Tuesday, December 29, 2009

DOUBLE B...........DOUBLE B.......

Salam Untuk Semua


Hai nak citer pun AG rase malas........ Tpi apa nak buat dah nasib badan.........Tanggal 28 dis 09.....tempat kejadian parking Alamanda.............My Black Myvi (kesayangan AG tu).....telah remuk bahagian bonet depan.......akibat perlanggaran dengan kereta iswara......



Apa nak buat..... dah dua2 kete salah jadi bayar sendiri2 laaaaa....... emmmm remuk yang agak teruk berbanding exsiden2 sebelum ni..... tpi dah orang kata malang tak berbau kan.... kalau malang tu bau kari ke.......bau tomyam ke.......leh AG hidu awal2 kan.....nasib2........

Tuesday, December 15, 2009

PENATNYEEEEEEEEE........


Salam Untuk Semua.

Pada 12-13 Dis yang lepas AG bersama2 rakan persekolahan AG ( SMK Tinggi Melaka) telah mengadakan reunion kat sebuah pantai yang dinamakan pantai Cherating.... Wow sangat la teruja, mana x nye. AG sendiri x pernah g ke sana.

Bertolak pagi2 seawal jam 6.00 pagi.....( yoyo je 6 pagi kan) Sampai kat Cherating kul 12 tengahari..
Malam buat BBQ... esok sebelum balik g Dungun jalan2.......

Dalam masa percutian AG kali ni banyak gak masalah n kenangan yang di tempuhi...... antaranya pertukaran resort penginapan disaat2 akhir....terpaksa membeli peralatan BBQ disaat2 akhir.....serangan Lipan...... tersesat n macam2 lagi....

Apa2 pun trip kali ni memang best......... Reunion akan datag dijangkakan

n akan di buat di kuala terengganu tak pun pulau pangkor..... Caya la pada wak n bak yang bertungkus-lumus menganjurkan reunion kali ni... Tanpa diorang x de la reunion bebudak Malacca High School. Semoga reunion akan datang lebih banyak bebudak akan join.


P/S: peh kat sana ada gempa bumi dan gegaran pada skala yang tinggi disebabkan oleh AG N Bak. hahahahahahaha

Tuesday, November 24, 2009

AKTIVITI SEPANJANG CUTI

Salam Untuk Semua,

Yahhhhh seperti yang dinantikan cuti datang lagi.......bestnye cuti2 ni. Dapat tidor n bangun lewat....kalau dapat laaaaaaa. rasenye mcam x dapat heheheheheh... Ape2 pun kepada kawan2 seangkatan yang bercuti bersama AG ni apa program...... AG ada la beberapa program cuti ni. Antaranye nyeee

G rumah bakal kak ipar kawin
G rumah member kawin
G rumah sepupu kawin.
G reunion kat cherating
G Penang jalan2.


Banyak jugak tu.... lum termasuk nak kena isi data ko-ku n kena buat Modul tuk pendidikan moral..... emmm Penuh gak Aktiviti AG sepanjang cuti.... kalau tak bosan laaa jadi nyeeeee.
Tpi AG pikir nak tambah lagi aktiviti nii. Tpii...... Pandang ke langit hujan lak ......emmmm taku2 cherating pun x leh g ni.....isk2


p/s ujan2 ni aktiviti paling best ialah tido.....heheheheheh

Friday, November 6, 2009

AKU NAK G JAUH..............

Salam Untuk Semua,

Emmmm suasana kat tempat keje sekarang ni dah makin sunyi..... yela......pelajar2 dah mula bercuti... tinggal pelajar tingkatan 5 je yang masih meneruskan perjuangan mereka. Itu pun dah ramai yang ponteng.... belajar kat rumah kata mereka (yoyo oooooo ajeee). Tingkatan 3 dah cuti... PMR dah lama berlalu....Program selepas PMR pun dah habis. Tingkatan2 lain semua dah habis pekse.. tinggal tunggu kertas jawapan jeeee......

SPM akan bermula 18 Nov ni.... Cuti lak 20 nov 2009 dah mula sampai laaa 04 Jan 2010..... lama tu.... bosan gak cuti lama2 ni....... AG ingat nak g bercuti selain reunion yang bebudak AG nak buat....... Rasa nye AG nak g Pulau Pinang.... AG dah lama x g sana... terakhir sekali AG pergi masa AG darjah 4 tahun 1994. Lama dah tuuu dekat2 15 tahun dah. Jadi AG merancang nak kesana. Nak merehatkan minda...

Dalam cuti yang panjang niii (untuk para guru2 jee yeee...hehehehehe) banyak aktiviti yang leh dilakukan..... yang paling utama g melancong laaaa.. Ada gak yang merancang nak berniaga... leh tambah pemdapatan... wlau apa pun yang kita buat janji x menyalahi undang2 la yeeeee..

Jadi dengan perancang AG nak Ke Pulau Pinang (3hari 2 malam), rasa2nye apa tempat2 yang menarik yang leh AG lawat kat sana.... Orang2 Penang... bagi la pendapat....

Monday, October 26, 2009

SEMUANYA OK AJE

Salam Untuk Semua,


Alhamdulillah, Syukur pada tuhan yang melimpahkan rezeki.........
Semuanya selamat.......
Tak ada apa2 masalah yang timbul..........
Semua berjalan lancar..........
Tinggal tunggu masa n duit yang cukup jeeeee..........
Warna biru akan pergi, warna merah "meron" akan menghadiri.........
Semoga x de halangan yang menimpa..........
AMIN.............

Thursday, October 1, 2009

BANTUAN......BANTUAN PENUNGGU PUSAKA

Salam Untuk Semua,


Sekarang ini AG tengah sibuk dengan satu produksi kecik di sekolah AG. Pertandingan teater komsas. Jadi kat sini AG nak mintak bantuan kat kawan2 teater AG untuk memberi idea2 yang best kat AG. Sebuah cerita bertajuk Penunggu Pusaka, (dalam buku komsas ting 2). Cerita pasal perebutan harta pusaka antara adik beradi betul n adik beradik tiri. Cerita berunsur komedi

AG nak idea2 yang bernas n yang paling penting muzik latar yang digunakan untuk teater ini. AG nak jadikan muzik antara scene. TOLONGGGGGGG


p/s: kalau nak tolong semua pun ok gakkkk

Friday, September 11, 2009

TAK TERLALU AWAL KE??? LANTAK LAAAA

Salam Untuk Semua,





AG raya terlalu awl nak buat tapiii......nak raya nanti lagi AG sibuk..... emmmmm....... Buat aje laa.. Terima laaaa



SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA



Maaf dipinta kalau terkasar bahasa n ada yang terasa.......

Kalau ada masa AG buat kat sendiri.....


P/s : Jgn main mercun....

Wednesday, September 2, 2009

MINGGU LEPAS MEMANG MINGGU MEMENATKAN

Salam Untuk Semua,

Minggu lepas merupakan minggu yang penat tetapi menyeronokkan. AG cuti selama seminggu (bestnye jadi cikgu) tpi cuti AG terisi dengan banyak aktiviti walaupun di dalam bulan pose (lupa nak ucapkan Selamat Berpuasa pada semua).

