak salah jika sesekali tunjuk bijak.

8.Malas buat keputusan.
Si dia buntu. Cadangan kamu? " Entah la I pun tak tau! ", " ikut suke la" Hello!!! Bangun dan bukak akhbar. Cuba beri cadangan yang baik. Si dia bukan tukang buat keputusan 24 jam sajer.Bila sesekali kamu buat keputusan gempak..dia mungkin makin sayang.

9. Kurang sopan.
Tanyalah mana2 lelaki, mesti dia x pilih wanita yang kurang sopan. Kalau ada sifat Hot Temper..cuba belajar control. Ada sesetengah jenis kekasih mungkin dah memahami, so boleh tolak ansur. Tapi kalau jenis x leh tolak ansur..

10.Tak mengaku kelemahan/kesalahan.
Sesekali kena mengaku kelemahan sendiri. Jangan dok maintain ayu jer...Lambat laun terbongkar gak.P ercayalah..kalau kamu mengaku kelemahan diri, si dia bukan anggap itu 1 kecacatan tapi 1 kelebihan kerana sanggup mengaku. PERCAYALAH..

p/s: ini cuma kajian A.G, nak caya atau tidak terpulang

Sunday, December 28, 2008

TAHU KE TAK TAHU TAHUN BARU

HUBAYA, HUBAYA, HUBAYA
Salam Untuk Semua,

Semua orang sedang menanti2kan tahun baru ni. Ramai yang memasang azam baru. Macam2 azam yang dibuat untuk tahun baru ini. Ada yang nak buat perkara baru dan ada juga yang nak buat azam tahun lepas yang tak tercapai.

Tak ketinggalan juga pada tahun baru ni ada juga yang merancang tuk menyambut perayaan ini di tempat2 yang meriah. Yang ada bunga ape, persembahan artis, berhimpun ramai2 dan banyak lagi. Stesyen2 tv pula berlumba2 menyajikan tayangan2 yang hebat untuk tahun baru ni. Macam2 citer best ada kat tv.

Tapi sedarkkah kita tentang tahun baru Islam. Tanggal 29 kalender orang putih bersamaan 1 Muharam 1430 h adalah tarikh yang penting bagi umat islam. Tarikh itu adalah tarikh dimana memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.

Jadi manakah lebih penting? Tahun Baru 2009 atau Maal Hijrah 1430 ?


p/s: Kadang kala A.G nak jadi alim jugak....jgn lupe baca doa akhir dan awal tahun

Saturday, December 27, 2008

AIR PERCUMA - PENIPU & PEMBELIT



HUBAYA, HUBAYA, HUBAYA
Salam Untuk Semua

Baru2 ni A.G terima panggilan tel dari budak yang sewa rumah ayah A.G kat Shah Alam tu. Budak tu komplen kat A.G mengenai bil Air. Penyata bil air untuk bulan 12 dah sampai kat rumah tu. Yang membuatkan A.G terkejut ialah ada tunggakan air pada bulan 10 sebanyak RM 470.00. 2 hari kemudian datang pulak surat merah yang mengatakan bahawa bil air Rumah tu akan di potong.

A.G pun berang la. Terus g Shah Alam nak tengok keadaan rumah tu. Sampai kat sana A.G tengok meter air. Bacaan meter air tu 018157. A.G pun Tengok bil bulan 11, ada tertulis no bacaan meter 018150. Bacaan meter untuk bulan 9 yang tertulis dalm bil bulan 9 ialah 018149. Perbezaan meter dia cumalah 1 ml padu. Macam mana boleh ada tunggakan bulan 10 sampai RM 470. Pelikkan.

Kalau masalah ni tak menyusahkan A.G x pe. Dah la x leh buat report melalui talifon. Kena buat surat la. Ape la. Macam2. Dah kena pergi Syabas kat Klang plak tu. Dah A.G sekarang ni sengkeh. Hampeh punya SYABAS. Nasib baik ada syarikat yang menyenggara rumah A.G tu. Diorang yang berjanji akan uruskan. Thank kat diorng

p/s: Kata nak bantu rakyat dengan bagi air percuma kat semua warga di negeri Selangor ni, Tpi ape yang berlaku kat A.G sebaliknye. PENIPU

Friday, December 26, 2008

KEDAI MAMAK DAN GELAGAT MANUSIANYE

HUBAYA, HUBAYA,HUBAYA
Salam Untuk Semua,

Beberapa hari yang lepas A.G melepakkan diri kat kedai mamak kat seksyen 15. Sambil lepak2 kat kedai tu A.G mula tersedar melihat beberapa gelagat manusia di kedai mamak tu. Bila di tenung2 dan di fikirkan rase kelakar plak. Mungkin itu sebahagian dari lumrah hidup kat dunia ni. Itu cuma sebahagian kecil jee. Banyak lagi gelagat yang kelakar, aneh, pelik, unik yang leh kita lihat. Cuma kat sini A.G nak kongsi cebisan kecil Gelagat kat kedai mamak.