Start je cuti hari jumaat tu AG dah mula kan aktiviti. Mula2 AG cuma pulang kemelaka, Sambut first pose kat sana sambil bermain PS 2 (trimas kepada balang). AG balik bangi pagi isnin.
Sampai bangi kul 9. Kul 2 dah amik balang n awek dia. G ronda2 K.L n mines. Balang nak g beli hp. Buka kat mines. Makan ringan2 jee(sebab x sempat nak g kedai makan)......... n terus keluar lepas buka. Perut lapo nak kena cari restoran gak. G la makan kat serdang. Balik n tido

Sok pagi pas hantar awek AG g keje (semalam dia ponteng), AG n balang 's couple g nilai. Nak tengok barang tunang katanye. Peh walaupun tekak kering sebab cuaca panas nak mampus tpi Tahan gak, best gak ikut org g tengok2 barang nak tunang. Dari Nilai terus g Mid Valley, balang nak cari kasut n shopping2 skit. Lepas mengeluarkan tenaga yang banyak kat Mid Valley terus g amik awek AG. Dari putra jaya g la Bagan Lalang, nak buka kat sana, Nak makan ikan bakar. x sempat buka kat bagan lalang, Buka tepi jalan kat laut je. Sampai restoran ikan bakar tu dah kul 8, Apa lagi sebattttt. Lapo sebab buka makan kuih jeeee.

Lepas buka balik n tido....... esoknyenye hantar balang g pudu..... hari khamis x buat apa. cuma mian game jeeee. Jumat balik Melaka, AG berbuka tepi jalan depan Tesco Semenyih (ikut jalan lama leee). Hari sabtu Ag ada buka Puasa ngan ex MHS kat hotel mahkota. Amik kau pecah peruh makan kat sana. Malam tu lepas berbuka g Karok samapi 4 jam. Lepas karok g tengok bola. Dapat saksikan la kekalan arsenal kat MU. Kembang kuncup hidung bebudak MU kan...

Hari isnin AG balikke bangi.... Emmmm memang penat cuti kali ni tapi seronok sangat

p/s : konon2 bawak balik keje, ada report kena buat tapi..... haram disentuhnyeee

Monday, August 10, 2009

KDN TO ....................???????

Salam Untuk Semua,

Haii..... Lama dah AG x tulis blog. Adalah dalm 3 minggu rasenye. X sempat. Sibuk sikit. Keje kat tempat baru macam tu laaa. Kat sini AG nak kongsi skit pengalaman keje kat tempat baru ni. Genap hari ni dah 3 minggu AG kat situ. Seronok. Sangat seronok. Pengalaman yang paling tak boleh lupakan bila ada orang ucapkan SELAMAT PAGI CIKGU. heheheheh best. Rasanye x yah citer AG keje apa. Rase2nye korang semua dah tahu. Dah lama AG nak keje ni tpi x dapat.



20 Julai 2009 merupakan tarikh AG melaporkan diri kat SMK Seri Serdang. Hari pertama melapor diri memang xde kje. Hari kedua dah bertimbun2. Jadual kelas dah dapat pas tu AG kene jadi guru penasihat bagi kelab Ragbi n Dikir BArat. Emmm memang cabaran. Lagi2 x dapat ajar subjek opsyen n kegemaran AG iaitu sejarah. Kena ajar pendidikan moral n PJ. Emmm apa lagi cepat2 bukak kitab. Waktu sek dulu mana pernah AG blajar moral. Ishk2......

Ape2 hal pun banyak perkara yang AG blajar. Antaranye perkataan2 baru seperti meluncur n pot luck. Lagi satu yang bestnye AG jumpa ngan Own... ala senior KTR tuuu yang mana tahu laaaa... Dia guru tetap kat sana. Terkejut gak mula2 tpi dia sangat ok leee..

Apa2 pun apa yang AG dapat simpulkankan ialah jadi guru bukan senang seperti yang disangkakan. Susah n penat. Stress pun slalu datang bila tengok karenah bebudak nii.....Sabar je laaaa. CHAYOO CIKGU.

p/s : Kepada Azri, Pejal, Abg Amir Fadli teruskan perjuangan mu di KDN.. heheheheheh

Friday, July 17, 2009

SATU GUGUR 2 SEDANG MARA, SATU BERJAYA

Salam Untuk Semua,

Ingat lagi tak mengenai pahlawan yang ditugaskan untuk meneruskan kehidupan seseorang manusia tu kan (ala ada dalam artikel AG yang Lepas). Emmmmm sebenarnye semua dah gugur. Kalah dalam perjuangan tu. Sedih jugak dengan AG dengan apa yang berlaku. Tpi apakan daya, dunia ini x selalunye adil.



Dalam meratapi kekalahan ketiga-tiga pahlawan itu, datang seseorng penyelamat yang berjaya membaiki keadaan. Dalam satu jangkamasa yang x beberaa panjang, pahlawan itu berjaya membantu nasib dan hidup manusia itu. Walaupun pahlawan ini mempunyai kekurangan diri tetapi ia berjaya membantu manusia ini dari kekejaman dunianye......

p/s: nak tahu siapa????? teka la lgi..........

Thursday, July 9, 2009

PPSMI MANSUH......ANDA MELATAH?

Salam Untuk Semua

Yaaaa PPSMI dah dimansuhkan. Ramai yang suka dan ramai yang melatah. AG hanya tersenyum. Kenapa semua org menetang PPSMI ini. Kenapa?....Kenapa? dan Kenapa???. Perkara kenapa inilah yang perlu difikirkan.

Kerajaan telah mengubal banyak perubahan dalam sistem pendidikan sejak dari dulu tetapi tidak dapat tentangan dari banyak pihak...kenapa? Seingat AG sejak AG di sek rendah lagi dah ada perubahan. Sebelum2 tu AG x tahu la sebab belum sek lagi. Pada tahun 1996, semasa AG darjah 6, skop pembelajaran B.I diubah. Ada pula karangan pendek yang diperkenalkan didalam exam UPSR. Sebelum ini semua dalam objektif sahaja. Xde yang membantah. Tahun 1999 sekali lagi pembelajaran B.I di ubah, xde sape bantah, Tahun 2000 sekali diubah dengan memperkenalkan komsas BM dan B.I dan takde siapa nak bantah. KENAPA.....?

Semasa PPSMI diperkenalkan pada peringkat permulaan bantahan kurang..KENAPA? Kemudian lama kelamaan barulah PPSMI mendapat bantahan dan tentangan dari ramai pihak, sehingga membawa kepada mogok dan sekali lagi persoalan KENAPA wujud. Pelik tak?

Jawapan tu ada kat anda semua..... semua boleh berfikir KENAPA?

Bg AG banyak cara nak meningkatkan Bahasa Inggeris ini. Bahasa Inggeris memang bahasa yang penting didunia dan harus dikuasai oleh semua. Jadi, walau apapun kita harus menguasai bahasa ini supaya tidak ketinggalan zaman.

Oleh yang demikian bukan cara PPSMI sahaja boleh meningkatkan bahasa Inggeris tetapi banyak cara lagi. Kerajaan sendiri ada membentuk 12 langkah untuk meningkatkan Bahasa Inggeris

- Menambah seramai 13,933 guru Bahasa Inggeris (BI) termasuk 1,000 dari luar negara, 600 guru bersara dan 12,333 guru tambahan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

- Menyediakan guru penolong BI gred DG41 bagi kelas besar melebihi 35 murid dalam tahun satu dan dua untuk meningkatkan masa perhubungan guru dan murid.

- Menambah waktu BI bagi sekolah kebangsaan (SK) tahap satu sebanyak 90 minit kepada 330 minit seminggu manakala tahap dua daripada 210 minit kepada 300 minit seminggu.

- Waktu BI bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) tahap satu pula ditambah daripada 60 minit kepada 120 minit seminggu manakala tahap dua ditambah daripada 90 minit kepada 120 minit seminggu.

- Menambah waktu BI bagi tingkatan satu hingga lima daripada 200 minit kepada 280 minit seminggu.

- Peruntukan waktu BI bagi Malaysian University English Test (MUET) tingkatan enam ditambah daripada 320 minit kepada 400 minit seminggu.

- Waktu BI bagi matrikulasi ditambah 100 peratus iaitu daripada tiga jam kepada enam jam seminggu.

- Program Sastera Kontemporari bahasa Inggeris Kanak-Kanak diperkenalkan kepada semua murid sekolah rendah tahap dua untuk mengukuhkan minat membaca dan memperkenalkan unsur-unsur sastera.

- Mewujudkan makmal bahasa Inggeris di sekolah-sekolah untuk memudahkan murid mempelajari bahasa itu dengan berkesan.

- Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran BI melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai.

- Pelajaran tatabahasa Inggeris diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran BI.

- Menyerapkan elemen sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran BI untuk mendedahkan murid dengan istilah berkaitan dalam bahasa Inggeris.

Jadi fikir la yeee. X yah nak melenting bila dah dimansuhkan.

Tuesday, July 7, 2009

DARI BANGI NAK G KL TAPI LALU N9- MELAKA-JOHOR -PAHANG-TERENGGANU -KELANTAN-PERAK -SELANGOR BARU SAMPAI K.L

Salam Untuk Semua

Yah...yah Penatnye keje sepanjang 2 minggu nii. Terlalu banyak keje kena buat. Hinggakan AG terpaksa pulang lewat. Adoiii penatnyeee.

Dalam kepenatan ini, sebenarnye AG tergerak hati untuk menulis entry ni. Ni pun curi2 masa rehat kul 1. Entry mengenai sektor kerajaan. Emmmmm sebenarnye AG bukan la nak kata yang buruk2 mengenai sektor kerajaan nii. Cuma apa yang AG perhatikan mereka2 yang dalam sektor kerajaan ni suka sangat buat keje yang melalui 'jalan Jauh" sedangkan terdapat "jalan Mudah". Dengan kata lain, keje mudah dipersusahkan.

AG bertanya kepada beberapa kawan2 AG yang keje dalam sektor ni, mereka lebih suka buat keja2 yang macam ni sbb kalau buat terlalu mudah, cepat pulak keje tu siap dan lepas tu dah tak de keje nak buat. Haiii macam ni pun ada.

Ada juga yang berpendapat dah memang karenah biokrasi. Jadi macam tuu laaa. Dan ada juga yang mahu mengikut sahaja. Tak mahu membantah atau memprotes. Cuma bagi AG ini cuma satu keje yang sia2. Sedangkan kita mempunyai pilihan untuk memudahkan kerja kita, mengapa perlu melencong mencari jalan yang lebih susah.

Apa2 pun bukan semua pekerja di sektor kerajaan yang macam tu. Ada diantara mereka yang lebih bijak dan pintar. Jadi mereka memilih jalan yang lebih mudah. Bak kata2 mutiara work smart not work hard.

P/S arrrrggg AG penat, kena cari penolong.... bebudak KTR sape nk keje ngan akuuuuu.........

Monday, June 29, 2009

PEGAWAI KHALWAT yang KALUT tentang SYURGA ATAU NERAKA sehingga menCEMARkan SUPERTUIH yang berada di TRANSIT K ALER MAGENTA

Salam Untuk Semua

KALUT memang KALUT. KeKALUTan ini menyebabkan datangnye PEGAWAI KHALWAT yang membawa buku SYURGA ATAU NERAKA. Buku itu dibeli ketika penCEMARan yang berlaku di TRANSIT KALER MAGENTA milik SUPERTUIH!.


Tahniah, Tahniah kepada semua pemenang (mcm banyak hadiah jeeeee) pertandingan Festival Teater Selangor 2009. Kepada pemenang tu AG ucap good luck n semoga membawa nama Selangor ke persada kebangsaan.

Yaaaaa, ramai....ramai pihak yang terlalu terkejut dengan keputusan yang di umumkan malam semalam. Memang satu keputusan yang tidak di duga2. Malah mc sendiri pun tidak menyangka keputusan malam tu. Tpi semua tu dah diputuskan oleh juri2 yang di lantik. Dari setiap grup kena baiki le persembahan masing2.

Cuma kat sini apa yang AG paham kena kena kenal juri baru leh buat persembahan teater. Kita dapat lihat jika juri suka cerita yang berat, surrealis, kena la buat citer macam tu. Kalu juri suke citer ringan, realis kena la ikut.

Ape2 pun kepada KTRan, jangan bersedih. Adat pertandingankan. Biasa la tuuu. KTR dulu pun x semua teaternye yang menang pertandingan. Ada juga yang x menang ape? Ada yang menag satu anugerah jeee. Ala kan AG pernah kata hidup macam roda. Ape2 pun sekarang kita dah ada target yang baru. Terusss kannnn. Nantikan kemunculan AKTER. Peace No War.

p/s: sori AG x dpt dtg post mortem KTR, ada urusan lain kena buat selain dari tidooooo......... ponat nyoooooo

Friday, June 26, 2009

RACOON CITY=MALAYSIA,

Salam Untuk Semua

Sejak akhir2 ni AG tengok semakin banyak lakk penyakit semakin berleluasa kat dunia nii. penyakit2 yang boleh membawa maut..... bermula selsema burung, kemudian babi pula yang terkena selsema kemudian datang pula meningitis diselang seli dengan demam denggi. Emmmm tu belum dimasukkan penyakit merbahaya yang lain macam sakit jantung, darah tinggi dan lain2 lagi.


Bila sebut pasal meningitis sebenarnye A.G mula2 x berapa paham apa itu meningitis tapi bila di cari A.G dapat satu definasi yang sesuai. Meningitis ialah radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus atau pun bakteria.

Apa2 pun titik permulaan semua penyakit ni adalah kebersihan. Jadi sekarang kerajaaan secara besar2an melancarkan kempem menjaga kebersihan. Banyak promo2 kebersihan kat tv yang ditayangkan untuk menjaga kebersihan. Antaranya iklan mencegah denggi, cara2 membasuh tangan dan lain2 lagi.

Jadi persoalanye sekarang adakah kempen2 ini berjaya mengubah cara idup masyarakat Malaysia supaya lebih menjaga kebersihan. Kerajaan dah pun memainkan peranan mereka, jadi sekarang ni tiba la masa rakyatnya pula menjalankan tanggungjawab mereka.

Tpi kan sekarang ni apa yang lebih menakutkan AG ialah mengenai penyakit hati. Emmmm tahukan apa dia penyakit hati. Hati yang busuk lagi bahaya dari penyakit2 tu. Oppsssss

OK2 Kembali kepada selsema babi kan sebenarnye banyak pencegahan yang boleh diambil. Antara nye ialah

Untuk menghalang jangkitan, kita perlu melakukan perkara2 berikut:
1. Elakkan dari berada berdekatan dengan mereka yang kelihatan tidak sihat, mempunyai demam dan batuk.