SITUASI 1
Ada seorang mamat A datang dengan aweknye. Lepas aweknye duduk mamat A tu pun duduk n beberapa saat kemudian datang mamak mengambil oder. Cuma yang air minuman sahaja yang dipesan. Kemudian mamat A tu bangun g kat lauk pauk n dia pun amik nasi. Kemudian beberapa lauk dipilih dan kembali ke mejanya semula. A.G ingat mamat A tu nak makan le tpi pelik mamat A tu kembali ke tempat nasi tadi lalu diambilnye pinggan kedua yang penuh dengan nasi dan lauk.

Rupa-rupanye mamat A tu tolong amikkan aweknye lauk. (Ishk xde kaki ke awek tu) Sampai kat meja bila nak makan je tiba2 je awek tu ckap yang dia x makan sayur. semua sayur bagi kat pakwe dia. Ala hai dah la orang amikkan, ngada2 lak tu. Tpi nak buat macam mana, dah pakwe dia layan. Layan kan aje laaaaa( kalau A.G Awek suruh amikan lauk n nasik, dua2 pinggan A.G makan)


SITUASI 2
Ada seorang mamt ni. Mamat B la A.G namakan dia. Duduk je. Lama dia duduk cuma pesan air jee. Bila air dia sampai dia hirup air dia pastu dia letak HP dia atas meja. Dan dia tenung HP tu lama2. Dia pandang Atas jap pas tu dia tenung Hp dia blk. X lama lepas tu dia amik HP dia Dia tekan2 skit pastu dia tenung HP dia. Lama gak la dia tenung HP dia. Ishk pelik, Dah macam orang x betul. Mungkin dia ada masalah kot (kalau A.G ada masalah A.G tido)

SITUASI 3
DAtang sorang mamat C ngan sorang awek muda. Dalam lingkungan 20 an la. Pada mulanye A.G ingat mamt tu pakcik kepada aweksz tu sebab mamat C tu kalau kita lihat dariu segi rupa memang dah lingkungan 40 an laa Tpi bila pasanagan tu duduk dan kemesraan tu terpancang A.G pelik la gak. X macam Pakcik n anak sedara, X macam Bos n Anak buah. emmm Mcm pasangan bercinta ada la. Sah. PAda fikiran jahat A.G ni mesti mamat c ni ada scandal nagan gadis liar kat luar sedang anak isteri ada kat rumah. Jeng..Jeng...Jeng A.G pun X tahu jawapanye.( Orang putih kat malaysia cakap kehidupan lelaki bermula pada umur 40 kan)

SITUASI 4
Datang satu couple. Duduk n order makanan n air. Bila air dan makanan sampai A.G tengok ada satu hidangan je. Couple tu rupanye je kongsi makanan jee. Siap main suap2 lagi. Lama kongsi agaknye x cukup baru le si awekznye oder roti nan. (kalau A.G awal2 dah oder dua makan sebab A.G tau Awek A.G x cukup kalau nak makan kongsi)

SITUASI 5
Datang 2 pasangan couple. ( Ceritanye lebih kurang dalam situasi 3). Cuma dalam situasi ni lagi meluat kita tengok. awekzs2 tu dari segi percakapannye macam orang indonesia. Ishk... dah ada hubungan ngan PATI lak keeee? ( tpi aweksz2 indon ni ada gak yang comel2 nak satu)

Banyak lagi situasi yang leh kita tengok kat kedai mamak ni. A.G cuma Dapat beberapa je lepas lepak kat kedai mamak selama 2 jam. Kalau nak tengok lagi banyak lepak la sampai 24 jam. Anda akan jadi salah satu situasi tu la. hahahahahaha

p/s: A.G nak tengok gelagak manusia kat pusat2 menbeli belah pulak la. Lagi best rasenye

Saturday, December 20, 2008

DOUBLE B (MYVI) KU CEDERA

HUBAYA,HUBAYA,HUBAYA,
Salam Untuk Semua,

Tadi tepat jam 1.05pm waktu Malaysia, satu kejadian yang hampeh telah menimpa A.G. Kereta kesayangan milik A.G, 'Double B'( MYVI itam gua) telah mengalami kemalangan. Kejadian itu berlaku di dalam seksyen 3 berdekatan dengan rumah Girl's A.G. Habis lampu spot light kereta A.G terbakar dan terdapat kesan calar balar yang boleh dihilangkan dengan memolishkanye.