2. Basuh tangan dengan air serta sabun secara kerap dan menyeluruh terutama sekali jika selepas batuk dan bersin (menggunakan tangan untuk menutup mulut) serta selepas berdekatan/bersalaman dengan orang yang tidak sihat (virus selsema babi dan influenza yang lain akan mati dengan sabun dan bahan pembersih).

3. Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin dengan kertas tisu dan terus buang tisu tersebut ke dalam tong sampah (jangan ditinggalkan di atas meja)


4. Amalkan tabiat kesihatan yang baik seperti cukup tidur, makan makanan berkhasiat dan senaman untuk meningkatkan/memperkuatkan sistem pertahanan badan.


5. Jika sakit (demam, selsema, batuk, etc.), dapatkan rawatan doktor secepat mungkin dan tinggal di rumah. Elakkan pergi ke tempat kerja dan tempat2 yang ramai dikunjungi orang seperti kompleks membeli belah, taman permainan, kedal makan dll. Rehat secukupnya dan minum air dengan banyak. Pakai penutup mulut (face mask) jika di khalayak ramai.


6. Beritahu keluarga/rakan2/teman sekerja yang anda tidak sihat serta minta mereka membantu anda untuk tugas2 yang memerlukan anda berjumpa orangramai seperti membeli-belah (perlu diingatkan bahawa orang yang sakit mempunyai imuniti badaan yang rendah dan senang dijangkiti oleh selsema babi atau penyaki2 lain)


7. Pastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan cuci menggunakan bahan2 pembersih


8. Jika anda ingin mengunjungi negara2 yang telah mempunyai kes selsema babi, dapatkan nasihat doktor, ketahui keadaan kes di tempat yang akan anda kunjungi. Perlu berhati-hati jika kes semakin meningkat. Sehingga kita CDC/WHO/Kementerian Kesihatan/PETRONAS belum mengeluarkan sebarang larangan untuk melawat negara2 yang mendapat jangkitan tetapi elokkan dielakkan buat sementara waktu jika lawatan tersebut tidak/kurang penting.


9. Ketahui perkembangan terkini dengan membaca suratkhabar atau laman web Kementerian Kesihatan/WHO/CDC

Setakat hari ni sebanyak 90 kes telah dikesan di Malaysia dan hanya 36 yang telah sembuh. Yang x dikesan tu x tahu laaaaa. Dah bahaya niii. AG takut MAlaysia jadi macam RacoonCity dalam Resident Evil. Hehehehe AG jadi hero bernama Leon. Opsssss

P/S: Jangan la AG kena penyakit2 ini dah laaa. AMInnnnn

Monday, June 22, 2009

PERHENTIAN BERWARNA MAGENTA DAN SESEORANG BERNAMA SEPERPTUIH

Salam Untuk Semua

SEPERPTUIH DAN TRANSIT KALER MAGENTA merupakan karya Wan Azli. Emmmm berat sungguh cerita niii. AG sendiri x mampu nak taksir kan cerita ni dengan mendalam. Tpi AG nak tabik Spring laaaaa kat semua krew2 produksi Teater ini yang diketuai Mr PaizaL. Mereka berani mencuba membuat satu produk sendiri. Kalau2 lama2 digilap rase2nye cerita mesti boleh diangkat menjadi sebuah produk yang bagus.

Teater ni akan dipertandingkan di Festival Teater Selangor dan tarikh keramat untuk teater rimba ialah 23hd Jun 2009. Hari ni leeee. Hahahahahahaha.. Jadi Good luck pada semua. AG yakin korang akan dapat kepuasan di dalam kesengsaraan yang berlaku. CHAYO laaaaaaa.......

Sunday, June 7, 2009

KITA AGUNG2KAN JIRAN SEDANGKAN JIRAN MAKI DAN HENTAM KITA

Salam Untuk Semua

Berdasarkan tajuk kat atas ni apa yang korang semua rasa.............


Sebenarnye AG tergerak nak tulis entry ni bila kawan AG meminta AG membaca sebuah Blog bertajuk Malingsia.com. Malaysia truly Thief of Asia :: The Truth Is HERE

Sebenarnye AG agak terkejut melihat blog ini, Terang2an kerajaan malaysia mahu pun rakyat Malaysia dikutuk, dicaci, dihina oleh rakyat negara INDONESIA. Siap gambar bendera Malaysia dipijak (animasi gambar) dan gambar Bendera Malaysia diletak bersama gambar BABI.


Salah Satu Gambar Yang Ada Di Dalam Blog Berkenaan

Panas2. Memang panas kepala AG. Terlupa agaknye yang rakyat mereka yang mencari rezeki disini. Jika Indonesia tu negara yang terlampau baik. Sila pulang ke negera asal Anda.

Entry2 di dalam blog itu semuanye menghina, mencaci rakyat MALAYSIA. Tetapi ramai yang x sedar. X tahu. Rakyat Malaysia pulak meng agung2kan rakyat INDONESIA, Lagu INDONESIA, Budaya INDONESIA tpi kita pula sebaliknye dihina dan dikeji. WHAT THE F***.

Kalau AG jumpa la org2 Malaysia yang masih meng agung2 negara INDONESIA please la g baca blog ini dan fikirkan la balik. Kalau masih setuju dan suka dengan INDONESIA g la tukar warganegara tu. AG leh tolong isikan borang untuk gugurkan kewarganegaraan Malaysia ANDA. TRIMASSSS


p/s Bukan ingin mengapi2 dua negera cuma x suka Negaraku dicaci dan dihina

Saturday, June 6, 2009

BERMALAM DI MUZIUM

Salam Untuk Semua

Emmm hari ni AG baru sahaja selesat menonton filem Night At The Muzium 2. Emmm best gak cerita nii. Filem arahan Shawn Levy ni dibantu para pelakon yang x kurang hebatnya seperti Ben Stiller, Amy Adams, Hank Azaria, Owen Wilson dan Steve Coogan pasti mengamik setiap hati penonton yang menonton.


Cuma apa yang tak best ialah gelagat penonton semasa menonton. Emmm sekarang ni cuti sekolah jadi ramai le mak bapak membawa ank2 mereka menonton wayang. Masalahnye sekarang mereka hanya mampu membawa tpi x menjaga. Semasa menonton filem ini AG diganggu oleh suara kanak2 menangis di dalam pawagam. Pehhh tensennyeeee. AG rasa x sesuai kot membawa budak2 bawah 3 tahun menonton wayang. Menggangu penonton lain.

Berbalik pada citer ni, dari 5 Ag bagi 3 1/2 bintang laaaa. Cerita yang ringan untuk di tonton. Kepada AD sori yeeee x ge menonton Star Trek, kurang menarik perhatian. Cerita ni lebih light n easy. Siap menyentuh perasaan kawan AG lagi.

Adiossssssss

http://www.nightatthemuseummovie.com

Tuesday, June 2, 2009

PEREMPUAN SESUAI MEMIMPIN ATAU DIPIMPIN

Salam Untuk Semua

Baru2 ni AG ada 'Bergaduh' dengan boss AG. AG sanggat tidak berpuas hati dengan bos AG. Yela apa yang dikatakan tak kena dan betul dengan apa yang dibuatnye. Panas jeeee hati AG. Macam nak tampar je perempuan tu. Nasib baik dia bos AG. Walau pun salah dia tetap betul.


Dalam masa yang sama ada lak kawan yang tikam AG dari belakang. Adouiiiii memang bagi AG hari yang malang. Su**.................................. Dua2 yang buat pasal dengan AG ialah kaum perempuan. ADOiiiiiiiiii

Bila sebut pasalllll perempuan teringat AG dalm perbincangan selepas bos AG bising2. Persoalannye boleh tak PEREMPUAN menjadi bosss. Ramai kawan2 AG yang terdirii dari kaum Hawa ni pun berpendapat yang kaum wanita tak boleh menjadi bos/pemimpin. Mereka ni ada satu kelemahan iaitu MOODYYY yang tak menentu.

Jika kita lihat, jika disesuatu tempat itu terdiri dari bos wanita, maka mesti tempat itu kurang harmoni. Mungkin benar bagi sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa kaum lelaki lebih baik menjadi pemimpin dari kaum wanita. Lagipun islam sendiri menjadikan Lelaki sebagai pemimpin.


P/S AG suke lelaki jadi pemimpin
Ape2 pun masing ada pendapat. Jadi kat sini AG wujudkan Undian. Pilih laaa sendiri yeeee...........

Thursday, May 7, 2009

PERBEZAAN ANTARA OTAK LELAKI DAN OTAK PEREMPUAN

Salam Untuk Semua,

Baru2 ni AG menemui satu fakta yang memang menarik. Jadi AG nak berkongsi dengan semua kawan2.

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara
keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama.....


Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu
diri anda sendiri


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!






































OK?


berapa banyak?


tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)


baca sekali lagi!


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah
ini...


otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan
ujian memiliki otak
PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana
kebenaran perkara
ini.."

Monday, May 4, 2009

PANDANGAN LELAKI DAN PEREMPUAN

Salam Untuk Semua,

Seorang sahabat bertanya dekat AG, apabila AG memandang seorang wanita, AG memandang di mana terlebih dahulu? AG berkata pandang pada wajahnya. Dia bertanya lagi, selepas memandang wajah di mana pula akan AG pandang? AG tergamam kerana tidak cukup berani untuk menjawab walaupun jawapannya ada. Lelaki lain, AG rasa lebih kurang sama seperti AG, memandang wajah terlebih
dahulu barulah mengalihkan pandangan ke tempat yang menjadi tarikan kedua selepas wajah. Bagaimana dengan WANITA? Di mana pandangan pertama wanita pada lelaki? Mungkin wajah, mungkin kaki? AG rasa wajah yang dipandang duhulu kerana jarang ada orang memandang kaki kemudian wajah kecuali gadis. Di mana pula tempat kedua akan dipandang oleh wanita? AG perhatikan setiap kali bersembang dengan kebanyakan wanita, mereka ada kecenderungan yang sama. Mereka memilih tempat kedua yang sama untuk dipandang. Dengan curi-curi, ketika lelaki berpandang ke arah lain, wanita akan menjeling ke situ. Lumrah kehidupan. Setiap orang ada daya dan tempat tarikan tersendiri.

Bagaimana apabila lelaki berjalan di belakang wanita, di mana ditumpahkan matanya? Secara jujur AG mengaku bahawa mata lelaki pasti akan tertangkap pada satu tempat yang serupa. Mengapa begitu? kerana itulah tarikan utama wanita apabila dipandang dari belakang. Wanita pula bagaimana apabila berjalan mengekori lelaki?
Apa yang dipandangnya?

AG tidak mahu membicarakan minat lelaki atau wanita dan di mana mereka suka pandang kerana itu hak mereka. Tetapi AG cuma mahu mempertikaikan hak yang ada pada lelaki atau wanita membanding-bandingkan apa yang dipandangnya. Lelaki atau wanita gemar benar membandingkan fizikal - perawakan dan ciri-ciri luaran seseorang dengan orang lain. Malah ada yang sangat celupar. Apabila melihat benda yang tidak indah di hati, terus sosek-sosek dengan kawan di tepi. Apabila ternampak benda yang mengagumkan terus wowah-wowah. Ini tidak sopan dan dikira tidak menghormati peribadi orang lain.
Kita boleh pandang sehingga meleleh air liur pun tidak mengapa tetapi tidak boleh membandingkan dengan orang lain.

Setiap orang dianugerahi ciri-ciri fizikal tersendiri yang harus dihormati semua orang. Kenapa kita tak boleh membuat perbandingan? Kerana perbandingan akan melahirkan penghakiman sedangkan bukan kuasa kita menghakimi fizikal sesiapa. Itu anugerah Tuhan. Anugerah Tuhan tidak boleh dipertikaikan sama ada oleh tuan punya tubuh atau orang lain. Mempertikaikan anugerah Tuhan hukumnya berdosa.
Perbandiangan secara diam-diam dalam hati masih boleh diterima, tetapi perbandingan secara terbuka sama sekali dilarang. Belajar hormati dan hargai orang lain!

P/s: Bolehke AG memandang seseorang tanpa membandingkan dengan orang lain? Ya Allah Selamatkan hambamu ini.

Friday, May 1, 2009

SATU GUGUR, DUA SEDANG MARA

Salam Untuk Semua

Dalam masa 6 bulan kebelakang ini A.G telah menghantar 3 pahlawan untuk meneruskan kesinabungan kehidupan seorang manusia yang dijangkakan hanya akan hidup dalam jangka masa 1 bulan lebih sahaja lagi. Kehadiaran 3 orang pahlawan ni dapat membantu manusia ini untuk hidup lebih lama. Biar A.G namakan Pahlawan K, Pahlawan N, dan Pahlawan P



Tetapi apa yang berlaku pada 30 April 2009 tepat jam 12.00 tengah hari pahlawan K tu telah kehilangan banyak darah akibat pertempuran yang berlaku pada 30 april dan kini dalam keadaan koma. Nyawanya hanya dapat ditentukan pada 21 Mei 2009 ini.

Walaubagaimana pun 2 orang pahlawan lagi akan meneruskan perjuangan demi menyelamatkan manusia ini. Pahlawan N akan menentukan nasibnya pada pertengahan bulan Mei dan Pahlawan P akan menentukan nasibnya pada 11 Mei 2009.

Jadi apa yang boleh kita lihat hanya lah menunggu dan berharap agar kedua2 pahlawan ini berjaya dalam misi mereka. Aminnnnnn

P/S Nak paham maksud dia.......Cari sendiri.... Guna hint2 masa.....Kalau peka laaaa......

Tuesday, April 28, 2009

MENUJU PUNCAK

Salam Untuk Semua,

Berkenaan dengan tajuk, rasanye semua pembaca dah tahu dan terpikir. Mesti terpikir2 tentang calon2 akhir akademi fantasia. Tpi apa yang AG Nak tulis bukan la mengenai AF. Tetapi pasal kehidupan kita.

Setelah kita pikir2 dan dalami berapa ramai diantara kita yang telah berjaya mencapai kehendak dan cita2 kita yang kita idamkan? Berapa ramai telah menperolehi apa yang di ingini sejak dulu lagi? Dan berapa ramai yang telah mendapat pekerjaan yang di angan2 di Universiti mahupun sekolah lagi?

Kadang kala ada diantara kita yang dah lupa dengan apa yang impian kita dulu. Dan ada juga dah mengecapinye sekarang. Bagi A.G, A.G masih belum mengecapi impian A.G sendiri. Yela mungkin apa yang kita tuju itu x semestinye kita dapat.

Tapi tanpa usaha yang tinggi semua impian x akan dapat. Jadi kita perlulah berusaha untuk mendapatkannya. Adakah kita selesa dengan kehidupan sekarang ini. Atau cukup2 makan aje.