Kejadian itu berlaku semasa A.G mengambil girl A.G untuk menjamu selera pada waktu tengah hari. Dekat2 rumah girl A.G tu ada lorong di tengah2 deretan rumah2. Biasanye penduduk dekat situ suka menggunakan lorong tu sebab dekat dan tak perlu berjalan jauh. Tpi A.G memang x beberapa mengemari lorong itu.

Jadi pada jam tu, lepas mengambil girl A.G, A.G terus la menekan pedal minyak untuk menuju ke destinasi yang difikirkan. Semasa kat lorong tiba2 sebuah motosikal datang dari lorong itu dengan keadaan yang agak laju. Akibat menunggang motosikal itu tidak berhenti dan melihat kiri dan kanan menyebabkan kemalangan ini berlaku.

Penunggang motosikal itu melanggar hadapan Double B menyebabkan penunggang itu dengan bangganye tergolek diatas jalan raya. Lebih malang lagi pembongceng motosikal itu ( agaknye Isteri dia kot) turut sama tergolek di atas jalan raya itu. Dengan keadaan gabranye A.G turun dari kereta dan melihat penunggang tu. Dia di dalam keadaan mamai sambil mengangkat isterinye bertanyakan A.G sama ada kereta A.G ada mengalami kerosakkan atau tidak. Dia akan settlekan bayaran kalau ada yang rosak. Rumah dia berhadapan lorong tu je.

Walaupun pada dasarnye bukan salah A.G dan A.G berhak memaki, meminta bayaran, memukul, or apa2 yang patut ketika marah tetapi bila A.G turun dari kereta tu perasaan belas kasian timbul. A.G lebih mementingkan impak kemalangan terhadap penunggan motosikal tu. Jadi A.G x la marah or memakinye sebaliknye nak bawak g klinik kalau dia ada mengalami luke atau cedera parah.

Tapi penunggang tu risaukan kereta A.G. Penunggang itu tidak mengalami ape2 masalah atau luke. X tahu la kalau ada luke dalaman sebab A.G tanya dia kata Ok je. A.G pun meneruskan perjalanan dan sampai di seksyen 15 ( depan SIKMA sebab nak makan kat Puteri Bongsu) A.G pun cek balik kereta A.G dan didapati Lampu Sport light terbakar. G kedai kena la Rm 18.00. X pe la walupun tengah kering A.G harap penunggang tu dalam keadaan sihat dan lebih berhati2 di masa hadapan


p/s Tpi Double B dah banyak calar (calar kemalangan skit je campur calar2 dulu jadi banyak). Kena polish waaaaaaaaaa......

HISTERIA, LOS DAN FAUN, CICAK MAN, ANTOO FIGHTER

HUBAYA, HUBAYA, HUBAYA

Salam Untuk Semua,

Semalam A.G pergi menonton wayang bersama2 my girl n mie kat alamanda. Satu cerita karya James lee yang bertajuk Histeria. Lakonan pendatang baru dan lama iaitu Liyana Jasmay, Scha,Noris Ali, Ainul Aishah, Ayu, Naftalya, Reanna, Ady Putra, Kaza, Adlin Aman Ramli dan Vanida Imran.

Bagi A.G citer ni boleh tahan gak la seramnye. Ada part2 yang membuatkan A.G terkejut. Best2. Citer yang boleh di tonton. Cuma A.G rase pelik. Bagi A.G cerita agak ganas dengan darah dan cara pembunuhan yang dilakuaka oleh jembalang tu tpi kenapa filem ini di kategorikan dalam kategori umum 'U'. Pelik2. Macam mana fihak FINAS menapis filem ini yeee. Itu kita kena tanya orang kat FINAS.






Walau ape pun filem Los dan Faun yang A.G tonton minggu lepas memang best. Nak pecah perut dibuatnye. Sebuah karya Afdlin Shauki memang membuatkan A.G tak kering gusi semasa dalam wayang. Filem Los dan Faun ini di bintangi oleh Erra Fazira, Rosario Dawson, Hans Isaac, Adlin Aman Ramlee dan Afdlin Shauki sendiri. Sebagai peminat Afdlin A.G memberi 4.5/5 bintang kepada filem ini. Sesiapa yang tak menonto tu. Cpt2 la g menonton.

Citer Cicak Man dan Anto Fighter A.G belum lagi g menonton. Tah Xde semangat atau seru yang meminta A.G pergi menonton kedua2 filem ini. Tah mungkin promosi yang x boom atau memang A.G x minat dengan citer2 CGI dari Malaysia. Bukan A.G nak menjatuhkan industri Filem Kat Malaysia tpi belum mencapi tahap kepuasan A.G lagi untuk menontonyee. Walau ape pun masih lagi terdapat peminat2 filem ini di Malaysia





P/S : Impian A.G sebenarnye nak bukak panggung wayang tpi x kesampaian..... cian

Saturday, December 13, 2008

KORBAN GEBU DI HARI RAYA

HUBAYA, HUBAYA,HUBAYA

Salam Untuk Semua,

Lama betul A.G menyepikan diri (lama ke?). Tentu2 peminat2 blog A.g menunggu post2 yang terbaru (ade ke peminat?). Bukan ape, A.G agak sibuk kebelakangan ini dengan keje2 yang tertunggak. Peh memang penat. heheheheh. Harap2 x ada yang menggangu A.G lagi kan.