Sebenarnye A.G terpikir nak tulis tajuk ni sebab ramai kawan2 A.G yang merungut bila mereka gagal dalam ujian PTD yang di umumkan jawapanye baru2 ni. Yela ada tu dah banyak kali mencuba tpi gagal juga. Nak buat macam mana? bukan rezeki. Tpi x akan itu nak dijadikan alasan untuk sentiasa gagal.

Ramai rakan2 yang sehingga kini masih belum mendapat jawatan tetap, malah A.G juga tergolong ddalam kategori itu. Apa yang yang lebih pening bila yang x dapat kerja itu terdiri dari golongan lelaki kerana tanggungjawab mereka lebih besar. Kalau x dapat keje xde le perkataan KAHWIN tu dalam kamus kehidupan seorang lelaki.

Tpi ada juga diantara kita yang berani untuk kahwin sedangkan masih belum ada kerja yang tetap. Mungkin wang simpanan yang banyak mahupun faktor Pa & Ma tu ada memainkan peranan yang penting. Jadi fikir2 la sendiri

ADIOS.....

Friday, April 10, 2009

BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULKARNAIN


SALAM UNTUK SEMUA

Baru2 ini A.G tertarik dengan sebuah buku bertajuk Iskandar bukan Zulkarnain yang ditulis oleh
Afareez Abdul Razak Al-Hafiz. Isu utama buku ini ialah siapakah sebenarnya Zulkarnain lelaki misteri dalam Surah Al-Kahfi, terutamanya apabila Sejarah Melayu ada menyebut sejarah keturunan Raja-raja Melayu ada mempunyai hubungkait dengan Raja Iskandar Zulkarnain. Siapakah Raja Iskandar Zulkarnain dalam Sejarah Melayu pula?

Pengarang ini mempunyai latar pendidikan yang begitu berwarna. Bersekolah rendah di US, menamatkan pengajian dalam bidang Quran sehingga menjadi al-Hafiz dan kini menjadi pelajar PhD di UIAM. Pengarang turut sama terlibat (sebagai interviewee) dalam produksi dokumentari yang disiarkan iaitu
Alexander Bukan Zulkarnain.

Sudah lama wujud pendapat yang mencadangkan bahawa tidak mungkin Alexander the Great (Bahasa Arab: Iskandar Al-Akbar) yang musyrik itu adalah Zulkarnain yang diberikan ilham oleh Allah seperti dalam Surah Al-Kahfi. Sejarah Alexander yang ditulis dengan agak komprehensif menggambarkan beliau seorang yang pemarah, berhajat kepada penyembahan oleh rakyatnya dan tergopoh-gapah
dalam bertindak sehingga pernah membunuh rakan-rakan yang pernah menyelamatkan nyawanya hanya kerana perbezaan pendapat (maklumat daripada buku ini). Bagi A.G usaha pengarang amat dipuji kerana buku-buku bahasa Melayu yang membicarakan hal ini masih amat sedikit dan masih boleh dibilang dengan jari.


Jadi A.G x mahu mengulas lebih lanjut kerana bagi A.G setiap orang harus memiliki buku ini. Em jadi apa lagi g la cepat2 beli. bukan mahal pun. Cuma Rm 17.50 jee.


Disini A.G senaraikan isi kandungan buku itu:

Pendahuluan

Pengenalan

Bab 1: Raja Namrud
Sejarah Sebelum Kedatangan Raja Namrud
Pemerintahan dan Latar Belakang Raja Namrud
Kaitan Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim
Nabi Ibrahim (sekitar kurun ke-22BC hingga 19BC)
Nabi Ismail dan Penempatan di Mekah
Pembinaan Kaabah
Nabi Lut
Peristiwa Penyembelihan Nabi Ismail
Nabi Ishak
Nabi Ishak dan Keturunannya
Nabi Yaakub
Perkahwinan Pertama Nabi Yaakub (dengan Liah)
Perkahwinan Kedua Nabi Yaakub (dengan Rachel)
Zuriat Nabi Yaakub dan Pembinaan Masjid al-Aqsa
Nabi Yusuf (antara kurun ke 21BC dan ke 17BC)

Bab 2: Raja (Nabi) Sulaiman (sekitar 1000BC hingga 928BC)
Nabi Musa (antara kurun ke 16BC hingga ke 13BC)
Al-Baqarah
Nabi Musa dan Nabi Khidhir
Nabi Yushwa’ bin Nun
Nabi Syam’un
Nabi Daud (sekitar 1030BC hingga 970BC)
Kejatuhan Kerajaan Raja (Nabi) Sulaiman Buat Seketika
Kewafatan Nabi Sulaiman

Bab 3: Raja Bukhtanasar (sekitar 625BC hingga 562BC)
Harut Marut
Mimpi Bukhtanasar
Takwil Kepala Emas
Takwil Dada dan Tangan Perak
Takwil Perut dan Peha Gangsa
Takwil Dari Lutut Hingga ke Buku Lali Besi
Nabi U’zair

Bab 4: Perbincangan Iskandar bukan Zulqarnain
Siapa itu Raja Iskandar? (356BC hingga 323BC)
Asal-usul timbulnya cerita Zulqarnain
Siapakah Raja Kurush? (576BC hingga 530BC)
Ciri-ciri Zulqarnain:
Perjalanan ke Arah Barat
Menerima Wahyu
Perjalanan ke Arah Timur
Pembinaan Tembok
Hujah Pertama
Hujah Kedua
Hujah Ketiga
Yakjuj Makjuj
Siapa yang Diganggu oleh Yakjuj Makjuj?

Akhir kata
Raja Leonidas I

Penutup

Nota Hujung

Bibliografi

Jadi rajin2 le membeli dan menbaca yeee.

P/S: A.G memang minat sejarah, lg2 sejarah hitam. IYOLATUUU

Wednesday, March 25, 2009

P MANA? P PD LA......

Salam Untuk Semua,

Tanggal 20-22 Mac 09 A.G bersama2 rakan2 rumah (Jnal, Meon, Ajmal) + x rumah (Mie, Wafi) telah mengadakan Parti BBQ kat pantai PD. Dengan menggunakan kelebihan jnal dengan menyewa apartment kepunyaan KWSP, AG telah bermalam disana selama 3 hari 2 malam.

Penat2, Sungguh penat, Sampai sunburn muka A.G. Tpi apa yang paling penting A.G gembira dan seronok. Caya laaa


Misteri Sebelum pergi (terdapat susuk2 hitam dibelakang)


Hang AG n Hang Mie dah lapo ni, hang x lapo


Gambo je, beli la satu


Ni la mayat kes rogol yang detektif AG jumpai


Mangsa2 Tsunami di PD


Chef Hassanal tengah membakar ayam, yam...yam


p/s: Lepas ni AG planning nak g pantai Cherating pulak

Monday, March 9, 2009

MARI MENYAMBUT KEMPEN KERAJAAN. "ZOOM", KITA KE ZOO

Salam Untuk Semua

Sehari selepas g kenduri eira, Pada 8 Mac 2009 A.G, awek A.G serta Mr R.J telah melawAt Zoo Negara. Saje nak tengok haiwan. Secara x langsung leh bersenam sebab zoo tu besau sangat.


Banyak gak A.G dapat tengok haiwan yang hampir terpupus. Bak kata Bro R.J, sebagai seorang ahli pencinta alam kita perlu menyayangi alam semula jadi termasuk la haiwan2 kat muka bumi ni. Baru la haiwan2 ini x terpupus dan terancam.