Di kesempatan ini A.G nak ucapkan Selamat Hari Raya Korban( x lambat lagi rasenye). X sempat nak ucapkan haritu. Bila cakap pasal raya korban yang lepas, terus terang A.G katakan A.G x g sembahyang raya. Mana tak nye malam tu punya la lepak nagn member2 sampai kul 4-5 pagi, balik n terus tido.


Sedar2 dah kul 9.30 pagi. Buat2 bodoh je depan bilik tidor sambil mengambil tuala menuju ke bilik air. heheheheh Sembahyang raya x g, Masa Korban lembu kat masjid A.G g lak. Siap kena tanya dengan orang2 kat surau tu nape x nampak masa sembahyang tdi. Ape lagi terus la buat pembohongan kata sembahyang kat masjid. heheheh Hari raya dah buat dosa. Kat surau lak tu

Tpi pada raya ini apa yang menyedihkan ialah kematian Hamster kesayangan ku yang bernama gebu. Gebu mati dalam keadaan yang menyedihkan dimana pipinye berlobang. Setelah memanggil pasukan CSI menyiasat di dapati bahawa Gebu telah menjadi mangsa korban kekasihnye si Girlgirl. Mungkin akibat cemburu terhadap jiran sebelah yang cuba mengorat Gebu maka, Si girlgirl telah menjalankan upacara Korbannye sendiri dengan mengorbankan kekasihnye. (ape A.G mengarut ni)




Cian2 kat Gebu. Ape2 pun, tempat Gebu telah A.G ganti dengan pendatang baru yang hingga sekarang tidak di beri nama (anonymous). Mungkin itu la nama dia. Bukan ape. Gebu tu adalah teman mak A.G bersembang bila dia sunyi. Jadi bila Gebu dah jadi arwah, maka A.G pun kena la cari pengganti untuk mak A.G mencari teman nak sembang2. Jadi A.G pun beli 2 ekor hamster yang baru. Pening2 sampai sekarang xde nama. Bior la mak A.G letak nama. Ape2 pun leh.

P/S: Sekarang ini A.G nak bela Kucing plak tpi nak letak dalam sangkar. Kucing ape yeeee???

Thursday, December 4, 2008

DAH TAHU KE?

HUBAYA, HUBAYA,HUBAYA
Salam Untuk Semua.


Dah Tahu Ke? hehehehhehehe. Macam tajuk skrip Haikal yang baru. Tpi kan tajuk ini memang sesuai untuk sambungan artikel A.G sebelum ini.

Firstly A.G nak mintak maaf lee kalau artikel2 A.G sebelum ini membangkitkan kemarahan atau menyebabkan kesengsaraan orang lain. Sebenarnye A.G saje buat provokasi terhadap anonymous sebab nak tahu siapa sebenarnye anonymous ini. X pernah sekali pun A.G menulis nama siapa2. Nak tahu siapa sebenarnye di sebalik anonymous.

Tak sangka plak ramai pihak yang tak puas hati dengan mereka2 yang suka menggunakan gelaran anonymous ni. Kawan2 dari area lembah klang mahupun samapai ke melaka. Ramai yang x suka dengan anonymous. Satu topik yang sangat bagus dikupas.

Jadi kat sini A.G x mahu menuduh siapa2. Terpulang kat pembaca2 blog A.G menentukan siapa dia anonymous ini. Sebab apa bukan sahaja ramai yang tak suka tetapi ramai pulak yang melatah. Seolah2 mereka la anonymous tu. Mengaku kan senang. Tak perlu menuduh orang lain x gitu. Lagi pun undian dalam Blog A.G pun tinggal sehari je lagi tuk undi. Nanti dapat la keputusanye.

"Kalau tak ada angin, manakan pokok leh goyang" (ada monyet kot)

Oleh yang demikian siapa2 yang dah "TER"melatah tu fikir2 la balik ye. Bukan ape? Orang lain akan mengesan permainan kita.

Apa2 pun blog A.G masih terbuka untuk sesiapa untuk menulis. Sebab tu A.G x pernah nak tukar setting Blog A.G, Siapa2 boleh mengomen. A.G x kan tapis.........

P/S: Malaysia sekarang ni sejuk, Terengganu, Kelantan banjir. Bangi selalu gak hujan. X panas pun. ???????

Followers