Jadi kita kena mula dari mana


melihat keindahan Flamingo


siapa yang menganggu aku tengah tido ni


Mandi pun Sodap


Sama je yang depan dan belakang tuu
Macam kenal jeeee

Memang penat. Tpi menyeronokan. Lepas ni A.G nak Plan g tengok keindahan alam lagi la.


P/S: dapat gak tengok gajah kan . hehehehehehe



Sunday, March 8, 2009

KRONOLOGI PERKAHWINAN KAWANKU. ASYIK KAWAN JE KAWIN....

SALAM UNTUK SEMUA

Tanggal 7 mac 2009 merupakan hari bersejarah kepada kawan sekerja A.G kerana berjaya mendirikan rumah bertangga dengan kekasih hati serta tunag tercintanye (sorang je bukan 2 orang) kat Sg Bear, Selangor. Disini Kronologi perjalan Cerita A.G.


Sebanyak 3 bijik kereta Telah bertolak dari Bangi serta putrajaya pada jam 10:00 am. Perjalan Ke Sg Besar memakan masa 4-5 jam ( bg pemandu yang tak tahu jalan), A.g tau skit2 amik masa 3 jam la.

Mana rumah Eira Ni penat dah Drive



Dah sampai Kuala Selangor. Terbayang Udang Pengantin


"Wah penatnye jadi penumpang" Kata Ajmal Sebaik Tiba


Amy menunjukan tanda penyepit udang kerana terbayang udang pengantin


Kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Eira dah makan udang tu


Hampa mereka sebab x de udang yang di sediakan


Eira ko dah membangkitkan kemaran A.G. UUUddangggggg....Arrrrrrr


Berani ko rapat. Nanti aku tikam ngan pedang nii


Alamak Eira dah marah la. Dah2 meh makan apo yang ado je la. Ayam goreng rompah pun sodap

Ape2 pun dapat bergambar ngan pengantin pun jadi laa


Ok La Eira. Selamat Pengantin Baru A.G ucapkan. Sori saje je buat2 citer kat atas tadi. Peace Semoga panjang umur n banyak anak. Jagan lupa Perkara 19 (1) banyak nak kena settlekan tu hahahahahahaha


p\s : AG tah bila dapat kawin. hehehehehehe

Wednesday, March 4, 2009

YANG KAYA NAK TAMBAH KAYA, YANG ADA KAYA NAK TAMBAH LAGI KAYA

Salam Untuk Semua,

Minggu ni merupakan minggu yang membosankan buat A.G. dah tak tahu nak buat ape. Hanya duduk, tido n main game saje. Kadang2 tu terasa nak buat macam2 benda. Tpi apekan daya. Duit menjadi masalah utama.

Sejak dari blaja lagi, duit memang menjadi masalha bagi kebanyakkan orang kat Malysia ni. Yela kos kehidupan yang semakin tinggi menyebabkan masalah kewang berlaku. Lebih2 lagi dengan kelembapan ekonomi sekarang ini.

Emm A.G juga terasa tempiasnyee. Banyak benda x leh buat. Malah A.G sendiri dah lama x g menonton wayang. filem2 hebar seperti Upin dan Ipin pun A.g terlepas. Apath lagi filem2 dari barat.

Ape2 pun A.g tetap bersyukur sebab A.G mampu lagi makan jika di bandingkan dengan orang2 miskin, A.G patut bersyukur kan.



Pada waktu2 begini A.G rase kita patu bijak membelanjakan wang kita dengan cara yang lebih agus. Supaya kita x la kebuluran.

Tpi kan bila kita bicara soal wang, A.G ada satu soalan yang menyerabutkan fikiran A.G. Kenapa Orang Kaya sentiasa bertamabh kaya, manakal orang miskin bertambah miskin. Mana Silapnye. Biar la dia menjadi persoalan. A.G bukan paham sanagt pun pasal ekonomi ni. Yang penting bagi A.G x de car yang mudah untuk senang. Bak kata pepatah A.G nak merompak pun susah. Emmm
.

P/S: Ag Nak Bli kaya laaaa. leh makan nagn roti. hahahahahahah

Sunday, March 1, 2009

SATU KEMATIAN DIRUMAHKU

SALAM UNTUK SEMUA,

X sampai satu minggu pun umur anak kucing peliharaan A.G, Kucing tu dah kembali ke alam asalnye. Ishk2 sedih A.G rase. Kucing tu A.G amik dari rumah kawan A.G, Sofie. Sejak A.G amik kucing tu dah mula sakit2. Bermula dengan cirit birit dan paling terakhir kencing berdarah. A.G x tahu ape masalahnye.

Gambar kenangan Dump2

Makanan nye aje dah lebih mahal dari makanan A.G. rumahnye pula tiap2 hari A.G bersihkan. Emmmm dah memang ajal kucing tersebut. Balik dari keje A.G tengaoh dah nazak. Balik dari sembahyang jumaat dah Kaku. Wasiat terakhir kucing tersebut meminta A.G menanam Mayatnye bukan membakarnye. A.G dah tunaikan. Kini tinggal makanan dan sangkarnye je.


P/S: A.G nak bela Arnab la plak

Saturday, February 21, 2009

SIRI KEGEMARANKU SUDAH HABIS

Salam Untuk Semua,

Emm habis sudah cerita kegemaran A.G kat Tv, Rona-Roni Makaroni. Best2, ending yang sangat menarik. A.G pun tertipu dengan kesudahan cerita ini. Lepas Ni A.G nak Download kat Intenet nak buat koleksi cerita ini.

Cerita ini mengesahkan si rona ni datang ke KL untuk mencari ayah kandungnye. Masa kat KL dia terjumpa ngan roni. Lakonan Bront Palarae, Sharifah Amani, Sharifah Sofea dan Isma Yusoff

Jadi Mari le kita ga menonton episod sedikit sedutan pertama siri ni. Peace Yoooo



Saturday, February 7, 2009

KESULTANAN MELAYU DICABAR DAP DIBANTU ORANG MELAYU

HUBAYA,HUBAYA,HUBAYA
Salam Untuk Semua,

Hi, lama dah A.G menyepi dalam penulisan blog ni. Bukan xde idea nak tulis. Idea terbanyak la sangat. Tpi malas nak g kat com n menulis. Mungkin masa2 kemalasan A.G kot. hehehehe
Sekarang Ni banyak sangat topik2 yang hangat2 diperkatakan. Terutama pasal politik. Ramai Kawan2 A.g yang bertanya kenapa A.G x de maklum balas tentang politik dalam blog A.G ni. Bukan sevenstardotcom saje yang tanya ramai lagi kawan2 A.G yang tanya kat A.G.

Bagi A.G apa yang dikatakan oleh sahabat A.G, Haikal memang betul. AG sokong seratus peratus. Em apa yang paling A.G marah sekali bila kerata Sultan Perak ditahan malah Dibaling dengan botol hinggah pecah cermin kereta. Lepas tu DAP nak Heret Sultan Mahkamah. Mana dia Orang2 MELAYU kat Malaysia ni. Bila kedaulatan Sultan dicabar, Orang melayu bagai menyepi diri. Malah mengikut pulak DAP sama2 menentang Sultan Melayu. What The Fish.



Memang keadaan Politik kat Malaysia Sekarang ni dah teruk. Memang Agaknye penyokong setiap parti politik ni nakkan Malaysia Jadi Macam Thailand. Bila P. Menteri pegang negara, penyokong Anti kerajaan Merusuh, Bila P. Menteri Kena buang Penyokong Kerajaan pulak Merusuh. Hai lama2 rakyat yang x bersalah pulak menderita.

Udah2 la tu. X payah nak merusuh2. Merosakkan keharmonian negara je. Kepada Pemimpin yang suke lompat2 parti tu udah le. X usah kita sokong dia lagi. Orang macam ni memang xde pendirian. A. G memang X suke. Kepada DAP, A.G bagi amaran kat lu orang. Jangan kacau kedaulatan Kesultanan Orang Melayu. Kepada Orang2 melayu yang x sedar diri, harap2 kembali ke pangkal jalan. Kepada PAS, Pikir2 lah kembali dengan dengan gabungan Pakatan Rakyat. Sepatutnye PAs X perlu bergabung dengan PKR dan DAP. Apa yang PAS perjuangkan masih lagi x dapat. HUKUM tuhan masih lagi x dapat dijalankan. Sepatutnya PAS bertanding melawan BN tanpa bantuan Parti Pakatan Ini. Tu lagi best. A.G suke.

P/S: DAULAT TUANKU. DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU

Sunday, January 18, 2009

KAWAN-KAWANKU DAN KERJAYA2 MEREKA

HUBAYA, HUBAYA,HUBAYA
Salam Untuk Semua,

2 minggu yang lepas merupakan minggu2 yang amat memboringkan. Yela, dalam mase 2 minggu yang lepas sampai la ni A.G x g mana2 pun. Asyik duduk rumah jeee. Mana taknye. Polet A.G ni pokai jeeee. Ishk2. Gaji x masuk lagi. hampeh betul. Dalam sejarah ni gaji A.G x masuk lagi. What The Fish!!!

Tpi x pe. Buat mase sekarang A.G masih boleh hidup. Jangan sampai A.G mengamuk kat KDN dah la. X pernah dibuat orang nanti. Ok2 kita tinggalkan kisah opis A.G kita kembali pada tajuk asal. Kawan2 ku Dan Kerjaya2 Mereka.

Seingat-ingat A.G, Seramai-ramai kawan A.G kebanyakkan mereka banyak yang menjadi Cikgu. Sama ada yang dah memang belajar pendidikan mahupun yang amik KPLI. Bagus macam tu. Boleh kita berbakti pada anak-anak kat Malaysia ni.


Selain tu ramai gak kawan2 A.G yang masuk sektor awam dengan kata lain kerajaan laa. Keje kat putrajaya, mahupun damansara. Tapi dalam ramai2 kawan A.G tu, semuanye masih kontrak. X de seorang pun yang dah tetap. Lagi satu dalam banyak2 sektor kerajaan xde plak yang jadi PTD tetap kan. Tak tahu kalau A.G terlepas pandang. Kalau ada bagi2 tahu la yeeee.

Dalam sektor swasta plak ramai gak kawan2 A.G yang menceburinye. A.G juga salah seorang pekerja swasta suatu mase dulu. Bila kita kerja swasta ni apa yang bagusnye kita diajar bekerja tanpa berlegah2. Bagus tu. Xde la buat kerja lembab nak mampus. Kerja boleh selesai dalam mase 1 or 2 hari leh plak di bawa ke 1 or 2 minggu. x Ke haru bunyinye.

Bila ckp pasal kerja & kawan2 ni, ada satu perkara yang paling A.G x suke. Suke rahsiakan kerja mereka. Yela ini bukan tujuan nak berlagak. Kalau orang berlagak ni orang lain x tanya, di dok sibuk2 bagi tau dia keje ape. Ini yang A.G x suke bila A.G tanya kerja ape mula la bagi mcam2 jawapan. Ada laa, Boleh laaa, Kerja gitu2 laaaa. Kamon laaaaaa. Kita buat kerja halal buat ape nak malu. Bukan g mencuri pun. A.G kerja kedai fotostat pun A.G x malu la. Halal beb.

P/S: Kerja la ape2 pun kawan ku, janji x salah dari segi agama dan undang2. Peace Yoooo

Wednesday, January 14, 2009

CERITA INI PASAL BELALANG. APA WARNA DARAHNYE

HUBAYA, HUBAYA, HUBAYA,

Salam Untuk Semua,

Bila sebut pasal belalang atau nama orng putihnye grasshopper rasanye semua orang dah tahu pasal belalang. Kalau ada manusia kat malaysia ni yang tak tahu pasal belalang pendek umur le jawapanye. heheheeh. Tu Pak Belalang yang kata, A.G x kata ape2. Ok2 kali ini A.G nak kongsi mengenai fakta belalang yang A.G tahu.


Belalang merupakan sejenis serangga yang memiliki sesungut di ats kepala yang lebih pendek dari badannya. Kat dunia ni ada macam2 jenis belalang. Yang peling femes ialah belalang kunyit, belalang rumput, belalang daun, belalang pelesit dan lain2 lagi. Tapi belalang yang paling ditakuti ialah speses belalang juta. eeeee.

Belalang juta ini boleh memusnahkan tanaman padi. Ia membiak dengan cepat dan mampu menyerang 1200 km persegi dalam satu waktu

Kalau nak tahu, bunyi yang dihasilkan oleh belalang berasal dari femur belakangnye. Apabila digosok femur belakangnya kepada sayap ketika mengepakkan sayap maka bunyi boleh dihasikan pada ketika itu. Dan sebenarnye darah belalang berwarna putih. Jadi sesiapa yang pernah makan belalang tahu la darahnye. (hehehheeh)

P/S: sebenarnye A.G takut kat belang juta macam redziz takut kat lipas laaaaaaa

Sunday, January 11, 2009

RUMAHKU, SYURGAKU

HUBAYA,HUBAYA,HUBAYA

Salam Untuk Semua,

Semalam dan sepanjang minggu ni A.G dan rakan2 rumah A.G meon n ajmal telah mengadakan gotong royong membersihkan rumah. Dah lama x bersihkan rumah ni. Bila sekali buat pembersihan tu dia banyak giler sampah sarap yang terpaksa di buang ke tong sampah.

Malam semalam lak A.G sempat g mencilok brg2 kat sekolah tempat kawan A.G, Meon(bukan nama sebenar) mengajar.heheheheheh. Dapat la amik penyidai baju. Saje buat pembahruan kat rumah A.G. Nampak skit la Rumahku Syurgaku Bak kata Zainal.

Masa dok tengah mencilok barang2 kat sek tu sempat la gak A.G mendengar ceramah kat suaru sek tu. Di sebabkan A.G duduk dalam kereta sementara 2 rakan A.G g mencilok n kereta A.G park dekat dengan surau jadi A.G terdengar le ceramah mengenai perang di Palestin. Sedih A.G mendengar ceramah tu.

Jadi mari le kita sama2 berdoa agar negara Palestin akan kembali aman. Amin..

Kembali kepada aktiviti gotong royong tu, jangkanye hari ni, Ahad gotong royong peringkat ke 3 dan terakhir iaitu bilik akan dijalankan. Rumah A.g ni dah tinggal 4 orng je. jadi rumah kena jadi cantik. Barula best bila balik rumah sewaktu pulang dari keje. hehehehehe

P/S: Masing2 berangan nak beli barang elektrik, peti ais, mesin basuh, player dvd, dapur gas, dll.

Followers